Thursday, 11 October 2012

Misteri Mayat Di Kubah Masjid Nabawi Madinah


Misteri Kubah Masjid Nabawi Madinah | Bulan lepas, aku dapat email forward tentang seorang pendengki dari puak Syiah yang ingin memecahkan kubah Masjid Nabawi, telah disambar petir dan mayatnya melekat di Kubah Masjid Nabawi berkenaan selama lebih dari 90 tahun. Depa kata mayat tu tak boleh dialihkan. Hmm Aku bukan apa, rasa pelik gak. AKu pun tak pernah pergi Madinah lagi (mudah-mudahan dipermudahkan urusanku untuk pergi ke sana), jadi aku takleh nak komen banyak-banyak. Korang baca dulu email forward ni dulu dan fikir-fikir dulu, lepas tu baru aku ulas. Okay?


Sebuah mukjizat yang telah terjadi sekitar 90 tahun yang lalu yang disampaikan oleh Syeikh Az-Zubaidi. Seseorang telah berusaha untuk menghancurkan Kubah Masjid Nabi Muhammad SAW, Masjid Nabawi di mana di dalamnya terdapat makam Nabi Muhammad SAW.


Namun, ketika orang itu memanjat kubah dan memulai menghancurkannya, tiba-tiba sebuah kilat menyambarnya dan dia mati serta merta!! Tidak ada seorangpun yang mampu memindahkan mayat tersebut dari atas kubah tersebut. Dikisahkan pula, seorang soleh dari Madinah telah bermimpi beliau mendengar satu suara yang mengatakan bahwa “tidak ada seorangpun yang boleh mengangkat (memindahkan) mayat tersebut dari kubah. Hal itu sebagai sebuah peringatan dan pengajaran bagi mereka yang berpikir dan berusaha untuk menghancurkannya di masa mendatang!”


Akhirnya, mayat tersebut tetap berada di atas kubah dan ditutupi dengan kotak hijau agar tidak terlihat oleh orang.
So korang caya ke cerita pasal ada mayat seorang pendosa ada di atas tempat suci kubah Masjid Nabawi di Madinah. Aku rasa hanya orang cetek dan lemah akal je leh terima konspirasi teori yang dibuat oleh orang-orang yang sukakan berita sensasi. Sebabnya? Pertama, mengikut informasi dari orang Saudi (korang leh google), benda tu merupakan pembumi untuk membumikan kilat. Camna nak terang ye, ala kan kat umah korang ada gak pembumi (earthing) untuk memindahkan kilat ke tanah. Jadi takde la kilat tu akan sambar rumah korang. Korang setuju tak ni? Kalo korang tak setuju, aku tak mahu berdebat, sebab banyak lagi masalah umat yang lagi besar dari masalah misteri kubah masjid nabi ni. So korang tak payah la susah-susah fikirkan betul ke tidak ada mayat kat atas kubah masjid nabi tu. Yang penting, adakah iman kita semakin bertambah dengan usia kita? Itu la selalu korang kena fikirkan. The myth is busted!

psst...Hanya Allah S.W.T Yang Maha Mengetahui Segala-Galanya...