DENMARK - Terungkapnya rahsia bahawa seorang "Muslim muallaf" ternyata seorang agen rahsia CIA, berlaga seperti Jihad dalam usaha untuk memata-matai para pemuda Muslim telah membuat masyarakat Muslim Denmark terkejut.
Morten Storm, yang dikenali sebagai muallaf, telah terungkap bahawa dia bekerja menjadi seorang agen rahsia untuk badan perisikan Denmark (PET) dan CIA.
Dia mengatakan kepada harian Jyllands-Posten bahawa dia direkrut oleh PET pada 2006 untuk mengesan para Jihad di negara Scandinavia itu.
Dia juga mengatakan bahawa dia telah menunjukkan kepada CIA kedudukan seorang Ulama Mujahid Syaikh Anwar al-Awlaki (rahimahullah), yang gugur dalam serangan drone pada tahun lalu di Yaman.
Storm pindah ke Luton pada 1999, di mana dia mengatakan kepada para tokoh masyarakat tempatan bahawa dia ingin memulakan hidup baru selepas menjalani hidup sebagai "pelampau."
Namun Storm mulai "berdakwah" tentang jihad untuk menarik para pemuda Muslim. Saat terungkap bahawa dia adalah agen perisikan, masyarakat Muslim sangat terkejut.
Qadir Baksh, ketua Luton Islamic Center di Bury Park Road, mengatakan kepada Luton Today pada hari Rabu (10/10/2012) bahawa polis dan badan keselamatan ingin masyakarat Muslim mempercayai mereka tetapi mereka malah menghantar mata-mata ke tengah-tengah kaum Muslimin.
Baksh mengatakan bahawa perilaku Storm meningkatkan kecurigaan di tengah masyarakat Muslim.
"Awalnya Saya punya kecurigaan tentang dia, tetapi Saya tidak punya bukti yang jelas," kata Baksh.
"Kami tahu, CIA melakukan operasi busuk".
CIA dan FBI menggunakan operasi palsu bahkan menyusupkan orang ke tengah-tengah masyarakat Muslim untuk mengesan apa yang mereka katakan dugaan "berpotensi keganasan."
psst...Macam Madey...Agen CIA.....