Wednesday, 24 October 2012

Malulah Sikit Dengan Orang Cina Ni



Malu dengan kenyataan Cina di atas, bukannya bangun mempertahankan mereka yang menghina hudud.
MCA biadap hina Islam, kata MP Pakatan
Dia (Datuk Seri Chua Soi Lek) seorang pemimpin dan penguasa politik dalam kerajaan BN yang cukup tidak bertanggungjawab kerana cuba menyuntik sentimen kebencian dan menakutkan orang ramai.

JAKIM dan perdana menteri (PM), Datuk Seri Mohd Najib Razak harus bertanggungjawab, adakah ini bermakna Umno terlalu lemah hingga MCA berani membuat serang-serangan seperti ini?” kata ahli parlimen PAS, Dr Dzulkefly Ahmad (gambar).

Ahli parlimen DAP, Anthony Loke turut sama bangun mencelah dalam sesi perbahasan dengan menyelar Chua sebagai seorang yang biadap ekoran kenyataannya menyokong naib pengerusi Wanita MCA, Heng Seai Kie.

Saya terkilan dengan Chua yang menyokong Heng dengan dakwaan PAS menggalakkan wanita bukan Islam dirogol.

Saya merasakan kenyataan MCA ini yang paling biadap. Chua adalah seorang presiden yang paling biadap!” jelas Anthony.Ekoran kenyataan tersebut, ahli parlimen BN Datuk Abdul Rahman Dahlan bangun mempertahankan kenyataan Chua semasa perhimpunan tersebut dan menerangkan kritikan dilakukan ke atas kerajaan yang memerintah dan bukannya kepada agama Islam.

psst....Macam mana maa wahai chua soi lek?