Azrin Ren : Rakyat palsu yang akan menolak PR 5 mei nanti, keh keh keh...itulah umno selalu kata ''rakyat kini TOLAK PEMBANGKANG'', rakyat iturrr adalah pendatang asing...keh keh keh....
Ramai di kalangan orang awam khuatir bahawa penubuhan suatu program yang dinamakan Malaysia 6P merupakan amalan pendaftaran pengundi baru, sejajar dengan Projek IC di negeri Sabah.
Ianya dianggap sebagai penubuhan suatu dana oleh kerajaan BN menggunakan pekerja-pekerja asing tanpa izin, di mana para PATI ini dibenarkan untuk mengisytiharkan status mereka dengan menjelaskan sejumlah fi sebagai membolehkan mereka diberikan sebuah permit rasmi untuk duduk di Malaysia selama dua tahun.
Namun Sarawak Report telah mendapati menerusi agen-agen yang diupah untuk memproses permit-permit itu sebagai suatu amalan untuk mengisi dana pilihanraya BN.
Di bawah program itu seramai lebih 372,000 pekerja asing dihimpunkan di kawasan-kawasan lapang, kilang-kilang dan tapak-tapak binaan dan dihantar dengan bas-bas ke pusat-pusat pendaftaran. Mereka atau majikan-majikan mereka dikehendaki membayar RM4,000 seorang untuk mendapatkan permit-permit bagi mengelakkan dari dihantar pulang ke negara-negara asal mereka dan pembayaran yang dilakukan itu seharusnya menggunakan wang tunai. Dengan amalan di mana suatu proses digunakan oleh kerajaan untuk mengarahkan sebanyak 340 agensi-agensi swasta dalam masa pemberitahuan yang singkat, keseluruhan program itu telah menwujudkan kekeliruan dan berkontroversi.
Ramai di kalangan pekerja asing itu ditipu, dan ada juga diugut atau diancam untuk dihantar pulang ke negara-negara asal mereka.
Terdapat juga kerisauan timbul bahawa butir-butir peribadi para pendatang itu berkemungkinan besar digunakan pada apa yang didakwa sebagai wujudnya nama-nama bermisteri dan alamat-alamat baru yang mengisi daftar-daftar pemilih di kawasan-kawasan yang disasarkan oleh BN.
Namun, Sarawak Report turut diberitahu bahawa tujuan utama program itu adalah untuk mendapatkan ribuan juta ringgit dalam bentuk wang tunai yang akan digunakan oleh UMNO pada pilihanraya umum yang akan diadakan nanti.
Satu setengah juta ringgit ‘dilonggokkan’ sehingga mencecah siling bilik setor!
Dengan seramai 370 ribu orang membayar RM4,000 seorang, kita mengandaikan sejumlah RM1,500,000,000 atau 1.5 ribu juta ringgit dalam bentuk wang tunai terpakai!
Suatu sumber yang memberitahu Sarawak Report bahawa seorang agen melonggokkan wang itu di dalam sebuah bilik kecil di sebuah rumah dan dikhaskan untuk dikutip oleh bos-bos politik mereka. Dengan dakwaan yang dilemparkan, maka jelaslah bahawa Jabatan Imigresen bertanggungjawab melaksanakan program Malaysia 6P dengan telus mengenai amaun dan kos program dan juga berapa jumlah wang yang telah dikutip oleh Negara.
Irene Fernandez dari Tenaganita, sebuah NGO yang mempertahankan hak asasi pekerja-pekerja yang terjejas, berkata terdapat tiada perincian dalam kos dan perbelanjaan yang terlibat setakat ini.
“Kami faham bahawa sistem biometric itu bernilai RM335, dan RM300 dikaut oleh para agen yang terlibat,” katanya, “dan kami juga tahu bahawa RM180 untuk yuran menjalani ujian perubatan, itu sahaja”.
Irene Fernandez telah juga mengesahkan bahawa kesemua pekerja yang diwakilinya itu dikehendaki menjelaskan wang tunai kepada agen-agen mereka bagi mendapatkan permit-permit yang diperlukan. Irene memberitahu Sarawak Report bahawa dia tidak terkejut bahawa terdapat dakwaan yang mengatakan sejumlah besar dari wang itu dikhaskan untuk BN.
Dengan 10,000 orang pekerja asing yang berdaftar itu berhadapan dengan kemungkinan dihantar pulang ke negara-negara asal mereka, menghadapi penipuan dan amalan-amalan kurang adil oleh pihak agensi yang diupah oleh BN, kini terdapat banyak makumat telah didedahkan mengenai hubungan antara agensi-agensi yang dipilih oleh Jabatan Imigresen dan BN/UMNO.
Suatu contoh yang ketara mengenai hubungan kroni adalah SNT Universal Corporation, di mana para pegawai mereka menganiaya pekerja-pekerja asing yang sepatutnya diberika pas-pas kerja.
Seorang Pengarah syarikat, yang merupakan seorang bekas Menteri Dalam Negeri, Mohd Radzi Sheikh Ahmad yang telah mendapat kedudukannya sebelum pengisytiharan pengampunan pada bulan Mei 2011 itu.
Menurut kajian yang dilakukan oleh Free Malaysia Today, SNT juga dikaitkan dengan badan-badan korporat yang lain yang didakwa menyamar sebagai pekerja palsu bertujuan untuk menahan pendatang-pendatang tanpa izin dan mendaftarkan mereka di bawah program Malaysia 6P itu.
Maka, adakah kesemua wang itu akan diagih-agihkan kepada UMNO dan kroni-kroni mereka? Jika betul, maka ianya dilihat sebagai memperjudikan nasib orang-orang miskin di Malaysia. Adakah orang-orang miskin itu akan disogokkan dengan sedikit dari wang kutipan itu pada musim pilihanraya nanti?
#Itu jolah yang UmnoBN mampu....