Labels

Friday, 14 January 2011

Dunia : - Suara Asia

 
Setelah kemerdekaan diperolehi, penduduk Asia Tenggara percaya kekayaan sumber alam mereka yang selama ini disalurkan oleh pihak penjajah ke negara asal mereka akan mereka kecapi sepenuhnya. Kemerdekaan akan membawa kemakmuran sehingga dasar-dasar ekonomi yang diumumkan oleh kerajaan mereka menekankan pencapaian kemajuan (pertumbuhan), nasionalisme dan kesaksamaan ekonomi. Bagi mencapai matlamat itu kerajaan-kerajaan Asia Tenggara mempunyai tiga pilihan utama bagi menentukan bentuk ekonomi yang diingini. Corak kapitalis di pakai di Thailand, Republik Vietnam, Singapura, Filipina, Burma, Indonesia (waktu Orde Baru) dan Malaysia.


Corak Sosialis di Burma waktu Ne Win dan Republik Sosialis Vietnam. Manakala suatu corak tersendiri yang menggabungkan prinsip-prinsip sosialis ataupun kapitalis yang agak kabur dengan unsur-unsur kebudayaan tempatan dilaksanakan di Burma (waktu U Nu), Kampuchea (waktu Sihanouk) dan Indonesia (waktu Orde Lama). Namun dari perkembangan sejarah pertumbuhan ekonomi Asia Tenggara, ternyata tidak ada satu corak ekonomi yang secara pasti dapat menjamin kejayaan, atau kekal patuh kepada bentuk yang dipilih tanpa melakukan pengubahsuaian. Pencapaian kemajuan, nasionalisme dan kesaksamaan ekonomi bukanlah perkara yang mudah berlaku.

Salah satu punca utama kesukaran itu ialah kerana struktur ekonomi negara-negara Asia Tenggara sudah terangkum le dalam satu jalinan sistem ekonomi kapitalis antarabangsa kesan tindakan bekas para penjajahnya. Ketidakupayaan bebas daripada rangkuman itu, mendesak negara-negara Asia Tenggara menukar strategi pembagunan ekonomi yang nasionalistik dan berasaskan sumber kepada strategi yang membawa penyertaan mereka ke dalam arena ekonomi antarabangsa dan perindustrian.

1 Sehubungan itu pembangunan ekonomi Asia Tenggara semakin berubah dari strategi tradisional kepada pendekatan-pendekatan baru. Perubahan yang cuba membawa perimbangan dalam perkongsian yang mendatar dan juga menegak serta melangkaui batas-batas kaum, awam-swasta dan jantina. Kaedah utama yang diterima pakai adalah pembangunan industri pembuatan dan pasaran. Perubahan ini bukan sahaja digerakkan oleh unsur-unsur dalaman, malah dicetuskan oleh perkembangan dan desakan luar.



Tuntutan susunan ekonomi dunia atau pengaruh globalisasi ekonomi dunia telah memaksa negara-negara di Asia Tenggara mewujudkan syurga pelaburan bagi mempersilakan modal, pelaburan, teknologi, dan lain-lainnya dari negara-negara maju dan juga firma-firma transnational (TNC). Perkembangan ini mula meningkatkan kepentingan perindustrian berbanding dengan kemerosotan kegiatan pertanian yang dialami oleh negara-negara ASEAN.

Cara sistem ekonomi asia perlu dikembalikan mengikut cara ekonomi tersendiri. dan corak sistem ekonomi barat perlu dimansuhkan demi kebebasan negara-negara asia daripada terus dicengkam barat menerusi dasar-dasar ekonomi dan produk-produk dan jugak export import.

Seperti yang kita lihat negara-negara seperti China, Korea utara, Vietnam, Cambodia dan Myanmar antara negara-negara yang lebih mengamalkan sistem komunis, walaupun kita lihat dari kaca tv, ahkbar menampakkan sistem komunis yang di amalkan negara-negara tersebut amat mundur dan kurang maju dari segi pembangunan, tetapi hakikatnya sistem komunis tersebut akan lebih maju sekiranya seluruh negara-negara asia bersatu menggunakan sistem corak tersendiri daripada menggunakan sistem barat yang banyak mengawal dan menguasai sistem ekonomi negara-negara asia.

tidak kisahlah corak apa yang kita akan gunakan untuk sistem asia tersendiri asalkan bukan corak dari barat. jika negara-negara adalah sistem islam agar dapat bekerjasama bersama sekeluarga asia!!

