Labels

Showing posts with label samseng umno. Show all posts
Showing posts with label samseng umno. Show all posts

Tuesday 2 April 2013

Samseng Umno Persenda Lagu Negaraku Untuk Ganggu Ceramah



Sekumpulan samseng Umno mempersenda lagu Negaraku semata-mata mahu mengganggu ucapan pemimpin Pakatan Rakyat terutama Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Sebab lagu Negaraku, saya berhenti sekejap,” kata Ketua Umum KEADILAN itu apabila lagu itu berkumandang, malah turut menyanyi bersama-sama pemimpin dan penyokong Pakatan.

Ramai, ini menyebabkan penjilat umno jadi penyalak tegar semalam...

2ed0e01c9bb611e2a23322000aaa04c3_7Sebaik saja meneruskan ucapan pada program Jelajah Merdeka Rakyat di Kampung Datuk Sulaiman Menteri di sini, malam tadi, sekitar 20 samseng Umno memutar semula lagu kebangsaan itu berulang kali.

“Saya hormat (lagu) Negaraku tapi ini sudah jadi mainan mereka (Umno),” kata Anwar sebelum meneruskan ucapan.

Kejadian sama lebih awal berlaku terhadap Lim Guan Eng apabila lagu Negaraku dipermain untuk mengganggu ceramah Setiausaha Agung DAP itu.

Guan Eng juga menghentikan ucapan apabila lagu itu kedengaran, sebaliknya  samseng Umno terus memasang semula lagu berkenaan beberapa kali.

BG25sD-CcAAc9Lebih 2,000 hadirin menggeleng-geleng kepala menyaksikan pelakuan tidak senonoh itu, malah ada tertawa melihatkan perangai kebudak-budakan itu.

Samseng Umno berselindung di sebalik program ‘Malam Mesra’ kira-kira 50 meter dari lokasi ceramah.

Mereka turut memutar beberapa lagu lain termasuk lagu rasmi Umno dengan kuat dan menghala pembesar suara ke tapak ceramah sepanjang program itu.

Samseng Umno juga berbuat bising, terjerit-jerit memaki hamun dan menghambur kata-kata kesat sambil mengibar bendera Umno dan BN.

Anggota polis yang berkawal pula dilihat tidak berbuat apa-apa untuk menghentikan provokasi berterusan itu.

Untuk tonton, sebahagian kebiadapan samseng Umno SINI

#Menyalak pencacai menyalak.....

Baca Berita Penuh ..

Saturday 30 March 2013

KANTOI!!! :: Ini Muslihat Muhyiddin Tuduh PR Untuk Cetus Huru-Hara Pada PRU13 Nanti!!



Sudah la Muhyiddin. 

Aku takan termasuk dalam permainan ko. Jelas ini satu propaganda yang nak menakut2kan rakyat dan menimbulkan persepsi bahawa PR akan menimbulkan kekacauan bagi mendapatkan kuasa.. 

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mendakwa hari ini bahawa daripada maklumat beberapa dokumen yang boleh dipercayai, pembangkang dipercayai merancang untuk menggagalkan pilihan raya umum ke-13 dengan mewujudkan keadaan porak peranda kerana gementar dengan sokongan rakyat kepada BN yang sudah mula meningkat.  

"Macam (penasihat PKR Datuk Seri) Anwar Ibrahim sebut, kalau dalam pilihan raya ini dia kalah maka tentulah kekalahan itu (mengikut dakwaannya) disebabkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) buat kerja kotor, tipu rakyat. 


PR desak. Mana bukti mana oi.

Pakatan Rakyat (PR) mencabar Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengemukakan dokumen yang didakwa mengandungi maklumat rancangan pembangkang mahu menggagalkan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) kepada pihak berkuasa.

Pesuruhjaya Pas Johor, Datuk Dr Mahfodz Mohamed berkata, dokumen itu perlu diserahkan agar siasatan dapat dijalankan dan tindakan lanjut diambil.

“Kalau betul ada dokumen, serahkan saja pada pihak berkuasa supaya siasatan dapat dibuat. Jangan hanya bawa fitnah dan cakap sahaja tapi dia (Muhyiddin) juga perlu bertindak,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Rujukan : sini 

Then tup2 ada pula dokumen tersebar.

Rujuk bawah ;


Bacaan lanjut disini.

Team Nadi Rakyat dan PG yang dedahkan. Bloggers upahan UMNO yang dedahkan untuk cover mulut tipiem.

