Labels

Showing posts with label undi pos papagomo. Show all posts
Showing posts with label undi pos papagomo. Show all posts

Saturday 23 March 2013

Rekod Undi Pos PapaGomo Setan Sudah Hilang Selepas Kantoi


Selepas mendedahkan Papagomo atau Wan Muhammad Azri Wan Deris mempunyai dua rekod daftar pemilih semalam, PKR hari ini mendakwa salah satu rekod tersebut 'hilang' dari  Sistem Semakan Daftar Pengundi SPR.


(Gambar: Carian rekod Wan Muhammad Azri Wan Deris menggunkan no kad pengenalan polis RF142863 yang dibuat hari ini. Tertera tulisan "record not found")

Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli berkata semakan pihaknya hari ini mendapati  Wan Muhammad Azri Wan Deris, kad pengenalan (polis) RF142863 telah dibuang dan tiada dalam rekod SPR.

"Ini mengesahkan bahawa Wan Muhammad Azri Wan Deris @ Papagomo adalah individu yang sama dan telah didaftarkan sebagai pengundi hantu, oleh sebab itulah rekodnya dibuang dari senarai undi pos," katanya dalam satu kenyataan.

Semalam Rafizi mendedahkan Wan Muhammad Azri Wan Deris atau Papagomo yang terkenal sebagai bloger pemfitnah seks mempunyai dua rekod daftar pemilih.

(Gambar: Carian rekod Wan Muhammad Azri Wan Deris menggunakan kad pengenakan sama yang dibuat semalam)

Satu adalah sebagai pengundi pos menggunakan kad pengenalan polis RF142863 dan satu lagi sebagai pengundi biasa dengan memegang kad pengenalan  bernombor 830121-03-5019.

Bagaimanapun hari ini katanya, rekod blogger umno itu sebagai pengundi pos telah dipadamkan.


Sementara itu, beliau turut mencadangkan pihak SPR duduk semeja dengan pasukan keselamatan bagi mengenalpasti kes wujud dua rekod daftar pemilih seperti Papagomo dapat dibersihkan.

"Satu senarai lengkap bekas anggota keselamatan yang didaftarkan secara berganda hendaklah disiapkan secepat mungkin, bilangannya diumumkan kepada rakyat dan nama-nama mereka dikeluarkan serta merta dari daftar pengundi.

"Sekiranya SPR masih berdolak dalih dari melaksanakan perkara yang mudah ini, sudah tentu spekulasi dan tuduhan bahawa SPR tidak telus semakin menebal di kalangan rakyat.

#Kini gelaran hantu terhadap papagomo sudah hilang, gelaran yang masih ada..adalah, lelaki dayus, pemfitnah, bekas banduan, perasuah....

Baca Berita Penuh ..

Blog Pakatan Rakyat