Labels

Wednesday, 28 December 2011

Ibrahim Ali Isi Borang Keahlian PAS Seumur Hidup


Menjelang PRU 12 yg lalu, pernah diramalkan oleh Daim, beberapa negeri akan jatuh ke tangan pembangkang, maka jatuhlah Pulau Pinang, Kedah dan Selangor. Tepat sekali maklumat yang ada dalam tangan Daim ketika itu. Cuma, Perak adalah bonus kepada pembangkang, kerana ianya tidak ada dalam buku catatan harian Daim, juga turut jatuh, walaupun akhirnya UMNO-BN berjaya merampas kembali.

Kelantan, kekal dalam pegangan PAS, bermakna sebanyak 5 negeri tumbang, ditambah lagi dengan penafian majority 2/3 di Parlimen telah benar-benar menyebabkan jantung Mahathir tidak berapa stabil.

Kini, menjelang PRU13, seorang lagi tokoh veteran UMNO, iaitu Ku Li tampil dengan firasatnya bahawa UMNO-BN akan tewas lagi. Tidak lah diketahui negeri mana yang akan terlepas ke tangan Pakatan Rakyat nanti.

Tetapi, yang terlalu mungkin ialah Negeri Sembilan dan juga Perak yang mampu ditawan kembali. Begitu juga lah dengan Melaka dan Johor juga sangat berpotensi. Kalau begitu lah jadinya, Cuma tinggal Sabah, Sarawak, Perlis dan Pahang sahaja dalam tangan UMNO-BN.

Walaubagaimanapun, Ku Li tidak menyebut Putrajaya juga terlepas. Ini kerana sekiranya Putrajaya terpaksa diserahkan kepada Pakatan Rakyat, sekiranya itu maklumat yang ada dengan Ku Li, maka bagaimana nasib tokoh hebat politikus negara iaitu Ibrahim Ali.

Dalam keadaan ramai pemimpin – pemimpin Melayu dalam UMNO, atau Cina dalam MCA, dan Gerakan, ataupun India dalam MIC sudah kehabisan tenaga, letih dan lesu, tetapi Ibrahim Ali selaku tokoh yang sentiasa bertenaga sejak dari dulu, apakah perkiraannya ketika ini, atau sekiranya beliau memndapat maklumat tentang informasi yang ada dengan Ku Li ini?

Adakah mungkin, bagi menyelamatkan hayat politik nya, maka Ibrahim Ali tanpa rasa segan dan malu akan mengisi borang keahlian PAS seumur hidup? moga-moga dengan tindakannya ini, maka kerusi Pasir Mas masih akan dipertimbangkan untuk diserahkan kepada nya lagi.

Adakah pemimpin-pemimpin PAS, ketika itu akan dengan rela hati menerima Ibrahim Ali sebagai ahli PAS seumur hiudp? Bagaimana pula dengan penerimaan ahli-ahli PAS, dan begitu juga Pakatan Rakyat, sekiranya itu tindakan yang akan diambil olehh Ibrahim Ali.

psst....Kalau betul UMNO sahaja yg boleh memerintah dan memajukan negara didunia ini, aku cabar UMNO bukak cawangan dan buat UMNO somalia dan majukan somalia terlebih dahulu kalau betul UMNO sahaja yg mampu memerintah didunia ini...ngeh ngeh ngehh...

Blog Pakatan Rakyat