Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim
menjelaskan, hubungannya dengan mana-mana pemimpin termasuk bekas gabenor
Mindanao, Nur Misuari adalah atas peranannya untuk membawa keamanan
serantau.
Anwar mendedahkan, Dr Mahathir Mohamad sendiri mengarahkannya
yang ketika itu sebagai Timbalan Perdana Menteri ke Manila untuk membantu
menyegerakan proses damai antara kerajaan Filipina dengan Barisan Pembebasan
Nasional Moro (MNLF).
“Saya mahu ceritakan sejarahnya. Ketika bersarapan
dengan Presiden Fidel Ramos di (Istana) Malacanang, dia meminta tolong dari saya
menyampaikan mesej kepada Nur Misuari untuk menyelesaikan perjanjian perdamaian
antara Filipina dengan MNLF.
“Saya cakap kepada Nur
(Misuari), sebaiknya cari jalan damai, kerana itu pendirian saya. Alhamdulillah
dia setuju. Dia kemudian diangkat menjadi gabenor ARMM (Wilayah Autonomi Muslim
Mindanao).
“Saya sebagai Timbalan Perdana Menteri bawa rombongan dengan
peniaga-peniaga untuk bantu, dengan persetujuan Presiden Filipina. Jadi, saya
berkawan. Dr Mahathir, Perdana Menteri ketika itu jemput Nur Misuari ke Kuala
Lumpur atas jemputan rasmi bagi taklimat EPU (Unit Perancangan
Ekonomi).
“(Kita) bagi sokongan kepada masyarakat di selatan Filipina
ketika itu untuk cari jalan damai, berbaik dengan Manila dan sebagainya,” kata
Anwar pada ‘Himpunan Pakatan Harapan Rakyat – Demi Keselamatan, Keamanan &
Kedaulatan Sabah’ di Kota Kinabalu semalam.
Malah kata Anwar, pelan
perdamaian turut diusahakannya melalui dialog termasuk di wilayah selatan
Thailand dan Acheh.
Justeru, Anwar menyelar tindakan Umno BN yang cuba
mengaitkannya dengan pencerobohan di Lahad Datu, berbanding fakta sebenar
peranannya mengusahakan jalan perdamaian.
“Yang masuk Perhimpunan Agung
Umno itu keluarga Sultan Sulu. Dia tak pergi mesyuarat KEADILAN,” seloroh Anwar
disambut tepukan dan ketawa hadirin.
Dalam pada itu, Anwar menasihatkan
orang Islam dan masyarakat Kristian tidak mengambil sikap permusuhan, kerana isu
sebenar ialah pencerobohan oleh gerombolan bersenjata.
“Kalau orang itu
Kadazan, dia Kristian dan dia dianiaya, saya tak setuju. Kalau dia orang Islam
Sulug, kita tetap bela. Saya bukan lawan dengan orang Sulug. Saya lawan dengan
sesiapa yang ceroboh pakai senjata dan ganggu gugat keamanan,” kata Anwar
disambut tepukan hadirin.
“Jangan fikir rakyat Sabah bodoh. Ini bukti
politik kotor yang cuba nak cari jalan dan nak tangkap saya di bawah Sosma (Akta
Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) tanpa ikat jamin,” kata Anwar.
#Rosmah belom kasi balik lagi telor najisb ke?