Thursday, 30 August 2012

Janji Demokrasi Dataran Merdeka Bejaya!!!

Janji BERSIH anjuran pakatan rakyat ternyata gagal mendapat sambutan sama sekali, ini menunjukkan pakatan rakyat sudah kehilangan ramai sokongan dan antara mereka sudah kembali kepada UMNO, tengok lah beberapa kerat sahaja yang datang tu...mungkin dalam 30/50 atau 100 org, Media haprak UMNO ler yg kata, bukan gua..jangan marah yer......



LANGSUNG Tidak cukup dengan larangan polis, Dataran Merdeka malam ini ditutup untuk sebarang aktiviti, sekali gus menyukarkan rancangan sekumpulan aktivis menjayakan himpunan "Janji Demokrasi" mereka.

Kelihatan ketua Pakatan Rakyat datuk seri anwar ibrahim sedang berucap di kalayak ramai sempena perhimpunan Janji BERSIH@Demokrasi, seramai 30k hadiri perhimpunan tersebut.

Bagaimanapun, tidak jauh daripada itu, di Jalan Sultan, sekumpulan aktivis dan penduduk yang menentang pembinaan MRT di kawasan mereka sudah mula berkumpul.

Keadaan sambutan semalam....

Di Shah Alam pula, kerajaan Selangor dan Pakatan Rakyat juga berkumpul untuk sambutan ulang tahun kemerdekaan negara dengan cara mereka tersendiri dengan tema alternatif "Sebangsa, Senegara, Sejiwa".

Berikut laporan langsung berkaitan:

12.30am DATARAN Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Zainuddin Ahmad berkata, tiada kejadian tidak diingini berlaku dalam perhimpunan di malam ini.

"Tiada kejadian yang tidak diingini malam ini. Itu kita akan siasat kemudian (jika langgar undang-undang)," katanya mengulas bacaan puisi Pak Samad sekitar jam 11.45 malam berdekatan bangunan DBKL.

Katanya, tiada tangkapan dibuat, kecuali terhadap dua remaja yang didapati membakar mercun.


Jumlah kekuatan anggota yang bertugas malam ini adalah seramai 205 orang dari Dang Wangi dan Bukit Aman, katanya.

12.20am DATARAN Pak Samad isytihar perhimpunan berjaya sampai sasaran tetapi tidak dapat mengagak jumlah sebenar peserta. 

Katanya, kehadiran luar biasa yang kebanyakannya anak muda. Beliau menyeru mereka terus melakukan perubahan.

"Apabila saya sampai di Dataran, saya dapati jumlahnya (yang hadir) luar biasa. Dan saya senang, apabila ia daripada anak-anak muda. Dan ini penting.

"Ini menggambarkan mereka sudah menyedari era ini adalah era mereka, dan di tangan mereka sebuah regim boleh ditukar. Saya harap ini dapat dilakukan," katanya.

psst....Video dibawah ini menunjukkan malaysia adalah negara aman, bak kata pepatah puteri umno selak kain, aman ker? aman wak lu!!!