Saturday, 28 July 2012

Satria NEO WWW1 Sultan Johor Terlibat Kemalangan?

KHABAR angin tersebar sejak semalam mendakwa kononnya kereta Satria NEO milik Sultan Johor yang pernah menjadi kontroversi berhubung harga no pendaftaran bernilai RM500,000 terlibat dalam satu kemalangan.


Bagaimanapun beberapa gambar yang disebarkan tidak satu pun menunjukkan nombor pendaftaran kereta tersebut. Umum mengetahui nombor pendaftaran WWW1 milik Sultan Johor dipasang pada sebuah kereta Satria NEO berwarna jingga.

Oleh itu beberapa keping gambar yang menunjukkan sebuah kereta Satria NEO berwarna jingga yang terlibat dalam satu kemalangan di sekitar Yong Peng Johor dispekulasikan sebagai kereta milik Sultan Johor.

Namun halaman facebook rasmi Sultan Johor telah mengeluarkan kenyataan menafikan bahawa kereta tersebut adalah milik Sultan Johor.


Credit Dari Milo Suam

psst....Harap-Harap xdak yg dok buat fitnah.....