Labels

Wednesday, 2 February 2011

Penipu Besar : - Gobala Kata PKR Anti India, Zul Kulim Kata PKR Anti Melayu

 

''GOBALA menjadi `katak hitam' melompat keluar dari PKR, manakala Zul Kulim `firaun besar' pula di`tendang' keluar dari PKR. Gobala kata PKR pinggirkan kaum India, manakala Zul Kulim pula kata PKR pingirkan kaum Melayu. Mana satu betul? Jawapannya, kedua-duanya tidak boleh pakai langsung. 

 PKR telah menjawab secara fakta angka dan peratusan keahlian PKR, berbanding dengan `dua ekor' MP yang tidak berani mengosongkan kerusinya itu. Ini fakta yang dikeluarkan oleh PKR, jauh sekali apa yang didakwa oleh Gobala tentang keahlian kaum India di dalam PKR. PKR hari ini memperbetulkan laporan sebuah portal berita yang menyebut 40 peratus ahli parti itu adalah kaum India serta kenyataan ahli parlimen Padang Serai, N Gobalakrishnan bahawa 90 peratus pimpinan PKR adalah Melayu. Dalam kenyataan hari ini, pengarah komunikasinya, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, daripada 371,612 ahli PKR, 45 peratus adalah Melayu, Cina 11 peratus, India 23 peratus, Bumiputera Sabah, Sarawak dan lain-lain pula sebanyak 21 peratus. Manakala Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR bagi sesi 2010-2013 terdiri daripada Melayu 62 peratus, Cina 20 peratus, India 12 peratus dan Bumiputera Sabah, Sarawak serta lain-lain 4 peratus (Malaysiakini).


Jelas kepada kita, kedua-dua MP yang saban masa menyalak terhadap PKR gagal menunjukkan kewibawaan mereka sebagai Ahli Parlimen. Mereka gagal buktikan sebarang salah laku dan ketidak adilan terhadap mereka. PKR telah mengadili Gobala dan memberinya peluang untuk bela diri, namun Gobala telah menetapkan niatnya lebih awal untuk menjadi `katak hitam'. Zul Kulim pula, telah dibawa untuk pengadilan namun mencari alasan lain untuk menolak peluang membela diri kerana niat awalnya sudah ada. Jelas, PKR tidak menzalimi mereka tetapi kerana sikap mereka yang sememangnya ego, sombong dan merasa hebat akhirnya menjadi pencacai murahan.

Adakah PKR sudah bersih sekarang? Jawapannya tidak, masih ada saki baki yang mencari masa yang sesuai untuk `mencari makan' di luar. PKR harus memantau mereka ini dan bertindak lebih awal sekiranya terbukti mereka menjalankan kerja berunsur sabotaj kepada parti.

dua-dua pharaoh dan ular musuh-musuh dalam selimut, Alhmadulllilah mereka sudah terpacul keluar ternampak siapa mereka sebenarnya mereka-mereka ini jenis tidak boleh pakai...masukan ke dalam tong tahi lagi bagus.

Blog Pakatan Rakyat