Ustaz Troll Aka Gila Kuasa
Belum apa-apa, Fathul Bari dah dikantoikan sebelum menjadi calon BN untuk Parlimen Kangar.
FreeMalaysiaToday melaporkan sekumpulan ahli dan pemimpin UMno Kangar tidak bersetuju Fathul Bari dicalonkan. Mereka mengadakan bantahan di depan ibu pejabat Umno di PWTC Khamis lalu sejurus Najib Tun Razak tiba bagi mempengerusikan mesyuarat khas UMno.
Empat bas bertolak ke PWTC membantah pencalonan Fathul Bari.
Menurut sumber, “Mereka bertegas menolak orang luar termasuk Fathul Bari sebagai calon Kangar tidak kira siapapun yang memutuskannya.” - FMT
Azam Rashid, Timbalan Ketua Umno bahagian Kangar dan Naib Ketua Bahagian merangkap Adun Sena Jamil Saad ; Mat Hassan (Adun Kuala Perlis); Aziz Had (Setiausaha Umno bahagian); Ramli Sharif (AJK); Radzi Dan (AJK); Haliza Hamid (Ketua Puteri) dan Aziz Majid (Ketua Pemuda) berada dalam perhimpunan tersebut.
Mereka menentang pencalonan Fathul Bari di Parlimen Kangar dengan menghantar memorandum bantahan kepada Najib. Mereka berkata UMno Kangar sendiri mempunyai ramai tokoh untuk diketengahkan.
patut beria-ia dok pertahan Umno...Rupnya ada udang disebalik batu....
#Kepada yang dok selalu puji ustaz troll ni, ini mesej gua...''PADAN MUKA KAU!!!''