Tanpa diduga, tsunami yang dicetuskan debat antara Lim Guan Eng dan Chua Soi Lek, melanda akhbar bahasa Cina terlaris di Malaysia, Sin Chew Daily, yang mencatat edaran kira-kira 400 ribu naskah sehari. Malah, kemarahan pembaca dan warga internet memuncak sehingga mengugut untuk boikot Sin Chew Daily, kerana menganggap akhbar ini tidak memberi liputan yang adil ketika melaporkan debat antara Setiausaha Agung DAP dengan Presiden MCA.
Warga internet berpusu-pusu memasuki laman sosial rasmi Sin Chew Daily pada 19 Februari, meninggalkan komen untuk menyatakan ketidakpuasan dan kekecewaan mereka terhadap Sin Chew Daily. Pihak Sin Chew Daily pada awalnya masih membela diri, misalnya Ketua Pengarang Eksekutifnya, Kuik Cheng Kang (gambar kiri) mendakwa akhbarnya tidak berpendirian, berbeza dengan warga internet yang "sangat berpendirian untuk membenci Barisan Nasional" - ketika memberi respon terhadap komen pembaca menggunakan akaun Facebooknya sendiri.
Bagaimanapun, Sin Chew Daily terpaksa memberi penjelasan melalui laman Facebook rasminya kemudian, dan akhirnya tunduk kepada kritikan pembaca dengan mengakui kelemahan bilik editorialnya. Namun demikian, Sin Chew Daily tetap tidak memohon maaf, sekadar berjanji untuk mengkaji semula kelemahan tersebut.
Debat antara Lim vs Chua pada 18 Februari disiarkan secara langsung melalui ASTRO, pada jam 5 petang. Sin Chew Daily, media cetak pula menyiarkan laporan pada hari keesokannya, dengan memberi liputan yang lebih menonjol kepada Chua Soi Lek. Sementara liputan untuk hujah Lim Guan Eng ditempatkan pada muka surat kedua terakhir.
Klik ''Baca Berita Penuh'' Untuk Sambungnya
Untuk itu, Sin Chew Daily menjelaskan bahawa layout direka sedemikian untuk memuatkan liputan debat dalam satu helaian kertas (mukasurat depan, kedua, kedua terakhir, dan muka surat akhir berada dalam helaian yang sama) - untuk memudahkan pembaca. Untuk kenyataan Chua yang dilebih-lebihkan itu, Sin Chew Daily menjelaskan bahawa conference itu berlangsung untuk sehari, maka hujah Chua dalam sesi forum yang lain sebelum acara debat diadakan, turut dilaporkan - memberi persepsi hujah Chua ditonjolkan. Jelas, alasan itu tidak diterima oleh pembacanya, sehingga komen negatif melambak di laman rasminya.
Tidak mengendahkan kritikan di internet
Situasi ini amat berbeza, seandainya mengimbas pengalaman silam bagaimana Sin Chew Daily melayan kritikan di internet dengan sikap yang angkuh. Antara reaksi yang sering diberikan terhadap warga internet yang mengkritik Sin Chew Daily - "berniat jahat", "tidak rasional", "cemburu dengan prestasi Sin Chew Daily" dan sebagainya. Malah, apabila Sin Chew Daily dikritik kerana tidak berani mempertikaikan kerajaan, hujah yang biasa digunakan untuk membela diri adalah "kami dikekang Akta Penerbitan dan Mesin Cetak", "kami perlu mengimbangi diri ketika berjalan di atas tali", malah "kami perlu menjaga periuk mangkuk staf kami yang mungkin kehilangan kerja seandainya syarikat kami ditutup kerajaan".
Hujah yang lapuk ini sungguhpun ditolak secara sinikal oleh sesetengah warga internet tetapi diterima kebanyakan audiens yang bersimpati terhadap situasi Sin Chew Daily dalam keterbatasan yang sedia ada. Malah, pemimpin-pemimpin parti pembangkang, seperti DAP dan Parti Keadilan Rakyat juga tidak berani untuk menyalahkan Sin Chew Daily, meskipun menyedari bahawa liputan Sin Chew Daily tidak adil untuk dirinya. Ini bukan sahaja kerana Sin Chew mempunyai edaran kira-kira 400 ribu naskah sehari, tetapi juga monopoli pasaran akhbar media dengan tiga lagi akhbar harian bahasa Cina utama, iaitu China Press, Nanyang Siang Pau dan Guang Ming Daily di bawah Media Chinese International Limited - yang dikuasai tycoon Sarawak, Tiong Hiew King.
"Disenarai-hitamkan"
Naib Presiden PKR, Tian Chua mempunyai pengalaman "pahit" ketika berinteraksi dengan Sin Chew Daily. Pada Julai 2010, Tian Chua yang ketika itu Pengarah Strategi PKR mengumumkan "boikot lembut" terhadap Sin Chew Daily, berikutan satu laporan memetik sumber yang tidak diketahui, dan ditonjolkan dengan tajuk besar bahawa "Menteri Besar Selangor akan letak jawatan?", ketika desas-desus bahawa Khalid Ibrahim mungkin berundur.【Kritikan mengasak Tian Chua sarat dada Sin Chew】
Sin Chew (gambar tidak berwarna) menyingkirkan Tang Ah Chai di sebelah kanan dan Wong Chin Huat di sebelah kiri (dalam gambar berwarna di bawah). Tang dan Wong pernah bersuara lantang untuk menentang monopoli Sin Chew.
