TAWAU, 21 Jan. - Parti Bersatu Sabah (PBS) menolak cadangan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk memperkenalkan sistem undi proksi bagi membolehkan pengundi berdaftar yang tidak dapat hadir mengundi, diwakili seseorang yang layak.
Presiden PBS Tan Sri Joseph Pairin Kitingan berkata, sistem berkenaan bertentangan dengan sistem demokrasi yang diamalkan di negara ini dan jika dilaksanakan akan menimbulkan perdebatan tidak berkesudahan mengenai kredibiliti SPR sendiri.
"Kita selalu diingatkan bahawa dalam sistem demokrasi, hak mengundi kita sebagai pengundi berdaftar untuk menentukan satu-satu kerajaan adalah hak kita yang amat penting. Jadi cadangan membolehkan seseorang mengundi untuk pihak orang lain bercanggah sama sekali dengan sistem demokrasi.
"Bagi saya ini (sistem proksi) akan lebih mengelirukan lagi dan akan menjadi satu perkara yang tidak meningkatkan kepercayaan terhadap sistem demokrasi kita dan sebab itu saya harap cadangan ini tidak diadakan,” katanya. - Bernama