psst : - Selepas bungkus nak buang kat mana ah? Sebab BN ni dah jadi mcm bahan sisa radioaktif, kkalau buang dekat2 akan jadi pencemaran pulak..
Berbagai usaha dilakukan oleh Umno bagi menggagalkan Himpunan Bersih 2.0 untuk menuntut pilihan raya yang bersih dan adil dalam negara.
Pelbagai cara digunakan bagi menyekat rakyat daripada menghadiri perhimpunan itu namun himpunan itu tetap berjaya diadakan.
Kehadiran lebih 100,000 peserta sebagaimana dilaporkan oleh TV AlJazeera membuktikan Umno gagal dalam usahanya dan ini sudah pasti menggerunkan mereka dalam membuat persedian menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 akan datang.
Rakyat dilihat tidak lagi takut dengan momokan pemerintah sebaliknya mereka semakin berani dan yakin menuntut hak sebagai warganegara yang merdeka.
Ia telah dimulakan dengan pelbagai kecaman oleh pemimpin Umno dalam kerajaan terhadap Bersih 2.0 dan menggambarkan seolah-olah himpunan yang akan diadakan itu akan menyebabkan huru-hara dalam negara.
Rakyat kemudiannya telah diberi amaran oleh polis yang akan mengambil tindakan tegas terhadap peserta himpunan.
Media perdana dikongkong kerajaan pula seperti biasa memulakan kerja mereka yang tidak beretika dengan memburukkan Bersih 2.0 serta menggambarkan ia adalah satu himpunan yang akan menimbulkan kacau bilau dan ganas.
Menteri Dalam Negeri, Dato' Hishammuddin Hussein kemudiannya telah mengisytiharkan Bersih 2.0 adalah haram dan menangkap sesiapa sahaja yang memakai baju Bersih 2.0 dan berkempen tentang himpunan itu.
Polis telah dipergunakan secara maksimum bagi menakutkan rakyat supaya tidak menghadiri perhimpunan aman itu.
Titah Yang Di Pertuan Agong serta menerima barisan pimpinan Bersih 2.0 mengadap akhirnya telah membuka mata banyak pihak dan mengejutkan pimpinan NGO yang menyokong kerajaan seperti Perkasa.
Persetujuan Bersih 2.0 mengadakan mengadakan himpunan dalam stadium yang sebelum ini dicadangkan oleh Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Razak dan sebagai menghormati titah Agong awalnya dilihat penyelesaian kepada kemelut itu.
Bersih 2.0 akhirnya mengambil keputusan Stadium Merdeka sebagai lokasi himpunan bagaimanapun Najib dan polis berdolak-dalih bagi menggagalkan himpunan itu dengan pelbagai alasan yang tidak munasabah.
Pada malam sehari sebelum perhimpunan polis telah memeriksa hotel di seluruh ibu kota dan menangkap mereka yang disyaki peserta himpunan, jalan masuk ke ibu kota ditutup bagi menyekat kehadiran peserta.

Kesesakkan lalu lintas yang teruk berlaku di pinggir bandar pada awal pagi dan orang ramai juga merungut kerana tidak dibenarkan masuk ke bandar walaupun mempunyai urusan.
Lebih 100 tangkapan dibuat di stesen transit aliran ringan (LRT) dan beberapa kawasan sekitar Kuala Lumpur seperti di Kg Baru, Masjid Jamek, Sogo dan beberapa tempat lagi.
Tidak kurang 5000 anggota polis dan FRU dilihat berkawal dengan dibantu helikopter bagi memantau pergerakan peserta Himpunan Bersih 2.0 di seluruh ibu kota.
Umno juga menurunkan Patriot yang dipimpin oleh Ketua Pemudanya, Khairy Jamaluddin yang kononnya bagi mengekang dan menggagalkan himpunan Bersih 2.0.
Bagaimanapun kumpulan itu hanya disertai sekitar 100 pemuda. Mereka juga gagal menarik orang disekitar Bukit Bintang menyertai demo hingga memaksa mereka mengedar dan mengupah beberapa warga asing dari Bangladesh untuk serta berdemo dengan kerana kekurangan peserta.
Mereka hanya bergerak sejauh 200 meter dari titik mula menunjukkan betapa lemahnya semangat kumpulan itu dalam menghadapi kumpulan Bersih 2.0 yang jauh lebih ramai.
Kumpulan Patriot akhirnya bersurai setelah gagal memecah benteng polis, bagaimanapun salah seorang pemimpin mereka berucap kononnya demo yang dianjurkan berjaya mencapai matlamatnya.
Mahaguru Persatuan Seni Silat Lincah Malaysia, Tan Sri Omar Din Mauju yang sebelum ini dalam kenyataannya akan menurunkan seluruh pesilat turut bersama dengan kumpulan Patriot.
Beliau kelihatan berkerusi roda turut berarak bersama Patriot ditemani lebih kurang 20 pesilat sahaja.
Bagi Perkasa pula yang lantang akan menurunkan 10,000 ahli bagaimanapun akhirnya mengambil keputusan untuk tidak menyertai sebarang himpunan bagi menghalang Bersih 2.0.
Perkasa membuat keputusan menukar program, yang mana ahlinya akan bersiar-siar di Taman Tasik Titiwangsa dan hanya sekitar 20 ahli yang kelihatan duduk di sekitar restoran Nelayan.
Presiden Perkasa, Dato' Ibrahim Ali mendakwa kononnya 50 bas yang membawa ahli Perkasa terkandas kerana dihalang masuk ke pusat bandar sebab sekatan polis.
Ibrahim bagaimanapun tidak kelihatan bersama pengikutnya bersiar-siar di sekitar Titiwangsa sebagaimana dalam jadual program NGO itu.
Kejayaan Bersih 2.0 menganjurkan himpunan walaupun dihalang dengan pelbagai cara menunjukkan rakyat dari semua kaum sama ada Melayu, Cina India dan lain-lain serius mahukan satu penambahbaikan dalam sistem pilihan raya.
Polis menggunakan kekerasan yang melampau dalam menghadapi Himpunan Bersih 2.0 tetapi rakyat tetap bertahan walaupun terpaksa membayarnya dengan keringat, darah dan nyawa.
Kerajaan seharusnya sedar suara rakyatlah yang akan menentukan hala tuju negara dan pandangan mereka sepatutnya diambil kira dan dipertimbangkan.
Sebagaimana kata Ketua Pemuda PAS Pusat, Nasarudin Hassan dalam ceramah di Taman Melewar ketika kempen Bersih 2.0, suara rakyat adalah umpama air yang turun dari bukit, walau apa carapun ia di sekat, air tetap mengalir ke bawah."