Labels

Showing posts with label penamaan calon. Show all posts
Showing posts with label penamaan calon. Show all posts

Saturday 20 April 2013

PRU13 : Mahasiswa Diperguna Umno Untuk Penamaan Calon


Tangisan seorang pejuang....
Azrin Ren : Hahahaha..patut la gua tengok bahagian penamaan calon BN macam budak IPTA ja..memang betullah mereka perguna mahasiswa untuk meramaikan untuk memberi sokongan kepada calon BN.

Sintok, 20 April : Mahasiswa Universiti Utara Malaysia (UUM) sebentar tadi telah mendedahkan pentadbiran universiti telah menyediakan enam buah bas untuk ke pusat penamaan calon. 


 Namun, kumpulan mahasiswa berkenaan sebelum itu dimaklumkan bahawa enam buah bas itu akan menyertai sebuah program khidmat komuniti di Sungai Petani dan Ayer hitam. 

 Tetapi sebaliknya yang berlaku apabila enam buah bas berkenaan terus ke pusat penamaan calon serta diberikan baju percuma, makanan percuma dan pelepasan kelas Ko-Kokurikulum bagi menyatakan sokongan kepada calon Barisan Nasional. 

 kat bawah ni gambar bas yang bawak budak UUM.


#Awat tak angkut bangla ja...senang cerita....

Baca Berita Penuh ..

Friday 19 April 2013

PRU13 : Pas Kemungkinan Menang Tanpa Bertanding 1 Dun Johol!


Benarkah calon-calon BN itu merupakan calon yang dikehendaki rakyat setempat dan ‘winnable’? Siapa yang menentukan mereka itu ‘winnable’ atau tidak ‘winnable’? Kalau benar mereka dipilih daripada mereka yang ‘winnable’, kenapa banyak penolakan terhadap calon-calon mereka sejak pengumuman senarai calon tiga hari yang lepas?


Seandainya perisikan untuk mencari calon yang ‘winnable’ itu benar-benar tepat kenapa calon DUN Johol di Kuala Pilah ditolak mentah-mentah malam tadi oleh orang-orang UMNO dan BN sendiri? Calon yang telah dipilih oleh BN, Ustaz Fadzil Kasim ditolak ramai-ramai oleh orang-orang UMNO sendiri sehinggakan Ustaz ini terpaksa dikawal oleh polis semasa hendak pergi ke kereta beliau?

 Dulu, penyokong UMNO membaling telur dan batu terhadap pemimpin Pakatan Rakyat apabila berada di tempat ceramah di banyak tempat di dalam negara ini, sekarang mereka melakukan perkara yang sama terhadap calon ‘winnable’ sendiri. Apa sudah jadi? Sekarang di banyak kawasan sering berlaku ahli-ahli UMNO dan BN berdemonstrasi dengan sepanduk-sepanduk menolak calon-calon yang dipilih oleh parti.

 Presiden UMNO selalu menyebut yang calon BN kali ini adalah di kalangan mereka yang diterima rakyat tetapi keadaan sebenar yang berlaku adalah sebaliknya. Dulu-dulu memang biasa calon yang dipilih pimpinan itu ditolak tetapi tidak pula sampai calon itu ditolak oleh ahli partinya sendiri sehingga terpaksa dikawal oleh Polis?

 Insiden seperti ini berlaku di mana-mana sejak dua hari yang lepas. Ia berlaku di Selangor, Perak dan Kedah sehinggakan banyak bilik gerakan BN terpaksa ditutup. Bagaimana BN boleh mengaku yang UMNO akan kembali memerintah Selangor sedangkan bilik gerakan yang ada terpaksa ditutup? Keadaan ini boleh diibaratkan seperti 'pesawat yang terhempas sebelum berlepas'?

 Apa yang berlaku di Johol itu adalah disebabkan calon-calon UMNO dipenuhi oleh orang-orang Mohammad Hasan sahaja. Mohamad Hasan nampaknya tidak ‘magnanimous’ sebagai pemimpin negeri. Beliau sedang berlawanan dengan kehendak rakyat. Insiden di Johol ini merupakan manifestasi rakyat NS terhadap Menteri Besarnya. Orang ramai selalu kata, "Mat Hasan ni sombong tak tontu di aghah. Hidung eh kek dahi."

 Dulu kita di Negeri Sembilan anggap Mohammad ini adalah seorang pemimpin yang datang dari langit tetapi apa yang berlaku sekarang menunjukkan beliau hanya hendak cenderung untuk memilih kelompok beliau sahaja. Pucuk pimpinan negeri yang hebat sepatutnya telus dan berani menurunkan calon-calon yang lebih canggih dari beliau sendiri.

Oleh itu ramai menelefon saya yang PAS DUN Johol hampir pasti memenangi satu kerusi sebelum pun pilihanraya itu diadakan. Kalau begitu keadaannya DUN Johol ini akan diwakili oleh Ustaz Norazman Mohamad yang diterima ramai bukan sahaja oleh ahli-ahli PAS tetapi juga oleh rakyat yang ramai.

