Sunday, 3 March 2013

Komander Moro...Musuh Dalam Selimut?

Komander Moro Jadi Pemastautin Tetap - Siasatan RCI

Seorang komander pemberontak dari Filipina yang kini menjadi pemastautin tetap di Malaysia hari ini berkata dia dan enam komander lain dan pegawai-pegawai dari Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF) memasuki Sabah pada tahun 1975.

Memberi keterangan kepada Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai pendatang di Sabah, Abdul Khalil Arani, yang juga dikenali sebagai 'komander Janggut' berkata kumpulannya tiba di Sandakan, Sabah, dari Mindanao dalam motorbot MNLF.

"Kami telah kehabisan peluru dan makanan dan kita mahu mencari bantuan dari sebuah negara Islam," kata Khalil merujuk kepada konflik antara kerajaan Presiden Ferdinand Marcos ketika itu dengan penduduk Islam di selatan Filipina.

Terdapat seramai 800,000.00 ribu pendatang Filipina diSabah, dan ada yang memegang jawatan tinggi dalam UMNO. Melalui cara yang mereka saja tahu!

Situasi disana ibarat telur dihujung tanduk. Standoff di Tanduo membuka mata,, rakyat yang bakal menanggung akibatnya!

Musuh Dalam Selimut Sebenarnya di halalkan Malaysia sendiri. Konflik ini Sebenarnya sudah lama di rancang. Tambahan pula apabila pemimpin di Sabah sendiri membutakan diri tentang isu ini untuk tujuan Politik.

Kebocoran maklumat Sistem keselamatan sebenarnya bermula dari Projek ic. Projek IC hanya untuk menyenangkan "mereka" ini untuk bekerja di Sabah tetapi masih lagi berulang-alik ke kampong halaman. "Mereka" Juga sebenarnya Menyokong Sultan Sulu Dalam tuntutan ke atas Sabah.

#UmnoBN harus bertanggungjawab, bukannya menuding jari kepada oang lain, anda pemerintah, mempunyai bidang kuasa, menguasai undang-undang dan sebagainya didalam kerajaan. pemberian IC kepada penduduk sulu, warga filipina termasuk bekas ahli umno sendiri iaitu sultan sulu adalah UmnoBN sendiri yang lakukan. maka dengan itoh, ambil cermin. cermin diri anda.