Azrin Ren : Syabas kepada seorang anggota Polis setelah bertindak berani mengakui apa yang sebenarnya telah berlaku, kamu bertindak ke jalan yg benar, Oleh itu..tindakan harus diambil terhadap SPR dan pihak yang bertanggungjawab kerana bersekongkol melakukan pekerjaan khianat dan kotor ini!!!
SALAH seorang sahabat seorang anggota Polis mendakwa telah diarahkan untuk mengundi hari ini meskipun difahamkan tarikh pengundian awal sepatutnya ialah pada 30 April 2013 (lima hari sebelum tarikh undi awam).
Sahabat ini turut mendedahkan bukti kertas undi yang tertera nama dan lambang parti calon yang bertanding di kawasannya.
Kalau dilihat dari nama yang tertera, ia menunjukkan sahabat ini mengundi di Parlimen Setiawangsa, di mana calon KEADILAN di parlimen tersebut adalah Ibrahim Yaacob manakala calon BN, Ahmad Fauzi Zahari.
Berikut mesej yang dihantar oleh beliau:
PERHATIAN!!!
Salam semua,minta jasa baik kalian semua ambil berat apa yg saya ingin sampaikan ni.. Hari ni telah bermula undi pos bagi anggota PDRM ,di sini saya nak beritahu beberapa perkara.
1) Undi pos sepatutnya bermula 3 hari awal dari undi awam tetapi sekarang ni baru berapa hari bulan
2)Undi tanpa ada pemerhati dari spr, hanya kantung undi sahaja yg ada
3)Kertas undi ada no siri
4)Sebelum pangkah undi ,terdapat borang yg sudah tertera nama pengundi beserta no ic dan no siri yg sama dgn kertas undi
5)Borang tersebut dimasukkan bersama kertas undi ke dalam sampul sebelum digam dan dimasukkan ke kantung undi
6)Undi tak rahsia langsung, siap ada no siri, kawan-kawan ada kiri kanan,bersepah-sepah undi..tiada tempat khas untuk mengundi!!
Harap kalian dapat sebarkan dan bangkitkan perkara ini, dan dapat segera sampaikan ke pucuk pimpinan PR,minta tolong sangat-sangat..
#Kita boleh tumbangkan rejim UmnoBN sekiranya kita berani dan tidak gerun akibat di ugut oleh pemerintah rejim UmnoBN. Berani keran benar!!!