Labels

Friday, 3 February 2012

Husam Sahkan Parlimen Bubar Minggu Depan!


Dug Dag Dug Dag.....Malam ni kecoh dengan isu tarikh pembubaran DUN bagi memberi laluan kepada Pilihanraya Umum yang ke13, kerana menurut Husam Musa beliau mendapat maklumat bahawa Parlimen akan dibubarkan minggu hadapan..

Tapi itu kata Husam Musa.. bukannya kata Najib Tun Razak..

Bila Najib nak bubar Parlimen itu hanya dia dan Rosmah yang tahu, kerana hanya di Malaysia tarikh Pilihanraya hanya Presiden UMNO yang tahu..

Ada pihak melaporkan Najib telah dinasihati oleh Tun Mahathir agar melambatkan tarikh pilihanraya, ini bagi membolehkan Najib memenangi hati pengundi dari masyarakat Cina.

Sebabnya dari laporan yang Tun Mahathir terima pengundi dari masyarakat Melayu dan juga India yang dulunya menyokong Pakatan Rakyat ada yang sudah kembali menyokong UMNO/BN semula.. hanya pengundi dari masyarakat Cina yang masih kekal menyokong Pakatan Rakyat.

Tapi.. mungkin juga ianya dibocorkan supaya Penyokong Pakatan Rakyat leka..

Bagi aku.. ikut suka Najiblah bila dia nak bubar Parlimen tu.. Kan Anwar dah kata “Kami Sudah Sedia!!!”

Cuba baca apa kata Najib tentang tarikh pilihanraya..

**********************************************
Ini apa yang dilaporkan Berita Harian,

Najib nafi Parlimen bubar minggu depan
2012/02/03

MARANG: Datuk Seri Najib Razak menolak khabar angin bahawa Parlimen akan dibubarkan minggu depan bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum ke-13.

Perdana Menteri berkata, pilihanraya boleh diadakan pada bila-bila masa asalkan sebelum April 2013.

“Mereka terus membuat tekaan (tarikh). Satu hari mereka pasti membuat tekaan tepat,” katanya selepas majlis Bersama Rakyat di Dewan Undangan Negeri (DUN) Rhu Rendang di sini, hari ini.

Khabar angin berhubung pembubaran Parlimen didakwa selepas Thaipusam iaitu, Selasa depan.MARANG – Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, pilihan raya umum ke-13 akan datang boleh diadakan pada bila-bila masa asalkan tidak lewat daripada April tahun depan.

Beliau berkata, masa untuk mengadakan pilihan raya umum kali ke-13 berkenaan bergantung kepada banyak factor,namun ia boleh diadakan pada bila-bila masa asalkan tidak lewat daripada April tahun depan.

“Buat masa ini, saya turun padang berjumpa rakyat, bukan sahaja saya tapi semua pemimpin kerana ini tanggungjawab sebagai pemimpin supaya rakyat tambah yakin kepada Barisan Nasional (BN),” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Perdana Menteri berkata demikian ketika ditanya mengenai desas-desus kononnya Parlimen akan dibubar pada minggu hadapan untuk memberi ruang kepada pilihan raya umum ke-13.

Terdahulu, Perdana Menteri menyampaikan baucer kepada penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dalam Program Perdana Menteri Bersama Rakyat Dun Rhu Rendang, di Padang Astaka Majlis Daerah Marang, di sini.

Mengenai bantuan BRIM tersebut beliau berkata, kerajaan BN melaksanakan dasar dan program yang terbukti mampu membela kebajikan rakyat termasuk bantuan berkenaan yang memberi manfaat kepada 80 peratus isi rumah di seluruh negara.

Perdana Menteri berkata, BR1M juga tidak dilaksanakan mana-mana kerajaan lain di seluruh dunia namun ia diberikan kepada seluruh rakyat yang layak tanpa `memilih bulu’ dan parti.

“Kita tidak memilih bulu (seperti) kata Datuk Yahya (Khatib Mohamad) dalam ungkapan pantunnya tadi, orang yang tidak sokong kita pun dapat juga. Walaupun mukanya barangkali tebal agaknya. Yang kutuk, maki hamun kita, apabila nampak duit (BR1M) lima keping, dia yang pertama sekali berbaris.

“Hak puak-puak kita dalam panas, dalam hujan berjuang untuk menegakkan kerajaan. Tetapi saya kita tidak mengapa, jika kita tidak mendapat undi, di akhirat nanti insya-Allah kita akan menerima ganjaran daripada Allah s.w.t,” katanya ketika berucap di majlis itu.

Dalam tempoh tiga tahun peralihan kuasa di tangan Perdana Menteri, katanya, pelbagai bantuan sudah dilaksanakan kerajaan BN dan jika diberi masa lima tahun lagi pastinya lebih banyak yang boleh dilakukan demi kepentingan rakyat.

Selain itu, beliau juga mengingatkan rakyat supaya dapat menilai secara bijak kepimpinan Pas yang mendakwa memperjuangkan Islam, tetapi sanggup memecat ahlinya dan pemimpin sendiri semata-mata bagi menjaga kepentingan pakatan dengan DAP.

“Pas tidak boleh pakai, kerana banyak `lebong’. Sebab itulah Haji Hadi (Datuk Seri Abdul Hadi Awang) sudah condong, bunyi-bunyinya (sudah) tidak mahu bertanding. Tidak tahulah kalau dia `pelawok’ (menipu).

“Pas juga berkecamuk. Orang yang baik, imannya kuat, orang yang memperjuangkan Islam, orang yang nak pertahankan akidah, nak menegakkan akhlak, orang ini yang dipecat oleh Pas. Di mana perjuangan untuk Islam? Kalau orang yang menegakkan Islam dan akhlak dibuang oleh Pas,” katanya.
psst...Suda bersiap sedia???

Blog Pakatan Rakyat