Maka calon PAS lah yang lebih ‘winnable’ di Johol itu bukannya calon Menteri Besar Mohammad Hasan. Sesungguhnya Ustaz Fathil itu adalah calon Mohammad Hasan, bukannya calon UMNO/BN.

 Kalau saya berada di tempat Ustaz Fathil, saya akan pergi berjumpa Mohammad Hasan dan berkata, “Tok Mat, den tak nak lah jadi calon Johol ni, sobab den ditolak rakyat. Macam mano nak jadi wakil rakyat?”

Keadaan ini bukan sahaja berlaku di DUN Johol, tetapi berlaku juga di DUN Juasseh dan Seri Menanti. Dalam keadaan terdesak seperti ini, Mohammad masih hendak berpuak-puak. Kalau Mohammad masih ada sisek kepimpinan beliau perlu menukar calon-calon Juasseh dan Seri Menanti itu. Masih ada masa untuk membetulkan keadaan.

 Kasih Mohammad ini bertompok-tompok, bencinya merata-rata. Mohammad telah memecah-belahkan semua Bahagian UMNO di Negeri Sembilan. Itulah yang akan terjadi jika politik negeri diserahkan kepada ‘political novice’ seperti Mohammad Hasan ini.

 Bagi Pakatan Rakyat, pandai-pandailah mendekati rakyat. Jangan pulak berlaku seperti yang berlaku di dalam UMNO. Saya mengingati PR kerana dalam PR sendiri terutamanya dalam PKR, ada unsur-unsur ini wujud.

 Jangan bersikap angkuh hanya kerana sudah nampak peluang untuk mendapat mandat itu agak cerah. PKR wajar belajar dari kesilapan UMNO dan BN. 'Jangan buangkan air di tempayan terlalu cepat. Tunggu hujan turun dulu. Kalau hendak menembak pelanduk, jangan bersorak dahulu sebelum menembak. Nanti pelanduk itu akan lari sebelum sempat menembaknya'.

 Setahun dua dahulu saya selalu membayangkan yang ratusan ribu ahli-ahli UMNO akan keluar parti melalui peti-peti undi dalam PRU13 ini. Nampaknya seperti biasa telahan saya itu tidak meleset.

 Melakukan telahan yang tepat dalam isu ini tidak perlu mempunyai Phd atau Doctorate dalam kejuruteraan seperti taraf pelajaran calon-calon BN yang diumumkan oleh Najib itu.

#Orang yag paling takut anwar jadi PM adalah tun madey, najib tak berapa takut sangat....

Baca Berita Penuh ..

PRU13 : BN Negeri Sembilan Bergolak, Antara Punca Negeri Sembilan Akan Tumbang Ke Tangan PR!


Penolakan terhadap calon Umno di Negeri Sembilan semakin menjadi-jadi sejak dua hari lepas. Jika kelmarin berlaku bantahan besar-besaran oleh ahli Umno di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johol dan DUN Palong, petang semalam berlangsung pula satu lagi bantahan di DUN Lenggeng.


Lebih 50 pengundi dari DUN Lenggeng membantah pencalonan Ketua Umno Bahagian Seremban, Datuk Ishak Ismail yang akan bertanding di kerusi DUN Lenggeng pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) ini.

Perkembangan terbaru ini agak mengejutkan kerana Ishak dianggap calon popular di DUN Lenggeng kerana beliau pernah menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lenggeng selama tiga penggal berturut-turut bermula 1995, 1999 dan 2004 sebelum digugurkan pada tahun 2008 (PRU-12).

Dikalangan orang-orang Umno, Ishak sering dikatakan sebagai seorang yang amat rapat dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Maka pemilihan Ishak sebagai calon PRU Umno DUN Lenggeng memang sudah dijangka sejak dari awal lagi.

Wakil Jawatankuasa Bertindak Badan Bukan Kerajaan DUN Lenggeng, Mohd Azhari Jasad berkata, mereka bukannya penentang Barisan Nasional (BN) dan Umno, malah penyokong tegar parti itu namun mereka kecewa dengan calon yang dipilih oleh pucuk pimpinan Umno.

“Bagi kami calon yang dipilih ini bukan calon ‘winnable candidate’ kerana rakyat Lenggeng sendiri tahu bahawa dia pemimpin yang bermasalah.

“Malah golongan muda juga menolak Ishak kerana faktor usia dan ‘trade mark’ sebagai calon ‘kitar semula’ yang sepatutnya tidak melepasi saringan kesihatan dan beberapa perkara lain.

“Pemilihan Ishak akan mengundang kemarahan pengundi DUN Lenggeng yang dikhuatiri akan membawa kekalahan kepada BN,” kata Mohd Azhari.

Mohd Azahari berkata DUN Lenggeng adalah kubu kuat BN dan hidup mati masyarakat di situ adalah bersama BN.

“BN sekarang ini berusaha kuat merampas DUN Ampangan dan DUN Sikamat daripada pembangkang, tapi jangan pula BN hilang DUN Lenggeng ibarat yang ‘dikejar tak dapat yang dikendong berciciran.

