Labels

Friday, 19 April 2013

PRU13 : Pas Kemungkinan Menang Tanpa Bertanding 1 Dun Johol!


Benarkah calon-calon BN itu merupakan calon yang dikehendaki rakyat setempat dan ‘winnable’? Siapa yang menentukan mereka itu ‘winnable’ atau tidak ‘winnable’? Kalau benar mereka dipilih daripada mereka yang ‘winnable’, kenapa banyak penolakan terhadap calon-calon mereka sejak pengumuman senarai calon tiga hari yang lepas?


Seandainya perisikan untuk mencari calon yang ‘winnable’ itu benar-benar tepat kenapa calon DUN Johol di Kuala Pilah ditolak mentah-mentah malam tadi oleh orang-orang UMNO dan BN sendiri? Calon yang telah dipilih oleh BN, Ustaz Fadzil Kasim ditolak ramai-ramai oleh orang-orang UMNO sendiri sehinggakan Ustaz ini terpaksa dikawal oleh polis semasa hendak pergi ke kereta beliau?

 Dulu, penyokong UMNO membaling telur dan batu terhadap pemimpin Pakatan Rakyat apabila berada di tempat ceramah di banyak tempat di dalam negara ini, sekarang mereka melakukan perkara yang sama terhadap calon ‘winnable’ sendiri. Apa sudah jadi? Sekarang di banyak kawasan sering berlaku ahli-ahli UMNO dan BN berdemonstrasi dengan sepanduk-sepanduk menolak calon-calon yang dipilih oleh parti.

 Presiden UMNO selalu menyebut yang calon BN kali ini adalah di kalangan mereka yang diterima rakyat tetapi keadaan sebenar yang berlaku adalah sebaliknya. Dulu-dulu memang biasa calon yang dipilih pimpinan itu ditolak tetapi tidak pula sampai calon itu ditolak oleh ahli partinya sendiri sehingga terpaksa dikawal oleh Polis?

 Insiden seperti ini berlaku di mana-mana sejak dua hari yang lepas. Ia berlaku di Selangor, Perak dan Kedah sehinggakan banyak bilik gerakan BN terpaksa ditutup. Bagaimana BN boleh mengaku yang UMNO akan kembali memerintah Selangor sedangkan bilik gerakan yang ada terpaksa ditutup? Keadaan ini boleh diibaratkan seperti 'pesawat yang terhempas sebelum berlepas'?

 Apa yang berlaku di Johol itu adalah disebabkan calon-calon UMNO dipenuhi oleh orang-orang Mohammad Hasan sahaja. Mohamad Hasan nampaknya tidak ‘magnanimous’ sebagai pemimpin negeri. Beliau sedang berlawanan dengan kehendak rakyat. Insiden di Johol ini merupakan manifestasi rakyat NS terhadap Menteri Besarnya. Orang ramai selalu kata, "Mat Hasan ni sombong tak tontu di aghah. Hidung eh kek dahi."

 Dulu kita di Negeri Sembilan anggap Mohammad ini adalah seorang pemimpin yang datang dari langit tetapi apa yang berlaku sekarang menunjukkan beliau hanya hendak cenderung untuk memilih kelompok beliau sahaja. Pucuk pimpinan negeri yang hebat sepatutnya telus dan berani menurunkan calon-calon yang lebih canggih dari beliau sendiri.

Oleh itu ramai menelefon saya yang PAS DUN Johol hampir pasti memenangi satu kerusi sebelum pun pilihanraya itu diadakan. Kalau begitu keadaannya DUN Johol ini akan diwakili oleh Ustaz Norazman Mohamad yang diterima ramai bukan sahaja oleh ahli-ahli PAS tetapi juga oleh rakyat yang ramai.

Maka calon PAS lah yang lebih ‘winnable’ di Johol itu bukannya calon Menteri Besar Mohammad Hasan. Sesungguhnya Ustaz Fathil itu adalah calon Mohammad Hasan, bukannya calon UMNO/BN.

 Kalau saya berada di tempat Ustaz Fathil, saya akan pergi berjumpa Mohammad Hasan dan berkata, “Tok Mat, den tak nak lah jadi calon Johol ni, sobab den ditolak rakyat. Macam mano nak jadi wakil rakyat?”

Keadaan ini bukan sahaja berlaku di DUN Johol, tetapi berlaku juga di DUN Juasseh dan Seri Menanti. Dalam keadaan terdesak seperti ini, Mohammad masih hendak berpuak-puak. Kalau Mohammad masih ada sisek kepimpinan beliau perlu menukar calon-calon Juasseh dan Seri Menanti itu. Masih ada masa untuk membetulkan keadaan.

 Kasih Mohammad ini bertompok-tompok, bencinya merata-rata. Mohammad telah memecah-belahkan semua Bahagian UMNO di Negeri Sembilan. Itulah yang akan terjadi jika politik negeri diserahkan kepada ‘political novice’ seperti Mohammad Hasan ini.

 Bagi Pakatan Rakyat, pandai-pandailah mendekati rakyat. Jangan pulak berlaku seperti yang berlaku di dalam UMNO. Saya mengingati PR kerana dalam PR sendiri terutamanya dalam PKR, ada unsur-unsur ini wujud.

 Jangan bersikap angkuh hanya kerana sudah nampak peluang untuk mendapat mandat itu agak cerah. PKR wajar belajar dari kesilapan UMNO dan BN. 'Jangan buangkan air di tempayan terlalu cepat. Tunggu hujan turun dulu. Kalau hendak menembak pelanduk, jangan bersorak dahulu sebelum menembak. Nanti pelanduk itu akan lari sebelum sempat menembaknya'.

 Setahun dua dahulu saya selalu membayangkan yang ratusan ribu ahli-ahli UMNO akan keluar parti melalui peti-peti undi dalam PRU13 ini. Nampaknya seperti biasa telahan saya itu tidak meleset.

 Melakukan telahan yang tepat dalam isu ini tidak perlu mempunyai Phd atau Doctorate dalam kejuruteraan seperti taraf pelajaran calon-calon BN yang diumumkan oleh Najib itu.

#Orang yag paling takut anwar jadi PM adalah tun madey, najib tak berapa takut sangat....

Blog Pakatan Rakyat