Seperti yang kita ketahui, antara negara-negara asia yang maju seperti China, Jepun, Korea selatan. ketiga-tiga negara tersebut mempunyai kepakaran yang dapat membawa pembaharuan pembinaan asia baru. tetapi seperti negara jepun, mereka sendiri ditekan oleh amerika syarikat daripada terus bangkit untuk kembali menyingkir corak barat dan membina corak sistem asia tersendiri. sebagai mana impian jepun untuk kembali hak-hak asia bermula perang dunia ke 2 dahulu untuk menghapus sistem penjajahan barat yang ingin mengawalkan negara-negara asia supaya mengikut telunjuk sistem mereka(BARAT).


Tetapi apakah daya. kekalahan jepun semasa perang dunia ke 2 itu sebagai salah satu kegagalan arus perjuangan untuk membetuk corak sistem asia tersendiri. sekiranya jepun menang sewaktu perang dunia ke 2 yang lalu. mungkin ia tidak berlaku huru-hara teruk di negara-negara asia yang mengamal sistem corak barat seperti sekarang, tak mungkin negara seperti palestin terus dijajah oleh barat untuk membina negara yahudi asasan british yang mempunyai pertubuhan bangsa-bangsa bersatu(PBB) yang rosak ditelan sang penzalim barat Amerika Syarikat.  

Lihat sahaja semua jenama terkenal dikebanyakan negara-negara asia adalah milik barat. sekadar mengharap barangan dan jenama-jenama dari jepun dan korea selatan itu belum lagi menunjukkan kemajuan sistem ekonomi asia. 

Sewaktu perang dunia ke 2, jepun menyerang negara kita, ramai yang mengatakan tentera jepun kejam, tetapi hakikatnya impian jepun berjuang untuk membebaskan negara-negara asia daripada jajahan barat menghapus sistem barat yang mempunyai kepentingan. 

Jadi mari kita lihat sekarang, amalan barat terus mengawal kita. barangan keperluan dan lain-lain kepentingan mengikut turun naik adalah pengawasan barat. sampai bila? jadi marilah kita bersama SUARA ASIA agar impian negara CHINA untuk menjadi kuasa ekonomi asia menjadi kenyataan untuk mennyah sistem ekonomi barat yang telah membawa kemudaratan dan kesengsaraan rakyat negara-negara asia. lalu amerika syarikat syaitan barat pun akan terus cemburui kemajuan CHINA yang semakin membangun dari segi ekonomi dan pembangunan. 


Contohilah seperti negara-negara dari  benua amerika selatan dalam usaha mereka untuk menghapuskan sistem acuan barat amerika@british. daripada menjadi negara ditindas. mereka sendiri tahu sistem barat adalah kejam dan mempunyai kepentingan untuk melemahkan sesebuah negara dari pendidikan dan undang-undang bagi sesebuah negara.

Sebenarnya, negara Asia boleh membangunan tanpa mempunyai bahasa inggeris(barat yang dibangga-bangga segelintir masyarakat Asia. negara jepun, korea, china yang mengamalkan bahasa ibonda mereka telah berjaya mengeluar kereta berjenama terkenal, komputer, satelite, roket dan persenjataan. negara kita seperti malaysia yang banyak mengamalkan PPSMI. tetapi hakikatnya tiada langsung kemajuan yang kita lihat cuma dari segi lisan dan ketinggalan jauh maklumnya. 

KEJAYAAN Jepun bangkit menjadi sebuah negara maju selepas mengalami kekalahan teruk dalam Perang Dunia Kedua sememangnya mengagumkan banyak pihak. 

Sebagai salah sebuah negara kuasa ekonomi dunia, Jepun dengan penduduk seramai kira-kira 128 juta orang memiliki keluaran dalam negara kasar (KDNK) kedua terbesar pada tahun lalu selepas Amerika Syarikat (AS) iaitu kira-kira AS$5 trilion (RM48.37 trilion), dan tersenarai dalam kelompok tiga teratas mengikut kuasa beli selepas AS dan China.

Dalam perdagangan luar negara pula, Jepun merupakan negara pengeksport keempat terbesar dan negara pengimport keenam terbesar dunia. Sebagai negara maju, penduduk Jepun menikmati taraf hidup yang tinggi iaitu tempat kelapan dalam Indeks Pembangunan Manusia dan usia jangka hayat tertinggi di dunia menurut perangkaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). sekian. 

Blog Pakatan Rakyat