Samada ia memang disengajakan ataupun terpaksa disengajakan untuk melindungi tipiem aku tak sure. Pokoknya dari episode satu sampailah episode terbaru semuanya saling berkait rapat. Betul2 ikut turutan. Itu sebab tv3 siarkan dalam media mereka. Itu sebab ada team silat apa tah sorry tak ingat nama pongpang2 dalam tv semalam.

Dan terkini si Shahrizat pula ikut menyampuk. Ini masa nak memperbesarkan isu. Baru la orang tahu aku still hidup lagi. Ataupun lebih tepat baru la tipiem sedar bahawa aku neh masih bernyawa lagi.. next project ada la harapan untuk aku kalau BN menang lagi ma..
  


Baca neh. 

Aku maleh nak tulis panjang2. Kalau tipiem ada bukti cepat2lah bagi bukti tu kepada polis. Tak bagi bukti bermaksud anda bersubahat dengan pembangkang. Apa tipiem dah tukar haluan ke sekarang? Sokong PR pula ke? Kalau tidak, kenapa taknak serahkan bukti kepada PDRM? 

Then PDRM pula cepat2la siasat penyebaran dokumen tue. Aku nak tengok siapa yang dorang nak tangkap dan tahan. Pemimpin PR mana yang buat onar. Diam2 = tak buat siasatan = bermaksud korang sendiri yang sebarkan isu tue then merepek tak tentu hala depan tv. Orang kata berlakon ah senang cakap. Kalau tak amek tindakan le.

Laporan polis oleh persatuan silat apa nama tah dah dibuat kan? Hah cepatla buat kerja. Kalau tiada tindakan di ambil bermaksud sahla PR difitnah. Apatah lagi dokumen sulit dah disebarkan. Takan nak dok diam2 lagi? 

Aku dah sebut banyak kali dah. Ini aku nak sebut lagi. PR dah kalah banyak kali. Pengalaman kalah tue dah lali. Ia bukan perkara baru untuk PR berhadapan dengan kekalahan oke. Untuk orang yang dah biasa kalah, kalau kalah lagi pada PRU - 13 ini, kita tetap boleh steady dan berjuang macam biasa.

Tetapi ini berbeza untuk orang yang TAK PERNAH KALAH.

Korang nilaikan je sendiri benda2 yang LUAR BIASA yang KELUAR dari BN dalam 5 tahun ini. Itu je dah cukup membuktikan betapa takut dan cuak nya dorang kalau KALAH teruk pada kali ini. Sendiri yang buat huru hara, sendiri yang buat perangai binasa, orang lain pula yang kena. Tah hapa2.

Kenyataan Video Rujuk SINI

#Jib takmau bubar parlimen lagi sebab Komisyen jual beli LIMA 13 belum collect lagi....

Baca Berita Penuh ..

Friday 29 March 2013

TAK CERDIK :: DUA EKOQ BUDAK KENA CEKUP KETIKA SEDANG MELAKUKAN KHIANAT KEPADA PANJI-PANJI PAS!!



LOKASI: TAMAN KANTAN, PERMAI, KAJANG
TARIKH: 29HB MAC 2013 JAM 12.40 PAGI

... CLEVER CLEVER SQUIRREL JUMPING AT LAST FALL ON THE GROUND ALSO.

Para petugas PAS Kawasan Semenyih, telah berjaya awal pagi tadi mencekup dua juvana dalam umur belasan tahun berbasikal sedang melakukan khianat dengan menconteng panji-panji PAS yang terpacak ditepi jalan di Taman Kantan, Permai, Kajang awal pagi tadi.

Apabila disoal siasat mereka mengaku menerima sedikit upah dari pihak tertentu untuk melakukan kerja khianat ini.

Selepas disoal siasat mereka telah dibebaskan dengan diberi kata nasihat agar tidak mengulangi kerja-kerja jijik ini.

Apakah pihak tertentu itu begitu terdesak sangat hinggakan bendera pun sudah gerun?

Beginilah keadaan parti politik yang hanya digembar gemburkan kuat tapi realitinya amat lemah dan ditolak rakyat.

Misi tawan Selangor lebih merupakan slogan omong-omong kosong penyedap jiwa dan halwa telinga saja.

KEKALKAN SELANGOR RAMPAS PUTRAJAYA...

SIARAN LANGSUNG :: SIARAN LANGSUNG/LIVE : CERAMAH DATUK SERI ANWAR IBRAHIM DI GOMBAK, TAPAK PASAR MALAM MPS

#Tak cerdik...kena sunat buat kali kedua ni...kesian aku tengok...

Baca Berita Penuh ..

Thursday 28 March 2013

MUHAHAHAHAHA!!! :: Lebih 50 ‘Awang Hitam’ Mengamuk, ‘Serang’ Balai Polis Jinjang!


