Sunday, 30 September 2012

Senyuman Pertama Di Bumi


Senyum pertama di muka bumi - gambar sekadar hiasan

Assalamualaikum dan salam Jumaat... Sebelum seseorang melahrkan perbuatan ketawa, ianya lebih dahulu dimulai dengan gerakan bibir dan mulut yang lebih dikenali dengan senyum. Dengan itu senyum merupakan mukadimah bagi perbuatan ketawa. Jarang sekali ketawa yang tanpa didahului dengan perbuatan senyum. Betul bukan??



Bilakah senyum pertama di muka bumi? Semestinya kita seia maklum senyuman dan ketawa pertama berlaku dibumi semasa kehadiran Nabi Adam dan Siti Hawa. Sejarah islam dan kitab2 seperti Taurah + Injil + Zabur + Al Quran mengatakan sebelum ke bumi, Nabi Adam dan Hawa telah tinggal di SYURGA selama beberapa lama. Jarang sekali ketawa yang tanpa didahului dengan perbuatan senyum. Betul bukan??

Dalam satu riwayat disebutkan bahawa Rasulullah SAW bersabda "Sesungguhnya Allah telah menciptakan pada anak keturunan Adam lapan watak (perangai).

Dari lapan perangai itu, empat adalah bagi penghuni SYURGA iaitu :-
Wajah yang berseri - tersenyum
Ucapan yang fasih dan sopan
Hati yang takwa kepada Allah SWT
Tangan yang dermawan

Sedangkan empat perangai adalah bagi penghuni NERAKA iaitu :-
Wajah yang sedih
Ucapan yang kotor
Neraka yang keras
Tangan yang kedekut

Sejarah menceritakan ketika Nabi Adam dan Hawa dihantar ke bumi, mereka telah terpisah sekian lama. Dengan izin Allah SWT juga mereka diketemukan semula di Padang Arafah. Nabi Adam melahirkan rasa kegembiraan yang teramat bila bertemu dengan isterinya SITI HAWA. Rasa kegembiraan itulah bermulanya perbuatan SENYUM yang melambangkan rasa syukur dan gembira setelah lama berpisah.

Betapa hebatnya dugaan cinta dan kasih sayang NABI ADAM dan HAWA hingga sanggup merentas gunung + hutan belukar = berjumpa di bumi Hijaz. Tidak rugi kita senyum kerana itu adalah sifat2 penghuni SYURGA.

Jangan pula asik senyum memanjang tanpa berhenti.. Ada pula lain bunyinya nanti.. hik3...

psst....Jangan dok perli...nanti tak pasal-pasal kena maki hamun yer...org tak kira sapa lu dan sapa bapak lu...;)