Labels

Wednesday, 31 October 2012

Mekah Hari Ni Dah Macam Los Angeles



Ketika Rasulullah ditanya oleh malaikat Jibril tentang kiamat, maka Rasul menjawab: 
“Yang ditanya tentangnya tidaklah lebih mengetahui dari si penanya.” Kemudian Jibril berkata lagi: “Kalau begitu kabarkanlah kepada saya tentang tanda-tandanya.” Rasulullah menjawab: “Seorang budak wanita akan melahirkan tuan wanitanya, dan engkau akan melihat orang-orang yang tidak berterompah (berkaki ayam ), tidak berpakaian, miskin dan para pengembala kambing akan tinggal di gedung-gedung yang menjulang tinggi.” 

(Hadist yang diriwayatkan Bukhari dan Muslim) 

Tadi gua ada tengok gambar mekah , ada hilton , sheraton dll , tak tahu lah kot-kot kat dalam hotel orang ada macam-macam , pakaian pun macam-macam , ada yg seksi ada yg meksi .. mungkin la kot...wallahu'alam..

Entah lah Orang-orang sunni boleh jaga atau tidak kesucian bandar makkatulmukarramah  

Kalau tak boleh serahkan sahaja kat orang Syiah  

Gua sekadar muslim yg prihatin

Zaman dulu zaman Nabi , kaabah di kelilingi dengan berhala-berhala orang-orang musyrik , akan tetapi zaman sekarang ni tak tahu lah berhala ke atau benda apa , tetapi kata teman-teman rapat gua tu semua berhala versi-versi terkini , Sheraton , Hilton , Ibis , Hyatt , Pizza Hut , Starbuck bla bla bla , gua sekadar angguk jer , bangkang pun tidak juga  


Khalifah Terakhir : Sultan Abdul Hamid

Kata sahabat rapat gua lagi lagi " Sebetulnya gerakan Fremasonsry sudah mulai masuk hingga ke dalam jantung pusat ibadah Umat Islam itu sejak berdirinya Kerajaan Saudi Arabia yang menguasai Mekah dan Madinah. Kerajaan Saudi Arabia adalah negara boneka Zionis Inggeris, setelah berhasil menghancurkan kekhalifahan terakir Umat Islam di Turki di awal abad 20 " ....  

Gua terus terdiam tak tahu nak cover macamana untuk pertahankan pihak sunnah  

Kerajaan Saudi Arabia adalah negara boneka Zionis Inggeris, setelah berhasil menghancurkan kekhalifahan terakir Umat Islam di Turki di awal abad 20 " 

Dahulunya sebelum Mekah dikuasai Bani asSaud, para jemaah haji yang pulang ke tanahair mereka amat ditakuti oleh penjajah…kerana di Mekah mereka dibasuh jiwanya dengan semangat jihad menentang penjajah terutamanya British yang pada masa itu menjadi musuh ketat Kekhalifahan Othmaniah  

Tapi lihat kini…ibadah Haji seolah-olah sudah jadi semacam pergi melancong…apabila pulang ke tanahair mereka macam biasa juga…serupa tulerr , Kenapa? 

Khalid ibn ’Abd al ’Aziz Al Sa’ud (1912 – 13 Jun 1982) menjadi Raja Arab Saudi yang ke-4 merupakan Putera Mahkota sejak tahun 1965 selepas abangnya (abang kandung) iaitu Muhammad ibn ’Abd al ’Aziz Al Sa’ud menolak untuk menjadi raja. 

Pada masa pemerintahannya hubungan dengan Amerika Syarikat dan dunia Barat telah dipulihkan. Ekoran daripada usianya yang telah lanjut dan masalah jantung yang dihadapinya, pada tahun 1976, Raja Khalid terpaksa pergi ke Amerika Syarikat untuk mendapatkan rawatan. 

Pada masa pemerintahannya berlaku peristiwa yang menggemparkan dunia di Masjidil Haram pada 20 November 1979 (1 Muharram 1400H) apabila sekurang-kurangnya 500 pemberontak berjaya menawan Masjidil Haram di Makkah. 

Gerakan ini dipimpin oleh seorang pemuda dari gurun Najd, iaitu Juhaiman Al Utaibi. Gerakan pemuda Arab ini bukan sahaja membuatkan kerajaan Arab Saudi kelam-kabut, bahkan seluruh dunia merasa kalut dan cemas. Yang paling bimbang menyaksikan serangan militer yang tidak terduga ini ialah kuasa Amerika Syarikat dan Eropah. 

Seluruh dunia tidak menduga Masjidil Haram boleh direbut dan ditawan oleh sebuah kumpulan bersenjata yang tidak dikenali dan tidak diketahui dari mana arahnya yang muncul secara tiba-tiba. 

Setelah bertahan selama beberapa minggu, gerakan bersenjata Juhaiman akhirnya berjaya ditewaskan oleh tentera Arab Saudi dengan dibantu oleh Peranchis(Negara Freemason). Masjidil Haram berjaya ditawan semula. Dalam pertempuran tersebut seramai 120 jemaah terbunuh dan 251 orang tercedera. 75 pengikut Juhaiman terbunuh, 170 orang ditahan manakala di pihak tentera Arab Saudi, 60 orang terbunuh, 200 orang cedera.

Semua orang tahu ini , ianya berlaku depan mata satu waktu dahulu  

Minyak kat arab saudi pun semua orang tahu siapay yg monopoli  

Amboii akrabnya hangpa berdua , sunni dan US si Setan Besar , lanyak Iraq ekk 

Perang Teluk II atau Perang Iraq yang bermula pada 20 Mac dilancarkan bagi “membebaskan” Iraq dari pemerintahan Saddam Hussein. Berbeza dengan Perang Teluk I yang dilancarkan oleh Presiden Amerika George Bush, perang pada kali ini hanya melibatkan beberapa buah negara seperti United Kingdom dan beberapa kontinjen kecil tentera dari Australia dan Poland dengan bilangan tentera keseluruhannya hanya seramai 200,000 orang. 

Walaupun bilangan tentera Bersekutu adalah kecil, akhirnya Saddam Hussein berjaya digulingkan setelah Baghdad berjaya ditawan selepas 21 hari pertempuran. Akhirnya pada 1 May 2003 keseluruhan Iraq telah berjaya ditakluk oleh tentera Bersekutu yang diketuai oleh Amerika Syarikat. 

Kesemua peristiwa penting yang telah merubah sturktur kuasa dan sejarah Asia barat di atas berlaku semasa pemerintahan Raja Fahd yang merupakan sekutu kuat Amerika Syarikat dengan menggunakan segala kemudahan yang terdapat di Arab Saudi dan beberapa negara Arab Teluk yang lain.

Saban tahun kos menunaikan ibadah Haji melambung…sekitar Makkah penuh dengan pembangunan…untuk membina bangunan-bangunan cantik dan mewah termasuk hotel-hotel mewah…tiada lagi yang murah di sana! Kalau kita selidiki sebenarnya kos menunaikan haji tidaklah perlu sebegitu tinggi tapi sebab kerana BISNES…semuanya melambung…Haji dah jadi satu perniagaan  

insaf lah wahai ummat 


New York

Baghdad

psst....Harap-Harap tak ada menteri arab kata pelacuran dibenarkan bila darurat...err..lina...pinjam akaun yer...

Blog Pakatan Rakyat