Labels

Monday, 10 January 2011

BN : - Banyak Lagi Harga Barang Keperluan Tak Naik Ni!


 R-Rakyat Termiskin 

M-Menteri UMngok

1. Petrol ron95 dan ron97 
R- Baru naik rm 1.90. Kami tak puas, nak lagi petrol naik ke rm19 seliter ni. minyak ron97 tolong naikkan lagi ke rm 24ringgit seliter. kalau tak cukup lg, rm 72 seliter. mintak sangat naik secepat mungkin ye. Kami x sabar nak tuang minyak buat gi keje pagi esok. 

M- Boleh-boleh. kami akan menaikkan harga petrol MALAM NI JUGAK. jangan risau. Harga petrol dijamin akan dinaikkan supaya rakyat hidup selesa. 

2. Bawang
R- Kami mintak harga bawang dinaikkan lagi ke rm150 sekilo. klu rm6-7, skit sangat kenaikan tu. bawang2 klu boleh bagi la yang jenis buruk2 pun takpa, makcik2 felda tak kisah pun. lagi satu, kami mintak harga bawang merah, bawang putih, bawang kecik, bawang besar pun dinaikkan jugak. tak adil lak kalau 1 jenis bawang ja yang naik harga. sian kat bawang2 lain. 

M- Bekalan bawang dah sampai petang tadi. Bawang2 semuanya dijamin busuk2 belaka. Harga bawang, kami tak jamin naik atau pun tidak, tapi kalau rm150 sekilo tu, kira berpatutan jugak harga tu. buat sementara ni, minta rakyat tanam la bawang dulu ye. 

3. Gula
R- Ni laa barang yang kami tunggu2 kenaikannya. Kami mintak bekalan bekalan gula dihentikan dulu, sementara pmenunggu pengumuman kenaikan terbaru. Minta pemborong sorok la dulu gula kat mana2. Bawah stor, dalam lori, atas siling, tepi almari, atau kat belakang rumah pun boleh jugak. Kami harap kenaikan harga gula mencapai paras maksimum supaya tak ada rakyat yang mampu beli gula nanti. 


M- Hmm...hmm. Idea yang bijak. Akan dilaksanakan sebelum mesyuarat kabinet nanti.

4. Gas memasak
R- Kami nak merasa jugak gas memasak petronas berkualiti tinggi. Gas berkualiti perlu seiring dengan harganya. Tak berbaloi rasanya kalau kami bayar rm27-28 setong. Kat UK, diorang bayar rm250-320 setong. Kami pun nak harga camtu jugak. Tak berbaloi kalau kami bayar murah sangat. tak padan la dengan gaji kami yang beribu-ribu sebulan ni. Mintak tolong naikkan lagi harga gas ye. Kami malu digelar rakyat Malaysia bersubsidi. Malu sangat.

M- Harga gas dah naik dah sebenarnya. Kalau tak silap saya, minggu lepas baru naik. Tapi buat masa ni, bekalan tong gas tak sampai lagi. Minta rakyat pakai dapur kayu dulu la ye.

5. Minyak masak
R- Kami nak harga minyak masak dinaikkan lagi. rasa2 kalau rm2-3 sekilo murah sangat. Mintak kenaikan harga minyak masak dlm rm 60-70 sekilo takdak masalah kan? Kami boleh bayar. Kalau boleh naikkan minggu ni jugak. Kami kesian kat pemborong minyak masak sebenarnya, terutama pembekal minyak dari FELDA. Kami tau FELDA takde duit sekarang ni, jadi inilah satu-satunya cara kami boleh tolong FELDA. 

M- Bekalan minyak masak ade sebenarnya dan kami sedang menambahkan bekalan sedia ada. Minyak hitam dalam kereta boleh jugak pakai untuk memasak. Takde masalah..


Blog Pakatan Rakyat