SHAH ALAM, 28 MAC : Empat bekas Pegawai Tinggi
Pasukan Keselamatan akan memberi gambaran jelas berhubung insiden Lahad Datu
yang dijadikan Umno-BN untuk menfitnah pemimpin Pakatan
Rakyat.
Ahad ini, bertempat di Stadium Malawati, forum
bertajuk ‘Lahad Datu : Rakyat Berhak Tahu’ menampilkan tiga bekas pegawai tinggi
tentera, Lt. Jen. (B) Datuk Abd Ghafir Abd Hamid dari Angkatan Tentera Malaysia,
Brig. Jen. (B) Datuk Abd Hadi Abd Khatab (TUDM) dan Laksamana Pertama (B) Imran
Abd Hamid (TLDM).
Selain bekas pegawai tentera, seorang lagi panel
ialah ACP (B) Mohd Yousoff Babjee yang pernah berkhidmat sebagai Ketua Cawangan
Khas (SB) PDRM Sabah.
Majlis dimulakan dengan solat hajat dan forum
akan bermula tepat jam 9 malam.
Menurut Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul dalam satu sidang media yang
diadakan di Pejabat Ahli Parlimen Shah Alam pagi tadi, beliau akan bertindak
sebagai moderator dalam forum itu
nanti.
“Panelis ini juga
akan menerangkan kesan dari penglibatan keterlaluan ahli politik dalam isu Lahad
Datu dalam forum itu nanti.
“PR hargai
pengorbanan pasukan keselamatan yang mengadaikan nyawa mereka demi tanah air,
tetapi rakyat harus tahu isu sebenar,” kata
Johari.
Sementara itu, Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad
dalam sidang media sama memberitahu sebelum forum dijalankan, majlis tersebut
akan dimulakan dengan sembahyang maghrib berjemaah dan sembahyang
hajat.
“Munajat kita selama ini mula memberi kesan
kepada Umno-BN, sebab itu mereka semakin tertekan sehingga tidak nampak tarikh
sesuai untuk membubarkan parlimen,” kata
Khalid.
Forum yang diadakan pada sebelah malam itu nanti
boleh diikuti secara langsung melalui TV Selangor di http://www.selangorku.com/TV
Selangor.
Selain TV Selangor, media lain yang juga akan
mengadakan siaran langsung, Ehsan TV, Impian TV, Ubah TV, Radia Suara Rakyat FM
dan Radio Bangsar Utama.
#Yang lembu-lembu shahrizat ni, JPJ tak berani tahan la pulak....