Sementara lebih 200 ribu warga internet yang menekan "suka" (like) kepada page Facebook menuntut Najib Razak meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri; hanya 111 yang menekan "like" di page menuntut agar Najib kekal menerajui tampuk pimpinan negara.
Page bertemakan "100,000 People Request Najib Tun Razak Resignation" mencatat angka 204,691 orang, iaitu sekali ganda lebih daripada matlamat, sejak ditubuhkan pada 11 Julai 2011. Bagaimanapun, page bertemakan "3,000,000 People Want Najib To Stay" hanya meraih sokongan 122 orang, sejak ditubuhkan pada 15 Julai 2011. (6.54pm, 19 Julai 2011)
Sebelum ini, Menteri Besar Pahang Adnan Yaakob mendakwa dirinya mampu mengerah 3 juta orang warga internet untuk mempertahankan pimpinan Perdana Menteri Najib Razak, ketika menyanggah tuntutan di laman sosial Facebook agar Najib Razak berundur. Dua page diwujudkan, dengan lebih 200 ribu yang menyokong "1100,000 People Request Najib Tun Razak Resignation"; dan lebih 16,500 orang yang suka "1,000,000 rakyat mendesak Najib Razak letak jawatan (Rasmi)".
Page sedemikian ditubuhkan selepas perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai 2011, sebagai reaksi terhadap pendekatan kerajaan persekutuan dan polis menyuraikan perhimpunan tersebut. Bukan sahaja Najib Razak, malah Timbalannya Muhyiddin Yassin, Menteri Dalam Negeri Hishammuddin Hussein, Menteri Kesihatan Liow Tiong Laidan Ketua Polis Negara Ismail Omar turut berdepan dengan desakan untuk berundur.
Tidak kurang komen yang ditinggalkan di "3,000,000 People Want Najib To Stay" sekadar untuk menyindir Najib, malah ramai yang menyifatkan bilangan yang terlalu sedikit ini sebagai amat "malu" buat seorang PM.
Tidak kurang komen yang ditinggalkan di "3,000,000 People Want Najib To Stay" sekadar untuk menyindir Najib, malah ramai yang menyifatkan bilangan yang terlalu sedikit ini sebagai amat "malu" buat seorang PM.
psst : -
Simple demokrasi pun dah tau keputusannya, lihat lah please la weii jgn bg alasan ada org tak bukak internet lah apa lah undian ini untuk org nak bukak internet (sama konsep "Peratus turun Undi")