Labels

Sunday, 18 November 2012

5 Juta Rakyat Israel Terancam Peluru Berpandu Al-Qassam - Media Israel


Sumber media Israel melaporkan, sejumlah hospital Israel di Palestin 48 (terjajah) meningkatkan kesediaan penuh menghadapi pelbagai kemungkinan. Cannel 10 Israel menyatakan, kead
aan siap sedia terlihat di beberapa hospital, di mana sekitar 5 juta orang Israel menjadi sasaran serangan peluru berpandu-peluru berpandu Al-Qassam.

Dalam konteks yang sama, warga Al-Quds (terjajah) mencatat keadaan mencengkam di kota Al-Quds, sejumlah hotel nampak lengang setelah jatuhnya peluru berpandu Palestin yang ditembakan Brigade Al-Qassam ke beberapa sasaran di Al-Quds Utara pada Jumaat petang kelmarin.

Sumber Israel lain mengungkap sejumlah upaya diminta kepada warga Israel untuk menyelamatkan diri dari peluru berpandu-peluru berpandu perlawanan Palestin yang mengincar kawasan selatan jajahan tahun 48, antara lain agar mereka sementara tinggal di Tebing Barat.

Rangkaian Nasional News menyebutkan, usaha yang dilakukan sejak Rabu lalu adalah mengembalikan warga yahudi untuk sementara waktu di beberapa penempatan Tebing Barat, seperti Gous Etsion, Modien dan sejumlah penempatan di Nablus agar mereka terhindar dari peluru berpandu jarak jauh yang ditembakan perlawanan Palestin di Gaza.

Tentera dan Warga Israel Ketakutan

Sumber media menjelaskan, beberapa keluarga yahudi memutuskan untuk pergi ke kawasan tengah, namun sampainya peluru berpandu perlawanan ke Tel Aviv mendorong sebahagian dari mereka bertanya-tanya seputar manfaat berlindung ke kawasan tersebut, yang tetap menjadi sasaran tembak peluru berpandu perlawanan Palestin.

Menteri Pertahanan Dalam Negeri Israel, Evi Dikhter menyebutkan, dijangka ratusan peluru berpandu perlawanan masih akan jatuh pada hari-hari mendatang, seperti diungkap sumber-sumber mdia Israel.

Azrin Ren : Sapa-sapa yg dok pi makan burger percuma kat mcdonald esok, mereka itu lah memang sah pro-israel, tujuan mcdonald bd burger percuma kerana takut diboikot berikutan serangan yahudi laknat ke atas umat islam di semenanjung gaza. sekian.

psst....Lain macam ja israel ni....

Blog Pakatan Rakyat