Labels

Showing posts with label menara warisan. Show all posts
Showing posts with label menara warisan. Show all posts

Friday 28 January 2011

Khilafah Dan Kebangkitan Islam : - Inside Story - Is Mubarak's rule threatened?

 
 
Tunisia ke Mesir ke Nusantara...
Tak mustahil malah InsyaAllah diharap berlaku..
Dengan keadaan politik2 semasa yang tidak menentu di Malaysia
dan muaknya Rakyat Malaysia terhadap politik2 kepartian yang ada..

Satu reform baru dengan InsyaAllah Tunku Mizan mengambil Pemerintahan Di Malaysia dengan Pasukan Keselamatan Tentera dan Polis
diletakkan di bawah beliau dan kemudian Satu pemerintahan Baru Malaysia.. Khilafah.... Laughing Our Wish ALLAH Will 

Kenapa nak lari? umno pun kenalah belajaq-belajaqlah kat anak mubarak murtabak ni ya :D 

KAHERAH - Seorang anak lelaki Presiden Mesir, Hosni Mubarak melarikan diri ke London dengan membawa 100 bagasi, lapor beberapa buah akhbar semalam.

Anak lelaki Hosni itu, Gamal berusia 48 tahun melarikan diri selepas sjeumlah para penunjuk perasaan yang mendapat ilhan dari kejadian di Tunisia menuntut peletakan jawatan bapanya.

Bapanya telah memerintah Mesir selama 30 tahun selepas kematian Anwar Sadat yang mati ditembak dalam satu majlis ketenteraan.

Gamal kerap dikatakan akan menggantikan bapanya sebagai Presiden Mesir.

Baca Berita Penuh ..

Friday 26 November 2010

Biarkan Pengikut Fir'un Di Telan Laut!!!

Zaman Fir'un, semua hamba rakyatnya dikerah untuk memenuhi kehendak dan kemahuan Fir'un, sehinggakan mayatnya dan mayat kaum kerabatnya di salut dengan emas hasil bumi Mesir.

Masa itu belum ada pengetahuan petrolium. Mungkin, jika Fir'un tahu, jiratnya pun di berlampukan bahan gas yang paipnya terus ke kolam tenaga gas berkenaan.




Maka, jika kita fikirkan... masa bila Fir'un pergi korek terowong atau gali hasil buminya mendapatkan emas-pemata untuk kemewahannya, tentulah mengerahkan rakyat jelata untuk menggali bumi Mesir atau wilayah lain untuk mendapatkan hasilnya.

Bila sudah berlonggok emas-permata adalah menjadi hakmilik Fir'un, sukahati Fir'un hendak buat apa atas emas itu, beri pada juak-juaknya yang taat lagi menurut perintahnya adalah harus dan semestinya, dengan itu akan seronoklah pengampunya.

Hamba rakyat yang tukang cari dan korek emas, walau pun mungkin dibawah kediaman orang kampong mana pun bukan persoalan, kerana semuanya di bawah kuasa Fir'un yang mempunyai tenteranya yang taat setia, boleh bunuh dan boleh pasung dan dijadikan hamba abdi tukang korek emas atau tuikang buat piramid. Ikut suka hati Fir'un kerana ia yang memrintah dengan sokongan pembodeknya yang turut tumpang ambil kesempatan senang lenang disisi Fir'un atau istana Fir'un.

Undang-undang kehidupan di bumi Mesir masa itu adalah mengikut citarasa Fir'un.

Demikianlah pula Dinasti Penjajah, mereka mewartakan peraturan jajahannya dan kena pula di taati oleh rakyat jelata jajahannya.

Penjajah menguasai dengan kekuatan tenteranya waktu dulu, maka mana-mana negeri-negara yang di takluk dan dikuasai adalah tunduk kepada kemahuan istana di UK. Kerjasama istana disana dengan vatikan itulah mereka wujudkan peraturan antara bangsa yang mereka kuasai bagi mengatur cara hidup yang menguntunbgkan mereka, ikut cara mereka.

