Labels

Showing posts with label khalid ibrahim. Show all posts
Showing posts with label khalid ibrahim. Show all posts

Thursday 11 April 2013

PRU13 : Kajian Sebut Pakatan Boleh Menang 215 Kerusi Parlimen – Khalid

Azrin Ren : tetapi kena mangambil langkah berjaga-jaga, kena kerja keras, kena tahan tido dan makan..UmnoBn ni depa boleh buat apa sahaja untuk menang, depa adapa SPR...SPR pula barua setia depa...


Calon Parlimen Bandar Tun Razak, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mendedahkan satu kajian menunjukkan Pakatan Rakyat bakal memenangi 215 kerusi Parlimen termasuk Sabah dan Sarawak pada PRU 13.

“Petang tadi (semalam), saya terima emel daripada beberapa  rakan saya yang membuat tinjauan (survey) secara teliti.
“Mereka merupakan kumpulan universiti yang membuat kajian dan tiada kepentingan dalam politik, termasuk Sabah dan Sarawak.
“Mereka kata jika strategi Pakatan seperti yang ada sekarang, kita sekurang-kurangnya akan memenangi 215 kerusi Parlimen,” katanya disambut sorakan gemuruh.

Pendedahan itu dibuat depan lebih 5,000 orang dalam ceramah di padang bola di Jalan Jujur, Bandar Tun Razak 10 April lalu.
Ada 222 kerusi Parlimen di Malaysia dan kajian itu – jika benar – menunjukkan Pakatan memiliki majoriti dua pertiga, sekaligus membentuk sebuah kerajaan yang kuat.

Tanpa menyebut identiti kumpulan yang melakukan kajian berkenaan, Khalid berkata, penyelidikan dibuat melalui tiga peringkat iaitu antaranya Jun dan Disember tahun lalu dan Mac 2013.

“Kajian menunjukkan peningkatan. Dan saya rasa ini cabaran kita sekarang bagaimana kita hendak tumpukan supaya kita capai kemenangan yang kita perjuangkan dalam reformasi semasa berbelas-belas tahun.
“Saya yakin reformasi ini akan lahir semula dan dilaksanakan seperti cita-cita kita. Jadi, angka-angka itu menunjukkan peluang kita untuk menang, nampak jelas,” 

#Umno kata PR nak buat huru-hara waktu mengundi, Depa caap PR nak halng orang mendungi....ya aku akui...yang nak buat huru-hara sebenarnya adalah UmnoBN, PR nak halang pengundi..maksudnya nak halang puak bangla, nepal, pinoy dan PATI2 yang lain datang mengundi untuk menangkan UmnoBN!

Baca Berita Penuh ..

Tuesday 9 April 2013

Khalid Sedia Dikekal Sebagai MB Selangor


Lima tahun mentadbir Selangor, Menteri Besarnya, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berharap diberikan satu lagi peluang untuk meneruskan kecemerlangan pemerintahannya selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Bercakap dalam wawancara khas bersama Sinar Harian, Khalid mahu rakyat memberikan tempoh sekurang-kurangnya satu penggal lagi supaya beliau boleh melaksanakan pemberian saham air kepada rakyat di negeri ini.

"Saya hendak terjemahkan konsep itu jadi pelaksanaan," ujar beliau.

Menurut Khalid, jika hasrat itu berjaya direalisasikannya, terpulanglah kepada parti dan rakyat untuk meletakkan beliau pada posisi apa selepas itu.

"Saya beri keutamaan, bila saya sudah selesaikan pemberian saham air untuk rakyat Selangor, saya di mana-mana pun boleh.

"Kalau boleh. Saya rasa (jika berjaya laksanakan) saya pun sudah cukup berbakti kepada rakyat dan bangsa (ketika itu)," ujar beliau lagi.

Selangor satu-satunya negeri di bawah Pakatan Rakyat (PR) yang memberikan subsidi air percuma 20 meter padu pertama setiap bulan kepada rakyat di negeri ini selepas PRU 2008.

Sehingga Februari 2013, ia telah memanfaatkan lebih sejuta rakyat Malaysia di sekitar Lembah Klang ini. Penerima air percuma ini terdiri daripada pengguna yang memiliki meter individu termasuk yang menerima kemudahan kupon percuma.

Khalid memberitahu, pemberian saham kepada rakyat yang membayar tarif air ini juga merupakan satu usaha untuk menghapuskan amalan monopoli dalam industri berkenaan.

"Kita bercakap monopoli ini tidak boleh disalahgunakan maka boleh diterjemahkan, ia boleh dimiliki oleh rakyat.

"Maknanya apabila rakyat memilikinya, monopoli itu mengenakan harga yang tinggi kepada rakyat, rakyat akan beban,

#BN tak main kotoq, InsyaAllah kekal....

Baca Berita Penuh ..

Monday 24 January 2011

Jawapan Dah Ada!!! : - UMNO Penderhaka!!


Siapa Penderhaka Sebenar?
Jawapan : - Melayu UMNO!! 

Kelihatan Melayu-melayu UMNO Haprak yang disokong (diperbodohkan) UMNO sedang membuat bantahan terhadap sidang tergempar Dewan Negeri Selangor untuk mengembalikan kuasa sultan. Woiiii mangkuk hayun, yang ni korang tak kira derhaka ke Sultan keee, sebab Sultan dah bagi perkenan. Haprak tahan cipan punya Melayu UMNO. Mana, PERKOSA, Mana GAPS, mana lagi yang kononnya pro-Melayu, malaun-malaun haprak nih sedang derhaka kat Sultan ni woiiiiiiiiiii. Kalau haprak ni laaaa yang dipanggil Melayu UMNO, khakkkk tuiiiii kepada Melayu UMNO.

kelihatan hampir seribu melayu haprak berhimpun sambil melaungkan:


"Kami mahu duit minyak"
"Kami mahu duit minyak"

turun kelihatan,mereka memegang sepanduk yg tertulis:

"Jgn Gadai Nasi Bungkus Kami.Kami Lapar!!!" 

Baca Berita Penuh ..

Blog Pakatan Rakyat