Sunday, 10 April 2011

Tajuk Hari Ini : - Pak Najib Membela Anwar...

PM Najib Tun Razak selaku pemimpin atau ketua pemerintah menurut perundangan Islam adalah wajib membela DS Anwar Ibrahim selaku rakyat dibawah pemerintahan beliau berikutan pelbagai tuduhan dan perbicaraan yang sedang dihadapi oleh DS Anwar Ibrahim.Dalam Islam pemimpin perlu membela serta memberikan keadilan kepada sesiapa yang ditmpa penganiayaan dan kezaliman.
 
Jika seseorang pemimpin itu tidak menjalankan tanggungjawab dalam membela rakyat di bawah pemerintahannya maka di akhirat nanti mereka akan disoal oleh Allah SWT adakah mereka menjalankan tugas dan amanah yang telah ditetapkan.


Dalam kes perbicaraan liwat 2, Anwar kelihatan tidak diberikan keadilan yang sepatutnya mengikut kehendak perundangan Islam. Oleh itu PM Najib perlu bertanggungjawab jika Anwar tidak diberikan keadilan yang sewajarnya dalam kes liwat. Di akhirat kelak PM Najib selaku pemimpin akan memikul tanggungjawab yang berat untuk berhadapan dengan Allah SWT akan segala perihal yang melibatkan seluruh rakyat di bawah pemerintahan beliau. 


Walaupun Anwar selaku ketua pembangkang namun dalam konteks kepimpinan Islam Anwar adalah rakyat biasa di bawah tanggungjawab PM Najib untuk membela serta memberikan keadilan serta perlindungan kepada Anwar.Kerana ia adalah jelas dituntut oleh Islam bagi memastikan setiap umat mendapat pembelaan/perlindungan dalam apa juga sebarang kezaliman dan penindasan.Adakah DS Najib sedar akan amanah yang dipikulnya sekarang?



p/s - Thambey Madey kata "Jangan Najib, jangan"...opera babes