Labels

Monday, 31 October 2011

Palestine accepted as full member of UNESCO

Betul ke ni? apa2 pun..amerika memang aku dah tau...memang no punyer...:D

Negara Palestin telah berjaya mendapat sokongan penuh dari 8 buah negara anggota Majlis Keselamatan PBB untuk merealisasikan impian Palestin menganggotai Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Negara Palestin cuma memerlukan 1 undi sahaja lagi untuk membuatkan ia menang dalam resolusi PBB "Perbentukan Negara Palestin Yang Merdeka". Bercakap kepada media, Menteri Luar Palestin, Riyad al-Maliki berkata beliau telah menerima jaminan daripada 2 buah negara yang menganggotai PBB iaitu negara Nigeria dan Gabon bahawa mereka akan mengundi "ya" untuk negara Palestin.

“8 buah negara yang menganggotai PBB telah menyokong resolusi negara Palestin. Kami sedang bekerja keras untuk mendapatkan undian yang ke-9 dan ke-10. Negara Palestin sudah mendapat jaminan undian "ya" dari negara Lubnan, Russia, China, India, Afrika Selatan, Brazil, Nigeria dan Gabon.Kami juga sedang berusaha untuk mendapatkan undi dari negara Bosnia, Colombia dan Portugal,” kata Riyad al-Maliki.

Riyad al-Maliki dijadualkan akan melawat negara Bosnia manakala Mahmoud Abbas akan melawat negara Colombia, Portugal, Honduras dan Republik Dominica dalam Oktober tahun 2011


''4 N*''

Blog Pakatan Rakyat