’ “Malah satu memorandum bantahan turut akan dihantar kepada Najib yang juga presiden Umno dan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada hari esok (Jumaat),” katanya.

Calon bebas

Sementara itu turut serta menyatakan bantahan adalah Pemuda BN DUN Lenggeng yang turut memberi amaran bahawa calon bebas akan ditampilkan jika BN terus memilih Ishak sebagai calon.

Ketua Pemuda BN DUN Lenggeng, Zool Amali Hussin berkata beliau akan mengambil tindakan keluar parti dan akan menampilkan seorang calon bebas jika Ishak tidak diganti dengan calon baru.

“Kita sudah ada calon bebas dan akan perkenalkan semasa penamaan calon nanti iaitu orang lama dan orang kuat Umno dan lebih baik daripada Datuk Ishak, jika suara kami tidak dilayan.

‘Ini suara akar umbi.

Kami pun bukan suka-suka buat bantahan tetapi kami mahu suara kami didengar oleh pucuk pimpinan parti kerana tidak sewajarnya Ishak dipilih sebagai calon Lenggeng,” kata Zool Amali.

Kandungan memorandum tersebut menghuraikan apakah punca yang akan menyebabkan kekalahan BN di DUN Lenggeng jika Ishak terus dipilih iaitu faktor undi protes yang akan memberi undi kepada calon bebas, undi rosak serta penyokong Umno dan BN tidak mahu keluar mengundi.

Peserta bantahan mempamerkan pelbagai sepanduk seperti ‘Inikah Winnable Candidate untuk DUN Lenggeng? Yang Dipilih oleh PM’,

‘Kami pengundi Lenggeng membantah sekeras-kerasnya’, ‘Dia bukan calon boleh menang’, ‘Dia calon yang akan pecah belahkan undi

Umno di sini’ dan slogan yang paling menarik perhatian ialah ‘DAHJIB – DUN Lenggeng akan hancur jika Ishak Ismail Bertanding.

#Najib nak kena sabotaj dah...kikikiki..tun madey dah lari ke london....

Baca Berita Penuh ..

Saturday 6 April 2013

PRU13 : Ramalan Penganalisis Tarikh PRU13


BERIKUT ramalan penganalisis-penganalisis berhubung hari penamaan calon dan pengundian Pilihan Raya Umum ke-13.


 Dekan Pusat Pengajian Antarabangsa Kolej Undang-undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia, Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani

 Tarikh: Penamaan calon : 16 April, undi mungkin 26 April 2013 atau 27 April 2013 atau awal bulan Mei

 Alasan: “Saya rasa SPR akan buat cepat sebab semua sudah bersedia hanya tunggu semua Dun bubar, tapi mungkin juga lewat sehingga bulan Mei sebabnya Perdana Menteri perlu menghadiri satu majlis iaitu Sidang Kemuncak Asean pada 24 April ini, itu penting."

 Timbalan Ketua Kluster Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa, Majlis Profesor Negara, Prof Dr Jayum Jawan

Tarikh: Penamaan calon mungkin hujung minggu depan atau dua minggu selepas mesyuarat SPR, undi tiga minggu selepas pembubaran Parlimen atau awal bulan Mei

 Alasan: “Tak perlu lama-lama lagi untuk tempoh berkempen, lagipun semua parti sudah bersedia, rakyat juga ada keputusannya. Namun perlu lihat pula hari bercuti, tapi bukan hari cuti pun tak apa ini adalah tanggungjawab rakyat.”

Ketua Kluster Sejarah, Warisan dan Sosiobudaya Majlis Profesor Negara, Prof Datuk Dr Zainal Kling

Tarikh: Penamaan calon, dua minggu lagi untuk penamaan calon manakala hari undi hujung bulan April 2013

 Alasan: “Saya rasa semua sudah siap sedia tunggu SPR adakan mesyuarat minggu depan, saya rasa Perdana Menteri juga tak mahu lambat begitu juga SPR tak mahu lengahkan masa.”

Pensyarah Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia, Prof. Ahmad Atory Hussein

 Tarikh: Penamaan calon 27 April, undi 11 Mei

Alasan: “Mengikut perkiraan kita kalau tidak ada huru-hara, 27 April itu masa paling sesuai kerana ia juga jatuh pada bercuti untuk negeri seluruh negara, seperti pilihan raya umum sebelum ini, penamaan calon hanya 13 hari dari 27 April.”

Pensyarah Sains Politik, Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi, Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof Dr Shamsul Adabi Mamat
 Tarikh: Penamaan calon 20 April 2013, 4 Mei 2013

 Alasan: “Pemilihan 4 Mei dibuat kerana ia memberi tempoh untuk beberapa perkara  mengenai writ pembubaran Dun seminggu, penamaan calon seminggu selepas itu kemudian tempoh kempen 13 hari, kira 4 Mei sesuai, ia juga jatuh hari Sabtu."

#Sungguh nyanyuk Mahathir nih. Mengharapkan belah ehsan politik dari orang yang pernah bersumpah nak kencing atas kubuq dia 

Baca Berita Penuh ..

Blog Pakatan Rakyat