Tidak berapa lama selepas Abdullah Ahmad Badawi mengumumkan untuk tidak mengekalkan jawatan presiden Umno, muncul spekulasi mengenai kebangkitan kembali legasi pemerintahan Dr Mahathir Mohamad melalui kepemimpinan Mohd Najib Razak sebagai perdana menteri yang keenam.
Cakap-cakap ini bukan sahaja berlegar di kalangan pemimpin Pakatan Rakyat dan penentang-penentang Umno, malahan ia turut diperkatakan oleh pemimpin Umno sendiri.
Zaid Ibrahim, yang meletakkan jawatan menteri di Jabatan Perdana Menteri daripada kabinet Abdullah ekoran penggunaan ISA baru-baru ini, lantang menyuarakan kebimbangan ramai tentang kemungkinan itu.
Menurut peguam itu, jika Najib menjadi perdana menteri, “Mahathirisme” akan kembali di Malaysia. Lebih parah lagi, beliau turut meramalkan bahawa Dr Mahathir akan menjadi perdana menteri de facto di belakang Najib.
Ini kerana ahli parlimen Pekan - yang hanya menang dengan majoriti 241 pada pilihanraya umum 1999 - dilihat sebagai benteng peninggalan Dr Mahathir di zaman pemerintahan Abdullah.
Ketika Zaid masih bersama kabinet, reformasi kehakiman yang cuba dibawanya – sebagai sebahagian projek reformasi perdana menteri – telah ditentang hebat oleh kelompok-kelompok pro-Dr Mahathir yang bernaung bawah payung Najib.
Anak bekas perdan menteri yang kini bakal menduduki jawatan Pemuda Umno, Mukhriz Mahathir menyerang Zaid secara terbuka di Dewan Rakyat dengan mengatakan menteri de facto undang-undang itu melaksanakan "apa yang diperjuangkan oleh Pakatan Rakyat".
Walaupun reformasi kehakiman direstui oleh Abdullah, ia tetap tidak dipedulikan oleh pemimpin-pemimpin Umno (juak Dr Mahathir) yang jelas menentang segala usaha untuk melaksanakan pembaharuan ke arah memantapkan demokrasi di Malaysia.
Ketika pemerintahan Dr Mahathir selama 22 tahun, rakyat menyaksikan bagaimana kerasnya beliau apabila berhadapan dengan penentang-penentangnya – sama ada dalam atau luar kerajaan dan partinya.
Dalam Umno, Musa Hitam dan Anwar Ibrahim terpaksa membayar kos politik yang besar sewaktu menjadi timbalannya kerana kekhuatirannya mereka boleh mencabar kedudukan teratasnya.
Hanya pemimpin seperti Abdullah yang boleh mengiyakan apa sahaja tindakan Dr Mahathir sehingga akhirnya berjaya menjadi perdana menteri kelima.
Lagipun kerana Mahathir sedar, jika beliau terus menerajui pemerintahan negara, nasibnya mungkin akan sama seperti apa yang berlaku kepada Soeharto di Indonesia dan Marcos di Filipina – ditumbangkan oleh gerakan rakyat yang menuntut reformasi.
Dalam kalangan penentang-penentang Dr Mahathir di luar Umno, nasib mereka lebih parah lagi.
Pada November 1985, berlaku tragedi Memali di Baling, Kedah yang sungguh menyayat hati. Ibrahim Libya dan tiga belas orang penyokongnya terkorban, manakala 159 penduduk kampung itu ditahan polis untuk menutup tragedi berdarah di kampung terpencil itu.
Dr Mahathir cuci tangan daripada insiden itu, dan sebaliknya menyalahkan Musa, timbalan perdana menteri merangkap menteri dalam negeri yang berada di dalam negara pada ketika itu. Dr Mahathir berada di luar negara.
Mengenali cara pemerintahan Dr Mahathir, tanpa restunya, tidak mungkin Musa berani mengeluarkan arahan kepada polis untuk bertindak.
Pemimpin-pemimpin pembangkang dan aktivis sosial turut menjadi mangsa kekejaman politik Dr Mahathir. Pada Oktober 1987, Operasi Lalang membaham 106 orang, memaksa mereka berdekam bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
Tokoh-tokoh politik yang menjadi mangsa antaranya Lim Kit Siang, Karpal Singh, Kua Kia Soong, Lim Guan Eng, Ibrahim Ali, Chandra Muzaffar, Mohammad Sabu, Mahfuz Omar, dan Yunus Ali.
Kestabilan ekonomi sering dijadikan alasan Dr Mahathir menghalalkan tindakan menutup ruang demokrasi – walaupun jelas ia ditujukan kepada pengkritik-pengkritiknya.
Selain Dr Mahathir, Lee Kuan Yew dari Singapura juga turut menggunakan alasan yang sama untuk bersikap kuku besi di republik itu.
