Labels

Sunday 21 October 2012

PANAS! Musa Hassan Akan Terbang Juga Ke Bangkok??



Ini berita terbaru yang diterima.

Sumber yang dipetik dari laman web Asia Sentinel memaklumkan bahawa Musa Hassan dijangka akan terbang ke Bangkok, Thailand pagi esok bagi satu pertemuan dengan beberapa pihak di sana.

Bagaimanapun setakat ini, maklumat ini masih dalam pengesahan dan semuanya akan terjawab esok sama ada Musa berada dalam senarai penerbangan yang akan berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke ibu negara Thailand itu atau sebaliknya.

Selasa lalu, Musa menarik balik saman ke atas Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim berhubung satu kes mata lebam membabitkan bekas Timbalan Perdana Menteri itu pada 1998 dengan bekas ketua polis negara, Rahim Noor.

Awal pagi tadi, ketua polis negara itu menafikan dakwaan bahawa beliau akan mengadakan sidang akhbar di Bangkok pada hari Isini, seperti yang dimuatkan di laman Kelab Koresponden Asing Thailand (FCCT).

Menurut FCCT, Musa dijangka akan mendedahkan butiran baru mengenai kes pembunuhan model Mongolia, Altantuya Shaariibuu.


"Saya tida tahu apa-apa mengenai perkara ini. Saya tidak membuat apa-apa rancangan seperti itu," kata Musa ketika dihubungi pagi tadi.

Semalam, Malaysiakini dimaklumkan mengenai satu notis yang dimuatkan oleh FCCT kepada anggotanya, bahawa sidang media Musa akan diadakan di ibu pejabat kelab tersebut.

Notis itu menyebut, sidang media berkenaan akan diadakan pada tengahari waktu Malaysia pada 22 Oktober.

Jemputan itu bertajuk "Pendedahan baru dalam kes pembunuhan Altantuya" dan mengandungi notis bahawa acara berkenaan tidak ditaja oleh FCCT.

psst...Kikiki..nak pi buat apo tu abg musa..nak lari ek....????

Blog Pakatan Rakyat