MAKLUMAT yang baru diterima dari akaun mikroblogging twitter pengacara
terkenal Wardina Safiyyah memaklumkan bahawa rumah beliau dimasuki
perompak awal pagi tadi.
Difahamkan 3 orang perompak pekerja Indonesia bertopeng dengan bersenjatakan parang dan tongkat telah menyerang Ikhwan, suami beliau, didakwa kerana gagal mendapatkan barang kemas sebagai hasil rompakan.

Wardina pula mendakwa beliau dalam ketakutan bersembunyi di bawah
selimut bersama anak-anak yang kini berada di dalam keadaan trauma
menghadapi kejadian tersebut.
Wardina terpaksa meminjam komputer riba milik jiran memandangkan barangkali telefon bimbitnya turut berjaya dibawa lari oleh perompak.