Sebenarnya alasan tersebut telah dibuktikan tidak benar di Korea Selatan.
Selepas demokrasi dikembalikan di negara tersebut pada tahun 1987, pertumbuhan ekonomi negara tersebut berjalan dengan rancak.
Kini Korea Selatan boleh berbangga dengan pencapaian ekonominya di Asia kerana berdiri bersama-sama dengan Jepun, Singapura dan Taiwan.
Najib, yang berjinak dengan politik Mahathirisme, adalah tokoh Umno yang mampu untuk menjalankan pemerintahan bekas pemimpin itu.
Oleh kerana anak Razak Hussein itu, bekas perdana menteri, tidak dikenali sebagai seseorang yang mempunyai ideologi atau pemikiran asli, mudah baginya untuk melaksanakan pemerintahan dengan menggunakan nasihat Mahathir.
Sebab itu dalam wawancaranya, Zaid berkata:
Anda mempunyai 22 tahun era Dr Mahathir. Katakanlah Najib bertahan menjadi PM selama 10 tahun, ertinya 32 tahun Malaysia berada bawah Mahathir.
Keputusan pilihanraya umum 8 Mac jelas membuktikan bahawa semakin ramai rakyat Malaysia menolak Barisan Nasional dan menuntut perubahan.
Jika Najib mahu meneruskan era kuku besi ala Dr Mahathir, tidakkah beliau takut dengan kebangkitan rakyat?
Jika Mahathir dan Abdullah selamat daripada diturunkan melalui pilihan(jalan)raya, apakah Najib akan mengulangi nasib Soeharto dan Marcos?
Selain dibelenggu bayang-bayang Dr Mahathir, Najib turut dibayangi oleh imej isterinya Rosmah Mansor – seumpama Imelda Marcos, isteri presiden Filipina yang digulingkan oleh kekuatan rakyat pada 1986.
Imelda terkenal dengan kehidupan bergaya dan pernah dilaporkan membelanjakan USD5 juta ketika membeli-belah di New York, Rom dan Copenhagen pada 1983 di kala majoriti rakyat Filipina dibelenggu kemiskinan.
Imelda juga pernah membelanjakan USD51 juta untuk membeli Crown Building di kawasan mewah Manhattan pada 1980-an.
Rosmah tidak kurang juga hebatnya. Baru-baru ini ahli parlimen Gombak, Azmin Ali membangkitkan di Dewan Rakyat mengenai aktiviti membeli-belah Rosmah ketika berada di luar negara.
Orang rumah Najib dikatakan menggunakan Kedutaan Malaysia di London untuk urusan penghantaran pulang barang-barang tersebut ke Malaysia.
(Najib menafikan dakwaan naib presiden PKR itu)
Rosmah juga tercemar dengan imej kes pembunuhan warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu.
Raja Petra Kamarudin, yang kini meringkuk bawah ISA, mendakwa sedemikian dalam akuan bersumpahnya tetapi Najib dan Rosmah menafikannya.
Raja Petra yang kini masih dibicarakan dibawah Akta Hasutan kerana menulis artikel tersebut turut ditahan di kem Kamunting, Taiping selama dua tahun.
Jika Malaysia kembali lagi ke era ala Dr Mahathir, rakyat berundur semula ke zaman yang lebih gelap.
Tetapi seorang teman diskusi penulis bersikap positif dalam hal ini. Katanya: “lebih keras penindasan, maka lebih keraslah perlawanan.
“Lebih kuat Najib menekan, lebih cepat Barisan Nasional akan disumbat dalam tong sampah sejarah”.
AzrinRen : Mahathir adalah pemimpin kuku besi sebagai senjata untuk mengekalkan kuasanya, Mahathir atau dengan nama glemernya madey kutty telah menghapuskan sistem demokrasi negara selepas tindakan madey kutty merampas kedudukan tun hussein on secara tidak sah selepas madey kutty bersekongkol mengharamkan UMNO pimpinan tun hussein on, Dan pada ketika itu madey kutty telah menubuh semula UMNO atau dengan namanya ialah UMNO BARU, Ketika itulah madey dapat menguasai parti UMNO dengan menukar sistem demokrasi negara kepada pemerintahan secara kuku besi dan menjadikan negara sebuah berlandaskan sekular.
Setalah madey kutty berkuasa, sistem demokrasi telah dihapuskan contohnya ialah.
1.Menyekat kebebasan bersuara dan kebebasan hak-hak rakyat dan juga perhimpunan untuk menuntut hak.
2.Mengawal sistem undang-undang dan mengubah haluan sistem mahkamah kepada lebih berkiblatkan UMN0.
3.Menghapuskan kuasa raja-raja melayu untuk mengelak kuasa madey kutty tergugat.
4.Menzalimi suara rakyat contohnya bertindak zalim terhadap penduduk islam di memali berikutan penduduk islam memali hanya bersuara untuk menuntut undang-undang islam di malaysia.
