Labels

Tuesday, 3 January 2012

Sekufu Rapat UMNO Hina Kebaikkan....


Henti lesen jual arak di Kulim bukti hudud jejas bukan Islam: MCA

Keputusan Pejabat Daerah Kulim untuk menjadikan daerah ini sebagai kawasan bebas minuman keras menjelang Julai membuktikan pelaksanaan undang-undang hudud akan melibatkan kehidupan bukan Islam.

Pengerusi Biro Profesional Muda MCA, Datuk Chua Tee Yong, berkata sikap berdiam diri kerajaan negeri pimpinan PAS terhadap keputusan Pejabat Daerah Kulim untuk menghentikan pengeluaran lesen menjual minuman keras itu juga membayangkan sokongan mereka terhadap tindakan berkenaan. "Ini juga menunjukkan parti lain dalam pakatan pembangkang tidak berupaya melakukan apa-apa kecuali mengeluarkan kenyataan membantah. "Jika DAP dan (PKR)Parti Keadilan Rakyat mendakwa tidak tahu mengenainya, ini bermakna PAS bertindak sendiri dan tidak menghormati rakan sekutunya kerana tidak memberitahu mereka mengenai keputusan Pejabat Daerah Kulim itu," katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Chua yang juga Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani turut mempersoalkan dakwaan DAP dan PAS sebelum ini bahawa hudud tidak melibatkan bukan Islam, sedangkan banyak contoh sepanjang tiga tahun lalu menunjukkan sebaliknya.

Ini katanya termasuk kes Majlis Perbandaran Subang Jaya di Selangor yang melarang pekerja beragama Islam menghidang minuman keras.

"Walaupun Selangor di bawah pentadbiran PKR, Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim tidak mampu melakukan apa-apa dan sentiasa mengubah pendiriannya berhubung perkara itu.
"Saya percaya isu itu masih belum diselesaikan sepenuhnya," katanya.

Media semalam melaporkan pemilik kedai minuman keras di daerah ini telah menerima surat bahawa lesen mereka akan ditamatkan secara automatik pada akhir Jun. - BERNAMA

psst...Mana dia panglima yg nak meludah mahasiswa tu?? takder teloq ker??

Blog Pakatan Rakyat