Kenyataan Tian Chua terus dikritik dalam ruang kolum di Sin Chew Daily, sebagai "mencabul kebebasan media", malah juga akhbar lain di bawah Media Chinese International Limited. Tiada pemimpin lain yang berani untuk membela Tian Chua ketika itu, kerana sedar bahawa dirinya akan disenarai-hitamkan oleh Sin Chew Daily seandainya mencungkil kemarahan pihak editorial akhbar itu.
Apa yang dimaksudkan "disenarai-hitamkan"? Sepanjang ini, Sin Chew Daily mengambil taktik untuk me-nyah-kan orang-orang tertentu yang tidak disenanginya dari akhbarnya. Ertinya, pihak editorial tidak akan menyiarkan gambar orang tersebut, malah tidak akan menyebut nama orang itu, walaupun orang itu terlibat dalam berita yang dilaporkan. Contohnya, Tang Ah Chai, kini Ketua Eksekutif Dewan Perhimpunan Cina KL-Selangor, pernah mengundang kemarahan Sin Chew kerana bersuara lantang menentang monopoli Sin Chew. Sebagai kesudahannya, gambar beliau terus di-"crop"-kan (disingkirkan) sebelum terpapar dalam dada Sin Chew Daily (gambar kanan). Bagaimanapun, Tang nampaknya telah di-bebas-kan dari senarai itu, apabila mempengerusi debat Lim vs Chua - terlalu nyata seandainya acara yang menjadi fokus umum itu dilaporkan dengan taktik yang disebut tadi.
Teng Chang Khim (gambar kiri), speaker Dewan Undangan Negeri Selangor, juga mengalami nasib yang sama, setelah hadir dalam satu forum dan berkongsi pengamatannya bahawa tahap akhbar bahasa Cina telah merudum. Penilaian ini meskipun disetujui sesetengah orang, namun dianggap "menghina" wartawan dan editor. Lantas berita beliau dilenyapkan untuk seketika.
Terbaru, Hew Kuan Yau, pemidato DAP yang terkenal dengan gelaran "superman", mengkritik di Facebooknya tanpa menyebut nama, bahawa wujud hubungan berkepentingan antara sesetengah wartawan dengan politikus, sehingga wartawan tersebut berlaku tidak adil terhadap Pakatan Rakyat. Hujah ini mencungkil kemarahan akhbar bahasa Cina, namun tiada rakan seperjuangan Hew Kuan Yau, termasuk Setiausaha Agungnya berani mempertahankannya. Hew Kuan Yau yang khuatir Sin Chew membalas dendam sehingga menjejaskan prestasi DAP dalam PRU 13, akhirnya memohon maaf dua kali berhubung kenyataan tersebut.
Tsunami debat
Namun, tanpa diduga, liputan terhadap debat kali ini oleh Sin Chew Daily mengundang kemarahan ramai pembacanya. Ada yang menyeru agar pembaca membuat panggilan telefon ke ibu pejabat Sin Chew Daily, menyatakan ketidakpuasan mereka. Malah, ramai yang mendakwa diri mereka telah memutuskan untuk tidak melanggan lagi akhbar harian itu.
Antaranya, sebahagian mereka yang menganggap kenyataan Hew Kuan Yau agak melampau sebelum ini, terus mengubah fikiran, - menganggap bahawa ada benarnya tuduhan tersebut. Mereka mengutuk Sin Chew Daily tidak adil dan telah muflis integritinya berikutan liputan laporan yang disiarkan pada Ahad lalu. Untuk Sin Chew Daily, ia mungkin pengalaman yang lebih dahsyat berbanding China Press ketika melaporkan perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai 2011.【Akhbar bahasa Cina dikecam kerana prejudis terhadap perhimpunan BERSIH】
Ahli politik dari Pakatan Rakyat selama ini tunduk kepada Sin Chew Daily kerana masih mengintai celah-celah ruang yang ada dalam media arus perdana itu, memandangkan ramai pembaca yang masih mempercayai akhbar tersebut. Apa yang menarik seterusnya, sama ada ahli politik dari Pakatan Rakyat akan membela Sin Chew Daily untuk mengekalkan hubungan baik mereka, atau mengambil kesempatan ini untuk menyatakan ketidakpuasan mereka terhadap liputan yang tidak adil ini?
Tahu kah anda? : PAS tidak membunuh seorang pun kaum cina, tetapi UMNO pernah membunuh ramai kaum cina semasa 13 mei dan membunuh bangsa sendirinya di memali.
psst....Chua soi lek orang lama dan berpengalaman dengan porno....