Ribuan rakyat negeri perlis ingin perubahan, pelbagai kaum bersama-sama mahu menukar pentadbiran negeri perlis dari Barisan Nasional yang tak rasional kepada Pakatan Rakyat, ini sebagai kesan positif yang rakyat perlis bukan lagi seperti tahun 1999, 2004 dan 2008. bukan hanya di negeri selatan iaitu johor tetapi negeri utara juga rakyatnya mulai sedar yang perubahan itu amat penting bagi masa depan negara. Ini membuktikan perubahan tidak dijangka...sungguh mengejutkan...InsyaAllah perlis bakal mendapat kerajaan baru pada pru13 nanti.
Rakyat sedar bahawa PR akan membawa perubahan yang mereka harapkan. Mereka juga tahu PR berazam untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh penduduk di negeri perlis apabila mendapat mandat sebagai kerajaan.
“Rakyat perlu memilih PR kerana kerajaan Barisan Nasional telah gagal menyelesaikan masalah rakyat negeri perlis, apa yang kita lihat perubahan di perlis, ialah jalan bertar, itu sahaja yang mampu.
Kesan daripada HKR juga anak-anak muda sudah tidak punya minat lagi kepada pemerintah yang ada sekarang dan mereka menunjukkan sokongan kepada Pakatan Rakyat terutamanya dengan adanya kepimpinan muda di Perlis yang akan menerajui kerajaan negeri apabila Pakatan Rakyat memerintah nanti.
Anak-anak muda juga dihidangkan dengan program yang selari dengan hati nurani mereka.
Dalam usaha mendekati anak-anak muda ita mewujudkan kelab-kelab sukan, kelab motor kemudiannya kelab fotografi, futsal, bowling, motor cross dan juga program libur sambil mendidik.
''I Love New PM'' Menarik perhatian ramai.
Ribuan membanjiri dataran kg bakau untuk mendengar fakta sebenar, yang selama ini mereka di kencing oleh media Umno iaitu utusan meloya atau lebih dikenali utusex.
Rakyat perlis bangun bagi menghormati lagu negaraku, maaf..kualiti video kurang jelas.
#InsyaAllah...PR akan mentabir negeri perlis...