5.Menghapuskan sistem pilihanraya kepada sistem pilihanraya sekular dan kotor tanpa kearah yang adil.
6.Didalam UMNO sendiri madey kutty menghapus demokrasi hanya berkuasa tanpa bertanding kononya madey kutty menang tanpa bertanding sebagai mana yang dilakukan oleh ah jib gor terhadap paklah.
7.Merampas hak rakyat tinggalan penjajah british dari 100% tanah kini hanya tinggal 50% sahaja.
Itu lah sistem monarki kuku besi yang diamalkan oleh madey kutty tersebut.Madey kutty fikir semua orang Melayu dan kepimpinan UMNO sudah BUTA? madey kutty fikir semua orang Melayu dan kepimpinan UMNO tidak mampu lagi membawa corak pemikiran dan budaya orang Melayu? Mungkin pemimpin akan diganti, tetapi mentaliti pemimpin politik UMNO berjawatan kerajaan yang sedia ada akan terus Dayus selagi madey kutty dan mereka yang menerajui pucuk pimpinan UMNO itu kekal. Kerana, pemimpin UMNO yang ada sudah terlalu DAYUS, goblok, tamak-rakus dan lebih mengutamakan TEMBOLOK diri dari bangsa dan rakyat marhain. Maka UMNO sudah hilang dari lubuk hati orang Melayu!! Sistem kuku besi ala madey kutty harus dihapuskan dan nemilih Pakatan Rakyat yang diketuai dato seri anwar ibrahim dan pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat yang lain untuk mengembalikan smeua demokrasi negara yang telah dihapuskan oleh madey kutty.
Madey kutty ni sudah tua, harus duduk diam-diam dalam rumah. Dah tua-tua tu harus utamakan cucu cicitnya. Jangan jadi melayu mudah lupa apa yang lu lakukan terhadap rakyat dahulu. Tua-tua macam lu harus pergi rumah Allah s.w.t untuk beribadat banyak-banyak, jangan dok menganggu anwar ibrahim yang lu geruni tu. Lu tu takut dengan anwar sebab anwar lebih hero daripada lu sewaktu didalam UMNO dahulu. Contohnya lu takut bertanding pemilihan UMNO melawan anwar dahulukan, Sampailah tahap lu pecat anwar kononya anwar buat pinjaman BANK DUNIA, padahal anwar menolak rancangan lu untuk buat pinjaman BANK DUNIA, Oleh sebab kerana keingkaran anwar, Lu dengan kuasa sebagai PM kuku besi lu terus pecat dan menuduh anwar bukan-bukan tanpa bukti kukuh, tanpa keadilan, Dan lu menuduh anwar meliwat dan menuduh anwar ibrahim menumbuk mata dia sendiri tetapi lu kantoi sebab bekas ketua polis negara tan sri rahim nor mengaku bertanggungjawab menumbuk mata anwar.Sewaktu lu berkuasa kuku besi. Lu meliwat sistem undang-undang negara dan meliwat sistem mahkamah demi untuk memenjara anwar ibrahim tanpa keadilan, Anwar ibrahim lah seorang insan yang dapat membetulkan kembali UMNO yang telah lu rosakkan demokrasinya. Tujuan anwar ibrahim masuk UMNO bukanlah untuk menjadi manusia tamak!!! rakus!! zalim!! pembohong seperti lu!! tetapi tujuan anwar ibrahim menyertai UMNO ialah untuk kembali demokrasi didalam UMNO dan menjadikan UMNO sebuah parti yang bersih dari khianat dan membuag sikap zalim UMNO terhadap rakyat, Setelah UMNO dibersihkan rancangan anwar ibrahim ialah mahu membawa PAS menyertai UMNO dan menyatukan semula antara-antara parti politik di malaysia demi keamanan dan kesejahteran dan juga keharmonian, sebab itulah selepas anwar ibrahim dipecat dan kehilangan kuasanya, PAS dan DAP tidak langsung berdendam terhadapnya. Mungkin sebab lu takut sangat anwar ibrahim akan heret lu yang tua-tua tu ke muka pengadilan apa yang lu pedajalkan terhadap terhadapnya dahulu.. Bawak-bawak bertaubat sebelum terlambat wahai madey kutty...;)
Sila bagi 6 Perkara apa demokrasi negara yang harus di amalkan? Penjolok lubang hidung madey kutty sila jawab. Untuk madey kutty..Kenapa lu menggulupur setelah dato seri anwar ibrahim dibebaskan pada 9 januari lalu. sekian.
Sila bagi 6 Perkara apa demokrasi negara yang harus di amalkan? Penjolok lubang hidung madey kutty sila jawab. Untuk madey kutty..Kenapa lu menggulupur setelah dato seri anwar ibrahim dibebaskan pada 9 januari lalu. sekian.
psst...Madey kutty harus pergi bersolat taubat sebelum terlambat..