Wednesday, 23 November 2011

Tips Elak Rangkaian Wi-Fi Anda Dicuri


Sekarang ni banyak betul pencerobohan network dari hackers2. Kalau setakat pengguna macam kita ni sayur2 je hacker2 ni nk godam. Sedang website kerajaan umno pn senang depa tapau ni kan pula laman blog@sosial kita ni ha. Yela, canggih mana pun dunia sekarang ni, manusia yang cipta dan ubahkannya. No wonders la benda2 camni boleh digodam dan diubah. So, itu cite hackers la. 

Hari ini aku nak share something la buat hangpa di luar sana yang menggunakan rangkaian Wi-Fi di rumah seperti P1 Wimax, Unifi mahupun Streamyx Wi-FI. Jika hangpa ingin rangkaian Wi-Fi hangpa dibuka tanpa pengguna lain terutama hackers2 berdekatan dengan kawasan rumah mengakses Wi-Fi rumah  hangpa , aku ingin kongsi tips dengan hangpa iaitu menamakan semula rangkaian Wi-Fi hangpa seperti c: \ virus.exe supaya orang lain terutama jiran sebelah rumah tidak dapat mengakses Wi-Fi hangpa. 

Cara ini merupakan salah satu cara yang terbaik bagi aku sebab aku penah tengok Wi-Fi rumah abang ipar aku ni menggunakan cara yang sama. Cara mengunakan nama virus ini adalah untuk menakutkan orang yang tak bertanggungjawab daripada mencerobohi dan menggunakan perkhidmatan Wi-Fi hangpa.

Selain itu juga, untuk meningkatkan lagi tahap keselamatan Wi-Fi hangpa yang lebih baik lagi adalah dengan menetapkan satu kata laluan rangkaian bersama enkripsi WPA2. Cara ini juga salah satu cara bagi membolehkan hangpa menukar nama network (SSID) hangpa. So buat hangpa di luar sana tu bolehla tukar nama network (SSID) dgn nama virus ni. sedikit sebanyak boleh mengelakkan rangkaian Wi-Fi hangpa dicerobohi.

psst : - Aku salah seorang admin wifi sudah pun melakukanya...