Ketua Bahagian Perbicaraan dan Rayuan, Pejabat Peguam Negara Datuk
Kamaluddin Md Said hari ini memberitahu Malaysiakini bahawa keputusan
sama ada rayuan pembebasan Datuk Anwar Ibrahim akan dibuat belum
diputuskan lagi.
Kamaluddin mengesahkan bahawa bahagiannya telah menerima laporan
daripada pasukan pendakwa raya yang diketuai oleh Peguam Cara II Negara,
Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden.
Bagaimanapun, oleh kerana
laporan itu masih belum dikaji, katanya, keputusan masih belum
dimuktamadkan meskipun pihaknya cuma mempunyai 14 hari untuk
mengemukakan rayuan.
"Mereka (Mohd Yusof) mungkin membuat
cadangan tetapi kita perlu mengkaji perkara itu. Jika kita failkan
rayuan, ia akan dibuat sebelum 25 Januari," katanya.
Bahagian
yang diterajui Kamaluddin, khususnya mengendalikan kes-kes rayuan
selepas penghakiman dibuat dalam perbicaraan kes jenayah dan memutuskan
sama ada sesuatu notis rayuan perlu difailkan.
Hari ini, Mohd
Yusof juga mengesahkan dengan Malaysiakini bahawa pihaknya
telah membekalkan laporannya kepada Bahagian Perbicaraan dan Rayuan,
semalam dengan saranan supaya rayuan difailkan terhadap pembebasan
Anwar.
"Kami rasakan bahawa kita selesa dengan bukti-bukti yang
dikemukakan (untuk mensabitkan kesalahan). Oleh itu, saya cadangkan
rayuan dibuat," katanya.
"Terpulang kepada Peguam Negara (Tan Sri Abdul Gani Patail) untuk
membuat keputusan, dan jika beliau tidak membuat keputusan, terpulang
kepada Peguam Cara I Negara Datuk Idrus Harun," kata Mohd Yusof.
Abdul
Gani tidak boleh terbabit dengan sebarang perkara mengenai kes Anwar
kerana berikutan dakwaan bahawa beliau terlibat dengan bekas Ketua
Polis Negara Tan Sri Musa Hassan yang didakwa memalsukan bukti.
Atas
alasan itu, beliau tidak diberi sebarang peranan semasa perbicaraan kes
liwat II.
Yusof dijadualkan untuk bersara pada 1 Februari.
psst....Awat pulak???
Baca Berita Penuh ..