Tuesday, 3 January 2012

Ibu Mengaku Beli Baju Seksi Untuk Amelina Che Bakri...


Ibu Amalina,Sabariah berkata, beliau kesal dengan laporan blog itu yang melemparkan pelbagai tohmahan termasuk menyiarkan gambar peribadi anak tunggalnya berusia 23 tahun itu yang kini sedang menamatkan pengajian tahun akhir.

Beliau yang juga Penolong Kanan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Johor Jaya 2, berkata gambar yang disiarkan blog terbabit dipercayai dicuri dari laman sosial Facebook Nur Amalina.

“Pakaian yang dipakai Amalina dibeli saya sendiri, manakala gambar terbabit dirakam ketika kami bersama melancong ke Paris untuk bercuti pada Ogos 2009.

“Sebenarnya, gambar yang disiarkan itu gambar lama yang bersifat peribadi.

Saya mengenali setiap rakannya yang turut berada dalam gambar itu,” katanya.

Sabariah berkata, Amalina ada menghubunginya melalui panggilan video ‘Skype’ kelmarin berhubung penyebaran gambarnya yang dituduh seksi itu dalam laman blog.

“Dia ketawa ketika menceritakan perkara itu kerana sudah lali dengan tohmahan sebegini. Ini bukan kali pertama kejadian seumpama itu berlaku. Mungkin ada orang cemburu dengan kejayaan anak saya selama ini,” katanya. -BHPertama saya ingin menyatakan bahawa pendedahan berkenaan tidak ada unsur "malafide" atau berniat jahat.

Ia dilakukan sebagai pengajaran kepada semua umat Islam di dalam negara dan di luarnegara, bahawa anda tidak boleh bersikap sedemikian - sikap yang dilarang dalam agama.

Jika kita tidak mahu diaibkan, kita tidak sepatutnya melakukan perkara-perkara yang boleh mengaibkan.

Kita tidak boleh mengumpat, apatah lagi memfitnah, TETAPI bukti bergambar yang tersebar luas seperti di atas, maka yang kita minta ialah KEBENARAN itu dijelaskan.
Bukan saja GB, ramai yang terkilan dengan pendedahan gambar/foto/imej yang dilakukan sendiri oleh Nur Amelina lewat facebooknya. Mengapa Nur Amelina berbuat demikian? Apatah lagi gambar profilnya untuk memperkenalkan diri adalah sekeping foto beliau berpakaian tanpa bertudung berposing berpelukan dengan seorang lelaki Mat Salleh? Apakah penjelasan terhadap hal tersebut? Malah jawapan terakhir Nur Amelina sendiri, beliau lansung tidak menafikan sebaliknya menyatakan: "I don't care what people say about me as I wear my pain everyday."


Didapati bahawa gambar/foto/imej tersebut dan kesemua imej yang tersiar di facebooknya adalah asli, tidak menggunakan photoshop. Dan ibu Nur Amelina membuat pengakuan:
“Pakaian yang dipakai Amalina dibeli saya sendiri, manakala gambar terbabit dirakam ketika kami bersama melancong ke Paris untuk bercuti pada Ogos 2009.

“Sebenarnya, gambar yang disiarkan itu gambar lama yang bersifat peribadi.

Jika betul demikian, maka adalah tidak wajar ianya dipertontonkan di khalayak ramai di facebook. 

Jadi tidak perlu menuduh ia sebagai "fitnah" kerana fitnah merujuk kepada mengadakan sesuatu yang tidak ada atau tidak berlaku sedangkan apa yang berlaku ialah gambar/foto/imej itu adalah BENAR.

Perbuatan salah tetap salah walau cuba dibela dengan apa cara sekalipun. Itu hukum kebenaran.

Kepada semua, anggaplah apa yang berlaku sebagai satu pengajaran.

Banyak benda pelik kat sini,antaranya:
1. Apa ke jadahnya mak dia beli pakaian telanjang untuk anaknya?

2. Kerana emaknya mengatakan gambar "peribadi" Amalina di"curi" dari laman Facebook. Mana ada yang peribadi kalau dah masuk Facebook kan?
(Patutke gambar separuh telanjang dikongsi bersama rakan-rakan)


3. Itu gambar lama. Maknanya dah lama la mak dia sorokkan kemungkaran?

4. Emaknya mengenali rakannya setiap seorang. Hukum jatuh halal ke bila memeluk bukan muhrim yang berstatus rakan?

5. Kalau itu bukan gaya hidup bebas, itu gaya hidup apa? Islam?

Bukankah hujah makcik tu tidak setaraf dengan jawatan makcik sebagai Penolong Kanan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Johor Jaya 2?

Kenapalah makcik bagi komen. Bukankah lebih elok makcik berdiam diri? 

psst...Makcik, takkan tahu tahu Islam mengajar umatnya mentutup Aurat, Apa yg makcik lakukan semua itu bagaikan makcik memalukan keluarga makcik sendiri?? Kalau makcik tahu, sudah tentu makcik tak komen sebegini.
-Sumber
Disini dan sini-

Ini posting terakhir saya berkenaaan dengan Amalina dan ibunya,bukan niat kita nak memalukan dia,kita tegur dia atas dasar sayangkan saudara seislamTapi kalau mak dia sendiri dah mengaku,lantak koranglah.Mak dia takkan tak tahu mana dosa mana pahala,diaorang sendiri yang pilih jalan hidup dia...