Saturday, 18 February 2012

[Gambar] Anwar Dibawa Dengan Motosikal Ke Tempat Ceramah Di Pekan Pahang


Sekatan Sebabkan Jalan Raya Sesak 5 Km, Anwar BONCENG Motosikal GEMPUR Kubu Najib di PEKAN, Pahang

Blog pkrnegeripahang melaporkan program ceramah Ketua Umum PKR Dato' Seri Anwar Ibrahim di dua lokasi berasingan di Pahang, iaitu di Taman Mahkota Aman, Batu 11, Kuantan dan juga di Pekan, Pahang.

Walaupun dimomokkan dengan isu Israel oleh media propaganda milik UMNO, namun hal itu tidak menghalang ribuan rakyat tempatan menghadiri ceramah beliau. Blog rasmi PKR Pahang itu mendakwa tidak kurang 3000 penduduk di Taman Mahkota Aman mendengar penjelasan Anwar berkaitan dengan isu semasa dan isu Israel yang diputarbelitkan oleh media perdana.

Program ceramah di Taman Mahkota Aman itu bermula pada jam 9.00 malam dan Dato' Seri Anwar tampil sebagai penceramah pertama memandangkan beliau akan bergegas pula ke Pekan untuk program ceramah berikutnya

Ceramah Anwar di Kuantan, Pahang

Orang ramai membanjiri lokasi ceramah di Mahkota Aman

DEMI RAKYAT....Dato' Seri Anwar menaiki motosikal ke Pekan

Kredit gambar: blog pkrnegeripahang


Berbeza daripada situasi di Mahkota Aman, perjalanan Dato' Seri Anwar menuju ke Pekan terganggu apabila pihak polis mengadakan sekatan jalan raya di beberapa lokasi menuju ke tapak ceramah. Sekatan polis itu menyebabkan orang ramai yang ingin ke lokasi ceramah merungut kerana berhadapan dengan kesesakan jalan raya yang teruk.

Kesesakan sejauh 5 km seperti yang dilaporkan oleh MK itu memaksa Dato' Seri Anwar menaiki motosikal ke lokasi ceramah. Tiba di lokasi ceramah, Anwar disambut tidak kurang daripada 4 000 penduduk tempatan yang sabar menunggu untuk mendengar penjelasan tentang pelbagai isu semasa. Sambutan dan jumlah penduduk yang hadir pada ceramah itu sesungguhnya sesuatu yang luar biasa kerana Pekan dimomokkan sebagai kubu kuat Najib 1Malaysia. -DuniaCacaMarba

P/s: Walaupun polis mengadakan beberapa sekatan jalan raya di laluan ke tapak ceramah, namun kunjungan penduduk tempatan dalam jumlah yang besar sudah tentu menggerunkan Najib. Bayangkan jika tiada sekatan jalan raya, agak-agaknya berapa ribu yang hadir semalam?

Berkaitan:

Sekatan akibatkan kesesakan 5km di ceramah Anwar
[MK] Sekatan jalan raya di jalan utama menuju ke ibupejabat PAS di Pekan, tempat ceramah Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam, menyebabkan berlaku kesesakan lalulintas sepanjang lima kilometer.

Menurut Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dzulkefly Ahmad, mereka yang mahu mendengar ceramah Anwar terperangkap dalam kesesakan tersebut selama "lebih daripada 40 minit".

Katanya, beliau terpaksa ke tempat ceramah dengan menaiki motosikal, begitu juga dengan Anwar.

Menurutnya lagi, kesesakan lalulintas itu menyebabkan kelewatan ceramah bermula, sehinggakan ucapan Anwar melebihi waktu had permit polis sehingga jam 12 tengah malam.

Katanya lagi, anggota polis berada tepat jam 12 tengah malam, tetapi Anwar dapat melanjutkan program tersebut, kerana masalah kesesakan untuk ke sana.

Dzulkefly berkata, kira-kira 3,000 orang menghadiri program tersebut, "kebanyakannya penduduk tempatan", yang disifatkannya sebagai "luar biasa bagi Pekan".

Kerusi Parlimen Pekan diwakili Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, yang 'diwarisi' dari bapanya, Tun Abdul Razak Hussein - perdana menteri kedua Malaysia, yang meninggal dunia pada tahun 1976.


Anwar Ibrahim Berjiwa rakyat.

Yang ni pula berjiwa fitnah, berjiwa israel apco dan sakit jiwa nak raih undi.

psst....Demi Rakyat Beb...Ujian tu...Alhamdulillah....