Monday, 26 December 2011

PRU13 : - UmNo-Bn Mula Larikan Fail-Fail....


*{Proses Mengalihkan Fail Sudah Bermula}*

PRU13 semakin menghampiri, bila-bila masa sahaja Perdana Menteri boleh membubarkan parlimen. Angin ketakutan sudah bertiup kencang bahawa umno-bn akan tumbang di Malaysia setelah 54 tahun berkuasa.

 Pemerhati kami dibeberapa kementerian dan anak syarikat milik kerajaan Pusat melaporkan terdapat aliran keluar fail-fail dan proses memutihkan dokumen bagi memastikan aktiviti menelan wang dan harta rakyat sejak puluhan tahun oleh para pemimpin umno-bn.

 Aktiviti ini lebih ketara disyarikat-syarikat milik kerajaan Pusat kerana semasa kebobrokan mereka telah menyebabkan berbilion ringgit mengalir masuk ke poket para pemimpin umno-bn.

Suasana panik juga semakin meresahkan individu-individu lantikan politik yang kebanyakannya tidak mempunyai kelayakan apa-apa tetapi diletakkan dijawatan-jawatan profesional melalui "sahabat-sahabat".

 Ketakutan pada bayang-bayang sendiri tidak dapat dilindung lagi, dan semakin ramai sudah menyamar "neutral" dan tidak berparti untuk menyelamatkan diri, sedangkan sebelum ini merekalah raja. Tapi lantikan politik umno-bn dalam kementerian dan GLC senang diketahui kerana, hampir 100% lantikan sejak merdeka adalah lantikan adik beradik dan kawan-kawan dalam parti.



psst....Ada tak madey kutty makan nasi macam ni???