PANAS! POSLAJU PUN IKTIRAF LOGO MERDEKA PAKATAN RAKYAT?
Perhatikan baik-baik gambar di bawah.
Apakah yang anda nampak dan anda percaya bahawa sebuah agensi separa kerajaan pun sudah iktiraf logo kemerdekaan Pakatan Rakyat yang bertemakan "Sebangsa, Senegara, Sejiwa"?
Ini print screen oleh gua sendiri, kalau lu tarak percaya, lu pi bukak laman web POS tersebut dan lu klik next di ruang iklan tersebut.
Jelas apabila anda melayari laman sesawang POS Malaysia di www.poslaju.com.my anda akan perhatikan logo Pakatan Rakyat yang keluar dan bukannya logo tangkap muat serta ciplak yang direka budak-budak upahan Rais Yatim.
Nampaknya 'perang saudara' bakal berlaku dalam Barisan Nasional (BN) sendiri terutamanya dalam Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan yang diketuai sendiri Rais dengan agensi di bawahnya seperti POS Malaysia.
psst...Habis lah lu jib, duit lu dah semakin susut akibat rasuah memanjang, tengok, plan lu ka atau Plan Allah s.w.t yg lebih bijak?