Tidak dapat menerima kenyataan rakan senegara mereka maut dibelasah penduduk tempatan, lebih 50 warga Nigeria mengamuk dan ‘menyerang’ Balai Polis Jinjang di sini, bagi menuntut bela kematian rakan mereka.

Warga asing yang kebanyakan penuntut sebuah kolej swasta itu berkumpul kira-kira jam 10.30 malam semalam dan berteriak meminta pihak polis bertanggungjawab dan menyelesaikan segera kematian seorang lelaki dikenali sebagai Solomon Okolo, 29.
Sebahagian mereka yang gagal mengawal kemarahan bertindak menjerit dan mencabar pihak berkuasa dengan mengisytiharkan `perang’ 

apabila menjerit ‘we want declare war’ gara-gara tidak berpuas hati nasib menimpa rakan senegara mereka.
Seorang wanita dipercayai isteri Solomon dikenali sebagai Mariam turut menjerit sebelum tiba-tiba pengsan.

pix_gal1

Difahamkan, Solomon dipukul penduduk tempatan ketika dia bersama seorang lagi rakan datang ke lokasi kejadian di Kampung Batu Muda, Jinjang pada jam 6.45 petang untuk menolong rakan yang terbabit dalam kemalangan antara kereta Proton Wira dinaiki mereka dengan sebuah motosikal dan lori.

Difahamkan, hampir 100 penduduk tempatan bertindak mengepung kenderaan dan memukul warga Nigeria terbabit.
Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung pergaduhan terbabit pada jam 6.45 petang dan bergegas ke tempat kejadian sebelum menemui empat lelaki yang sedang dipukul manakala dua wanita dan dua kanak-kanak warga Nigeria tidak diapa-apakan.
Menurutnya, empat unit kereta peronda (MPV) dikerah ke tempat kejadian bagi menyuraikan pergaduhan terbabit.
“Kita berjaya mengeluarkan mangsa dan rakan-rakannya beberapa minit kemudian dan membawa mereka ke Balai Polis Jinjang untuk membuat laporan berhubung kejadian itu.

“Ketika itu, mangsa dilihat hanya mengalami kecederaan ringan dan sebaik polis ingin mengambil keterangan mangsa, tiba-tiba dia rebah dan tidak sedarkan diri,” katanya kepada pemberita pada sidang media di perkarangan Balai Polis Jinjang, semalam.
Zakaria berkata, pihaknya kemudian menghubung ambulans yang tiba pada jam 7.20 malam sebelum mangsa disahkan mati.
“Mangsa merupakan seorang penuntut sebuah kolej swasta berusia 29 tahun dan punca kematian awal dipercayai akibat pendarahan dalaman di kepala.
“Mayatnya dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya.

Beliau berkata, pemandu lori yang terbabit dalam kemalangan itu sudah membuat laporan polis namun penunggang motosikal masih belum berbuat demikian.

“Siasatan lanjut masih dijalankan untuk mengetahui kejadian sebenar yang berlaku menyebabkan tercetusnya pergaduhan itu,” katanya. 

#Muhahahah...jangan marahkan mereka....silap hari bulan depa boleh mengundi nanti...kikiki...

Baca Berita Penuh ..

Wednesday 27 March 2013

(VIDEO) NAH AMBIK!!! :: Samseng UmnoBN Kecut Teloq (Nak Buat Kacau Akhirnya Terkucil Kena Belasah)

Akhirnya betina rempit menjerit terlolong-lolong....

EXCLUSIVE...cubaan remaja2 mat rempit yang di upah oleh BN untuk menyerang Bas Jelajah PKR..tetapi BN cuba memutar belitkan cerita yang kononnya ahli PKR yang ada pada ketika itu menyerang remaja-remaja tersebut menggunakan Parang & Besi..Lihat aksi remaja-remaja yang datang dengan besi dan parang yang dibungkus dengan surat khabar & etc....-Jahar

Salah satu ciri pilihan raya yang tidak adil dan bebas ialah apabila calon/parti bertanding tidak dapat berkempen secara aman. 

 Inilah samseng yang ditahan polis, mengganggu ceramah DSAI di Star City dan membaling batu ke arah bas jelajah Sabah yang dirasmikan oleh DSAI...Terima kasih PDRM Sabah...Harap siasat siapa dalang... - Jahar

Gambar budak-budak tak cerdik kena tangkap, semua setan-setan suruhan syaitan yang dikenali....

#Baru ada akai, sebelum ni takdak akai, dapat rm20 terus nak jadi semseng, tarak cerdik punya budak....akhirnya jadi samseng taik kucing...

Baca Berita Penuh ..

