Walaupun negara kita ini sudah nampak aman dan damainya, merdekanya. tetapi kita tidak melihat ke belakang keamanan dari segi bagaimana itu? ya negara
kita memang aman tiada peperangan, tiada militan, pergaduhan kaum, tiada penyeludupan dadah besar-besar seperti apa yang berlaku di mexico. jadi semua itu tiada di negara kita. maka dari segi itu memang kita nampak aman. masalahnya sekarang. negara kita tidak aman dari segi rasuah, memfitnah, menjatuhkan seseorang dengan cara kotor contohya menggunakan isu sex sebagai modal sedemikian rupa untuk mengekal kuasanya untuk memimpin tetapi memimpin dengan penuh tidak adil. kita tidak bebas bersuara. sebagaimana kehilangan reformasinya terhadap penjawat kerajaan. malah akan di ugut dibuang kerja jika tidak menyokong mereka. itu sebagai bukti negara kita tidak aman dari segi demokrasi dan segi kebebasan bersuara. negara kita belum merdeka dengan semua itu. semua hak kita dijabatankan.
Malah para pemimpin tidak mendorong rakyatnya dengan adil, menolak hukum hakam islam dengan gahnya sehingga semakin ramai rakyat buta hukum syariat islam, maksiat berleluasa, anak luar nikah semakin ramain, kerosakan remaja, bunuh diri berleluasa, cerai berai juga berleluasa!. menaikkan keperluan2, tarif elektrik, astro dan sebagainya sehingga membebankan rakyat barangkali. sehingga rakyat hidup susah sengsara!! sehinggalah ada segelintir sanggup berhutang, merompak!! mencuri!! menganggur!! dan sebagainya. pemimpim2 lebih telus kepada kroninya tersebut. adakah kita sudah merdeka dari semua itu? mungkin tidak. negara kita sudah pun merdeka dan bebas dari penjajahan british. malah generasi terdahulu menyangkakan kita sudah lebih bebas apabila penjajahan british berundur seundur undurnya.
Padahal kerajaan yang memimpin malaysia ini lebih kurang samanya dengan pemerintahan british mala lebih teruk dari british. bukti nya kita haruslah melihat menyaksi demontrasi BERSIH dilondon baru2 ini. tiada sekatan pihak keselamatan disana. bebas bersuara dan bebas tanpa sebarang gangguan gas pemedih matam water cannot dan juga sebagainya. london adalah ibu negara british. sebuah negara yang pernah menjajah negara kita dahulu.
Kehilangan demokrasi terus menghantui negara yang kita cintai ini. sistem2 perlembagaan yang kian senget telah dirosak-rosakan oleh umno. menyingkir seseorang demi kuasa sebagaimana penyingkir Tunku Abdul Rahman dan Tun Hussein Onn. penghapusan kuasa2 raja dan agong demi untuk mengelak kehilangan kebebasan untuk melakukan kerja2 kotor mereka.
Marilah kita merdekakan negara!! amankan negara. sebab itulah kita perlukan BERSIH untuk menuntut pilihanraya yang bersih telus dan adil. rakyat di negara ini hakikatnya hanya mempunyai dua pilihan iaitu memperjuangkan sistem demokrasi yang semakin pudar fungsinya mahupun membiarkannya terkubur begitu sahaja. seperti apa yang dikatakan itu oleh pensyarah Undang-undang Universiti Islam Malaysia (UIA), Profesor Dr Abdul Aziz Bari, satu pilihan bijak harus dibuat dalam memastikan masa depan negara terus terpelihara.
Pilihan yang ada hanya dua sekarang, hendakkan perlembagaan diperkasa dan dimartabatkan atau hendak perlembagaan itu dipijak dan dinafikan tempatnya, mengulas perkembangan terkini berhubung tindakan polis dan kerajaan pemerintah yang melakukan pelbagai cara demi menghalang himpunan aman Bersih 2.0 menuntut pilihan raya adil pada 9 Julai baru2 ini.
Selain menahan sesiapa sahaja yang memakai pakaian berwarna kuning dan berlogo Bersih, mengenakan ordinan darurat kepada enam anggota Parti Sosialis Malaysia (PSM), mengisyitiharkan bahawa Bersih adalah sebuah pergerakan haram, kerajaan umno-barisan nasioanal dilihat terus menggunakan segala kekuatan yang ada untuk menghalang perhimpunan aman berkenaan. Ironinya, persoalan pokok kepada kebangkitan rakyat ini terus dibiarkan menjadi tanda tanya.
Rakyat Malaysia harus bangkit menyatakan pendirian mereka dalam hal ini memandangkan tuntutan yang disuarakan oleh Bersih adalah untuk kebaikan bersama.
Sekarang ini sudah sampai ke tahap, orang biasa pun tahu undang-undang yang digunapakai sekarang adalah undang-udang yang tidak adil. Dan dalam konteks penggunaan Ordinan Darurat ini agak lucu sedikit sebab pada tahun lepas Hishamuddin mengatakan bahawa Malaysia tidak berada dalam darurat. Jadi dia telah mengeluarkan yang kenyataan yang bercanggah dan bertentangan Selain penahanan yang semakin diperhebatkan, lebih memalukan apabila ia diselang-seli dengan hujah rapuh pemimpin-pemimpin Umno-Barisan nional termasuk media kawalan mereka.
Rata-rata mereka melabelkan Bersih adalah agenda pembangkang untuk menawan tampuk pemerintahan, setiap orang juga pastinya mahukan sebuah pilihan raya yang adil dan bersih dilaksanakan tanpa mengenal fahaman politik. kembalilah demokrasi dan merdekalah negara kita dengan cara yang betul.
Azrin Ren
psst : - pencacai...Kalau ikut kepala otak kamu, siapa boleh ganti keduanya?.PR tak pernah perintah, tak pernah ada track record. Tetapi umno dengan more then 51 yrs memerintah dengan record buruk! Why not bagi peluang pada PR perintah, cuba tengok apa jadi?. Tengok siam, kerajaan sering bertukar tetapi ekonomi bertambah kukuh, lebih baik dari malaysia.
ayam
-
Kisah Pandiran Semasa (Part 262) - ayam jantan.. !Sudah hampir 4 minggu tok
tidak lagi mengopey pagi pagi di kedai Siah. Tok bukan merajuk, tapi tok
mengam...
1 year ago