Seperti yang dijangka, Israel mula memainkan peranan untuk melindungi Regim Hosni Mubarak daripada jatuh d itangan rakyat. Operasi pertamanya, meletupkan saluran gas di utara Semenanjung Sinai.
Matlamatnya untuk memburukkan golongan anti Mubarak. Kita tengok dengan pantas dan segera pihak kerajaan menyalahkan golongan penentang regim.
Umum mengetahui dahulunya Israel pernah menduduki Semenanjung Sinai sehinggalah mereka menyerah kembali kepada Mesir dalam Perjanjian Damai Camp David 1978.
Untuk melakukan sabotaj amat mudah buat Israel melalui MOSSAD kerana mereka pernah menduduki tempat berkenaan dan tahu segala lokasi rahsia. Tujuan letupan adalah untuk mengalih perhatian rakyat terhadap Regim Mubarak.
Mesir mempunyai simpanan gas asli sebanyak 1.7 trilion meter padu dan yang ke 18 terbesar di dunia.
Mesir mula membekalkan gas asli kepada Israel pada Februari 2008 menerusi perjanjian yang mana negara itu menjual gas asli kepada jirannya sebanyak 1.7 bilion meter padu setahun selama 15 tahun.Matlamatnya untuk memburukkan golongan anti Mubarak. Kita tengok dengan pantas dan segera pihak kerajaan menyalahkan golongan penentang regim.
Umum mengetahui dahulunya Israel pernah menduduki Semenanjung Sinai sehinggalah mereka menyerah kembali kepada Mesir dalam Perjanjian Damai Camp David 1978.
Untuk melakukan sabotaj amat mudah buat Israel melalui MOSSAD kerana mereka pernah menduduki tempat berkenaan dan tahu segala lokasi rahsia. Tujuan letupan adalah untuk mengalih perhatian rakyat terhadap Regim Mubarak.
Mesir mempunyai simpanan gas asli sebanyak 1.7 trilion meter padu dan yang ke 18 terbesar di dunia.
Perjanjian itu mendapat bantahan banyak pihak di Mesir dan ia dikatakan dijual dengan harga yang lebih murah daripada harga pasaran selain membantah bekalan tenaga ke Israel.
(sama seperti murahnya Malaysia jual air kepada Singapura( Israel Timur Jauh) .
Selepas ini, seandainya operasi sabotaj ini tidak memberi kesan kepada tuntutan rakyat agar Mubarak berundur maka Kerajaan Mesir akan membuat tuduhan yang lain pula iaitu kononnya golongan yang menentang Regim Mubarak didalangi agen Israel. ( sama seperti Anwar Ibrahim dilabelkan sebagai agen Yahudi, agen Amerika).
Skrip inilah juga yang dilabelkan kepada Ikhwanul Muslimin diambang ianya diharamkan oleh Regim Gamal Abdel Naser dahulu. Ikhwanul Muslimin dilabelkan sebagai agen British yang bertopengkan Islam. Dalam masa yang sama mereka membunuh Hasan Al Banna dan menggantung Syed Qutb dan puluhan pimpinan Ikhwanul Muslimin.
Nampak Regim Mubarak bakal mengulangi skrip yang sama. Skrip inilah juga digunakan oleh pemerintah yang penuh rasuah dan kezaliman untuk melindungi regim mereka termasuk Malaysia!