Labels

Tuesday, 28 February 2012

Hahahahahahaha!!!! : Skim Bantuan 1 Malaysia (BR1M,BB1M) Akan Dikutip Balik

Dalam diam-diam skim bantuan rakyat 1malaysia akan ditarik balik, betul ke akan ditarik balik? apa maksud akan ditarik balik? adakah wang tersebut perlu dipulangkan? adakah baucar tersebut tidak akan laku atau rakyat kene tipu? apa maksud sebenarnya?

Sebenarnya, duit bantuan yang kita dapat tu adalah taktik tipu 1 malaysia yang diilhamkan oleh Najib.. bagaimana mondus operasinya? meh tengok gambar dibawah , nak tahu bagaimana skim tersebut ditarik balik? ayauh tengok gambar dibawah : 

GST = Goverment Services Tax, cukai barangan

Dah faham bagaimana caranya? caranya senang saja..apa saja barang yang kita beli atau perkihdmatan yang kita gunakan akan dikenakan cukai sebanyak 6%..sebelum ni, cukai sebanyak 6% ini hanya dikenakan kepada pelanggan restoran segera(KFC,McD) dan perkhidmatan hiburan (panggung wayang, karaoke) tapi sekarang, apa saja yang kita beli akan dikenakan cukai sebanyak 6%..

baginilah duit bantuan yang kita dapat tu akan dikutip balik oleh kerajaan dengan mudah tanpa perlu bela lembu dikondo atau menggadai cincin 24 juta di kedai cu ah soy lek belu..

cuba kita hitung balik..rakyat mendapat bantuan sebanyak RM500 untuk tempoh 4 tahun..dalam setahun, rakyat dapat sebanyak RM 125.00..dalam tempoh setahun, rakyat mendapat RM10.42 bagi satu bulan..untuk satu hari..rakyat akan dapat sebanyak RM0.35..cuba kira balik

RM500/4=RM125 per year

RM125/12=10.42 per month

RM10.42/30=0.35 per day

hanya 35 SEN untuk satu hari..itu baru untuk satu keluarga..kalau 35 SEN dibahagi dengan bilangan isi rumah..apa yang kita dapat?

cuba kita hitung balik..kita beli tambah nilai (TOP-UP) RM10.00 untuk satu minggu..kita akan dikenakan cukai sebanyak RM0.60.bersamaan dengan 60 sen..dan 60 sen ni dibahagi untuk satu minggu kita akan dapat 9 sen..mudah kira, 10 sen je la..masih ada baki lagi sebanyak 25 sen..lepas tu kita beli ayam seekor di Tesco..harga ayam sekitar RM15.00..kita akan dikenakan cukai sebanyak 90 sen..katakanlah ayam seekor boleh tampung makan untuk seminggu, kita akan dikenakan cukai ayam sebanyak 13 sen sehari..masih ada baki 12 sen..lepas tu, kita pergi kerja mesti kene bayaran parkingkan? kalau lah sehari parking kita kene bayar RM2.00..makanya, cukai akan dikenakan adalah sebanyak 12 sen..baki skim bantuan rakyat 1 malaysia najib sudah tinggal KOSONG SEN!!

hanya dengan beli top up, parking kereta dan beli ayam seekor bagi tiap minggu..kita telah manghabiskan RM500 pemberian Najib..kesian~

cuba kita tengok apa beza skim bantuan rakyat 1 malaysia najib dengan bantuan oleh kerajaan negeri selangor dibawah pimpinan pakatan rakyat


kerajaan negeri selangor membayar 20 meter padu pertama air sebanyak RM11.40 bagi setiap bulan untuk bil air di negeri selangor dan kuala lumpur..cuba kita congak balik..RM11.40 dibahagi kepada 30, kita akan dapat RM0.38 bagi setiap hari..ini sudah melebihi bantuan 1 malaysia(35 sen sehari) sebanyak 3 sen! tapi, rakyat terus diperbodohkan oleh UMNO-BN bahawa kerajaan pakatan tidak mampu memberikan keselesaan kepada rakyat..

atok nak tanya, kalau lah cucu-cucu ni cerdik..cucu-cucu nak pilih yang mana? 38 SEN atau 35 SEN?

atok tak nak jawapan sekarang…atok nak jawapannya pada kertas undi nanti..kepada yang belum daftar sebagai pemilih, masih ada masa..atok percaya..ramai yang duk komplen pasal harga barang naik..duit gaji tak cukup..tapi bila mengundi duk nyorok bawah meja opis..katanya tak tahu nak undi sapa..atok dah bagi panduan untuk cucu-cucu pilih sapa..selamat memilih!

kuasa di tangan anda~ (pinjan iklan celcom)

psst....Buruk sikut.....

Blog Pakatan Rakyat