Friday, 14 September 2012

IPTA Gangnam Style Haram Jadah Merosakkan!!!



Mahasiswa disebuah universiti di utara telah melakukan tarian "Gangnam Style" yang jelas sekali menjolok mata pada Malam Apresiasi Seni Minggu Suai Kenal. 

Sangat mendukacitakan kerana mahasiswa/i yang baru nak mengenali alam kampus sudah dihidangkan hiburan yang melalaikan seperti ini, bukan dengan hiburan yang mendekatkan lagi dengan Allah.

Mahasiswa sekarang belum merdeka, pemikiran mereka jelas masih dijajah. Inilah kesan yang berlaku jika pihak atasan dan perwakilan pelajar gagal menterjemahkan ajaran islam yang sebenar, sedangkan mereka berautoriti untuk melakukannya.

p/s: Mati itu pasti dan orang yang BIJAK adalah orang yang mengingati kematian kerana dia akan melakukan persiapan untuk menghadapinya. 

Kita tak pernah berjumpa Rasulullah,apatah lagi mencium tangan dan memeluk tubuhnya tapi semoga kerja-kerja amar makruf nahi mungkar yang kita lakukan ini akan menemukan kita dengan kekasih Allah ini di akhirat kelak.InsyaAllah!

psst....Bangsa akhir zaman sudah rosak...tidak hairan lah jika Allah menggantikan dengan bangsa yg lebih beriman kepadanya....masih ingat peristiwa bosnia? kerana umatnya sendiri yg melalaikan sehinggalah bala membinasa mereka...