Azrin Ren : Kalian semua lihat keputusan pilihanraya sarawak 2011(GAMBAR dibawah), keputusan menunjukkan, ia lebih taruk daripada semasa dibawah pemerintahan paklah. Najib patut malut terhadap paklah yang selama ini menggelar paklah seorang yang lemah.
Parti Maju Sabah (SAPP) menjangkakan lima hingga 15 peratus peralihan undi dikalangan komuniti Kadazandusun Murut (KDM) yang membolehkan Pakatan Rakyat (PR) mendapatkan sekurang-kurangnya lima kerusi parlimen dalam Pilihan Raya 2013.
Presiden SAPP Datuk Yong Teck Lee mengatakan partinya dan PR menjangkakan akan merampas Tuaran, Kota Marudu, Tenom, Keningau dan Pensiangan termasuk kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kundasang dan Inanam dari Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum ke 13 pada 5 Mei.
“Inflasi dan rampasan tanah telah memperhebatkan lagi,” kata Yong kepada The Malaysian Insider dalam satu wawancara di bilik operasi SAPP di sini minggu ini.
“Apa yang didedahkan dalam RCI sudah diketahui umum, tetapi RCI menjadikan butir-butir maklumat diketahui dalam forum rasmi,” tambah bekas ketua menteri Sabah itu, merujuk kepada Suruhanjaya Siasatan Di Raja (RCI) mengenai pendatang haram di Sabah.
RCI mendedahkan testimoni daripada rakyat Filipina dan rakyat asing lain tentang bagaimana mereka diberikan kad pengenalan biru beberapa tahun selepas tiba di Sabah sementara pegawai Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) telah memberikan keterangan mengenai penjualan kad pengenalan kepada pendatang haram untuk tujuan membuat untung atau memberikan dokumen sementara agar boleh mengundi dalam pilihan raya.
Yong mengatakan SAPP akan memperjuangkan hak peribumi dan mengembalikan hak milik tanah 999 tahun yang telah dikurangkan kepada 99 tahun dua tahun lalu, jika mereka membentuk kerajaan di Sabah.
Yong juga menuduh DAP mahu bertanding di kerusi DUN Sabah untuk membentuk kerajaan pusat bersama Umno selepas Pilihan Raya 2013.
“Selepas pilihan raya, kemungkinan hanya ada Umno dan DAP. Sesiapa yang membentuk kerajaan pusat, DAP mempunyai monopoli di kawasan Cina,” kata Yong.
“Saya rasa DAP secara diam-diam menjadi orang tengah yang mahu membiarkan pilihan kerajaan pusat Umno-DAP,” tambahnya.
Sebelum Dewan Rakyat dibubarkan, DAP mempunyai 29 kerusi di parlimen, berbanding PKR 23 dan PAS 23.
The Malaysian Insider melaporkan minggu ini Umno mempertimbangkan untuk berhadapan dengan DAP dengan bergantung kepada undi Melayu, membangkitkan mengenai MCA tidak mungkin akan mengalahkan DAP.
MCA hanya menang 15 daripada 40 kerusi DUN yang ditandingi dalam Pilihan Raya 2008.
Akhbar berbahasa Cina Sin Chew Daily juga melaporkan minggu ini MCA akan meminjamkan kerusi mereka kepada Umno dalam Pilihan Raya 2013, langkah yang dilihat kurangnya keyakinan parti Cina itu untuk mempertahankan kerusi mereka.
Yong mengatakan DAP turut tidak mahu calon Cina dari PKR untuk bertanding kerusi DUN di Sabah.
“PKR lebih fleksibel. DAP bersikap keras sejak hari pertama,” katanya merujuk kepada rundingan kerusi yang gagal diantara SAPP dan Parti Reformasi Negeri Sabah (STAR) dengan PR.
Yong mengatakan beliau gembira membiarkan PR bertanding di majoriti kerusi parlimen di Sabah, tetapi mahukan kerusi DUN ditandingi oleh parti tempatan, untuk mengekalkan autonomi negeri Borneo itu.
Beberapa pengundi Cina di ceramah SAPP pada malam Rabu bersetuju dengan pandangan Yong, mengatakan parti tempatan lebih memahami isu-isu khusus Sabah, seperti kemasukan pendatang tanpa izin dan rampasan tanah.
“Mereka agak mementingkan diri sendiri,” kata seorang jurujual berumur 27 tahun yang hanya mahu dikenali sebagai Vun kepada The Malaysian Insider, merujuk kepada DAP.
“Mereka tidak seharusnya menguruskan parlimen dan DUN. Jika tidak, mereka akan jadi seperti BN,” tambah beliau.
Seorang pemilik kafe yang digelar Kath berumur 55 tahun mengatakan beliau akan mengundi SAPP di kerusi DUN Luyang.“SAPP telah berkhidmat untuk rakyat sejak 16 tahun lalu. MCA dan DAP hanya membuka pejabat tahun ini atau tahun lalu,” katanya tanpa memberitahu nama penuhnya.
#UmnoBN dan lucah sukar dipisahkan....