Mana mungkin mereka sedia menerima Al Quran dan Hadith ( Sunnah SAW ) sebagai 'cara hidup', kerana misi mereka adalah selaras dengan perang salib.
Peraturan hidup yang bukan dari panduan Al Quran dan Sunnah SAW, tentulah dari sumber Jahiliyyah, Jahiliyyah itu adalah termasuk peninggalan Namrud, Fir'un dan mana-mana Kaisar sebelum Islam yang dikembangkan oleh Nabi Muhammad SAW di SyariatkanNya. Maka, jika kita tidak meninggikan Al Quran dan Sunnah SAW, apa lagi jika bukan meninggikan sistem kehidupan seumpama Fir'un, jika kita jadi orang yang berkuasa, walaupun sekadar syarikat kecil sebagai pemilik tunggal atau kompeni besar koperat sebagai CEO atau apa-apa juga jemaah.

kerana; Allah telah tetapkan manusia ini hanya berada dalam tiga kategori: Jadi Mukmin, jadi Munafik. atau jadi Musyrik. Hendak jadi Mukmin, wajib bergegang kepada Al Quran dan Sunnah SAW, yang sebaliknya, demikian itulah kedudukannya.

Sambil tu fahamilah maksudnya..keh keh keh....nyot...nyot....ahah!!!

WALLAHU A'LAM.

ASTAGHFIRULLAH AL ADZIM.

psst : Kejahatan dan kezaliman Firaun disebut-sebut orang sepanjang masa...

Baca Berita Penuh ..

Friday 22 October 2010

Penyokong Facebook anti-menara hampiri 100,000

Jom Ke Laman Facebook Tersebut...Klik Sini 

Sebuah laman Facebook untuk membantah rancangan pembinaan menara 'Warisan Merdeka' setinggi 100 tingkat di ibunegara, mendapat sokongan hampir 100,000 peminat dalam tempoh tidak sampai seminggu. 

Laman '1M Malaysia Reject 100-story Mega Tower' yang diwujudkan Sabtu lalu - sehari selepas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan projek bernilai RM5 bilion itu dalam ucapan bajet 2011 - telah mengumpulkan 95,165 penyokong sehingga jam 7 malam ini. 





Ia mensasarkan satu juta penyokong dalam beberapa minggu akan dataang. 

Pertambahan jumlah penyokong itu merupakan petunjuk peningkatan kritikan rakyat Malaysia yang mahu wang tersebut dibelanjakan untuk tujuan lain. 

Bangunan Warisan Merdeka' itu akan menjadi menara tertinggi di Malaysia, jauh melebihi ikon Petronas - Menara Berkembar setinggi 88 tingkat yang siap dibina pada 1998 - dan pernah menjadi yang tertinggi di dunia. 

Dua hari lalu, pencipta laman tersebut, yang tidak mahu namanya disiarkan, menuduh Facebook menyekat akses ke laman tersebut. 

Mereka mengatakan disekat daripada meletakkan sebarang mesej. 

Bagaimanapun, akses mereka dipulihkan setelah laman itu dikategorikan semula oleh Facebook sebagai laman komuniti dan bukannya laman peminat. 

Menurut Facebook, laman peminat hanya boleh mewakili individu, jenama atau organisasi tertentu. 

Tetapi pemilik laman anti-menara itu bertegas bahawa mereka memang dari mula lagi, telah mendaftarkannya sebagai laman komuniti. 

Dua laman Facebook pro-menara 

Sementara itu, terdapat dua laman Facebook pro-menara - 'Kami Sokong Menara Warisan' - dengan 251 penyokong, dan 'I See the Benefits of PNB's 100-story Tower' dengan 38 penyokong. 

Rancangan untuk projek mega itu, yang akan dibina dan dibiayai oleh syarikat kaitan kerajaan - Permodalan Nasional Bhd (PNB) - terdiri daripada tiga fasa dan dijadual siap pada 2020.

Baca Berita Penuh ..

Blog Pakatan Rakyat