Thursday, 27 September 2012

Kelantan Negeri Miskin


:: KELANTAN DARUL MISKIN ::


Di negeri miskin itulah,
Mempunyai seorang Sultan, kesayangan rakyat.

Di negeri miskin itulah,
Seorang PM boleh berhilai tawa menghina Kelantan.

Di negeri miskin itulah,
Jual beli dihentikan bila azan berkumandang..

Di negeri miskin itulah,
Selebriti wanita popular tanah air bertudung ayu..

Di negeri miskin itulah,
Berebut ibu ayah mendaftar anak di Maahad Tahfiz Sains..

Di negeri miskin itulah,
Diperkenalkan sistem gadaian Islam Ar-Rahnu menolak riba..

Di negeri miskin itulah,
Kerja 5 hari seminggu mula berkuatkuasa..

Di negeri miskin itulah,
Hari Jumaat dijadikan hari menuntut ilmu agama..

Di negeri miskin itulah,
Cuti bersalin mula ditambah dari 40 ke 60 hari..

Di negeri miskin itulah,
Elaun Menteri Besar dipotong untuk Tabung Serambi Mekah..

Di negeri miskin itulah,
Amalan memberi cenderamata kepada pemimpin dihentikan..

Di negeri miskin itulah,
Waktu bekerja pada bulan Ramadhan dipendekkan..

Di negeri miskin itulah,
Cuti iddah diberikan khusus kepada kakitangan wanita yang kematian suami..

Di negeri miskin itulah,
Tak mungkin sekali kelihatan pawagam dan tempat hiburan..

Di negeri miskin itulah,
Papan tanda cara menjaga aurat ditayangkan..

Di negeri miskin itulah,
Peringatan waktu solat di sepanjang jalan..

Di negeri miskin itulah,
Ramai orang mengenal mula mengenal Tuhan..

Di negeri miskin itulah,
Lahirnya tokoh-tokoh islam terkenal..

Di negeri miskin itulah juga,
Ambo dilahirkan dan dibesarkan .

Syukur padaMU ya ALLAH.

Azrin Ren : Walaupun rakyatnya nampak miskin, tetapi rakyatnya masih ada harta pusaka, nenek moyang mereka, kerana harta pusaka mereka tidak di rompak oleh kerajaan mereka, dulu kelantan di hina negeri paling kerap dilanda banjir, pada tahun 2005 negeri perlis, kedah, terengganu dilanda banjir, 2007 negeri johor paling teruk terjejas akibat banjir, kl ibu nagara malaysia turut dilanda banjir! saban tahun dilanda banjir kilat! negeri sabah dan sarawak turut dilanda banjir, kelantan negeri mundur?? tetapi negeri kelantan mempunyai pelaburan yg tinggi, kini ada tesco, carrefour, mydin, tak lama lagi ada lebuh raya, pencacai umno kata negeri kelantan mempunyai kadar jenayah yg tertinggi, iya ka? memang, tapi tak lah sampai ada jenayah bunuh!! ragut!!! rompakkan!! hanya jenayah kecurian di kampung2 sahaja cuma pencacai2 umno ni kuat spin, depa pandai perbesaq isu, sebesaq semut boleh jadi sebesaq gajah!, pencacai umno kata kelantan ada tarian ala latin, memang, tetapi yg sebenarnya tarian tu di thailand, org2 dekat sempadan thailand-kelantan, amboi amboii..mentang2 loghat depa nak sama dengan loghat kelantan, hangpa kata org kelantan no, low class..baca lagi utusan, akhirnya lu semua di bongokkan oleh utusan..sekian...

psst...Kelantan kaya dengan hasil emas, dapat kat umnobn, habis disapunya nanti...kikikiki....