Tuesday 26 March 2013

RAJA PETRA KANTOI!!! :: Rafizi Pula Pecah Tembelang Raja Petra!



Dia cuma cakap ikut kepala dia saja.

Itu rumusan paling tepat bagi menunjukkan bahawa artikel blogger dalam buangan (baca: pelarian) Raja Petra Kamaruddin sekali lagi berjaya dikantoikan Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli.

Raja Petra dalam artikel di laman Malaysia Today semalam mendakwa Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim kononnya pernah mengadakan pertemuan dengan Ketua Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF), Nur Misuari di Jakarta, Indonesia pada 16 Julai 2012.

Pertemuan itu diadakan di Hotel Crowne Plaza, Jakarta petang hari tersebut setelah ahli politik tempatan yang rapat dengan Anwar yang menjadi orang tengah kepada pertemuan yang turut dihadiri oleh beberapa jeneral tentera dan komando MILF.

Dalam artikel bertajuk 'The Untold Story of Lahad Datu Incident', Raja Petra mendakwa Anwar mengadakan perjumpaan sulit dengan Misuari kononnya Anwar meminta bantuannya supaya umat Islam keturunan Sulu di Sabah mengundi Pakatan Rakyat dalam pilihanraya umum akan datang.

Sebagai balasannya, Anwar kononnya menjanjikan Misuari agar kesemua orang yang mengundi Pakatan Rakyat diberikan taraf kewarganegaraan dan penduduk tetap selain diberikan kad pengenalan tulen sekiranya Pakatan Rakyat berjaya memperolehi 20 daripada 25 kerusi parlimen dan 35 daripada 60 kerusi DUN.

Hanya dengan sekeping gambar, itu pun bukannya dari sumber sendiri tetapi dari gambar yang diambil dari Anwar Ibrahim Club, Raja Petra sudah boleh membuat rumusan bahawa Anwar sememangnya ada membuat perjanjian sulit seperti yang didakwa dalam blognya itu.

Lagi pun peertemuan itu bukannya hanya mereka berdua sebaliknya Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhyono dan Presiden Timor Leste, Jose Ramos Horta juga berada di dalam pertemuan tersebut!

Apakah terlalu bodoh Raja Petra mahu mengaitkan Susilo dan Horta dengan fitnah yang dibuatnya terhadap Anwar?

Kemudian Raja Petra sekali lagi mendakwa pada 4 Ogos tahun yang sama, Anwar sekali lagi mengadakan pertemuan dengan Misuari di Manila, Filipina kononnya Misuari mahukan kepastian (confirmation) sama ada tawaran Anwar akan ditepati atau sebaliknya.

Raja Petra kononnya memberi bukti siap dengan nombor penerbangan Anwar ke Manila menggunakan pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH 704 kononnya sebagai bukti bahawa Anwar pasti akan bertemu dengan Misuari di ibu negara Filipina itu.

Bagaimanapun dari kesemua 'pendedahan' yang dikeluarkan blogger yang dipercayai sudah berpaling tadah itu, tiada satu pun bukti, dokumen atau keterangan jauh sekali video menunjukkan bahawa Anwar sememangnya menjanjikan sesuatu kepada pemimpin selatan Filipina itu.


Tambahnya lagi, sekiranya Pakatan Rakyat berjaya membentuk kerajaan persekutuan, Misuari akan dijanjikan tanah dan kemudahan seperti rakyat Malaysia kerana kedua-dua negeri di Borneo, Sabah dan Sarawak akan diberikan kuasa autonomi bagi mentadbir negeri masing-masing.

Inilah yang mendorong Rafizi mengatakan bahawa kesemua dakwaan Raja Petra sebagai sampah dan ikut kepala dia sahaja tanpa memberikan sebarang bukti bagi menyokong keterangannya.

Pendek kata sekiranya dakwaan Raja Petra ini dibawa ke mahkamah, pendaftar mahkamah sendiri akan menolak untuk menerima permohonan memfailkan dakwaan tersebut.

Kini jelas apa sahaja dakwaan Raja Petra untuk mencalar imej Anwar sudah tidak laku lagi sebagaimana dakwaannya sebelum ini bahawa kononnya Anwar mengkhianati janjinya selepas dibebaskan pada 2004. 

#RAJA PETRA SEBENARNYA MUSUH DALAM SELIMUT, MUSUH DALAM SELIMUT NI BAHAYA MAKHLUKNYA...MUSUH DALAM SELIMUTLAH YANG MENYEBABKAN EMPAYAR TUKRI UTHMANIYYAH TUMBANG...

Baca Berita Penuh ..

Blog Pakatan Rakyat