Saya ingatkan bungkusan sampah, mujur saya tidak membuangnya kerana beg kertas itu agak berat. Saya tergerak hati melihat kandungannya sebelum terkejut mendapati ada mayat bayi lelaki yang cukup sifat,” kata Ishak Chik, 54, siak Masjid Ar-Rahman, Alor Merah, di sini, yang menemui mayat bayi berkenaan, kelmarin.
Dalam kejadian jam 8.45 malam itu, Ishak dikatakan mahu menutup pintu pagar tepi masjid berkenaan dan terkejut melihat bungkusan beg kertas mengandungi mayat bayi lelaki masih bertali pusat dibalut dengan kain putih diletakkan di lantai antara pintu bilik air wanita dan kolam mengambil wuduk.
Difahamkan, suspek yang meletakkan beg itu mengambil peluang ketika penduduk menunaikan solat Isyak sebelum melarikan diri.
Mayat bayi itu yang dipercayai dilahirkan beberapa hari lalu ditinggalkan tanpa sebarang nota atau dokumen.
Ishak berkata, dia yang baru selesai solat bersama jemaah lain mahu menutup pintu pagar tepi masjid seperti kebiasaannya sebelum ini.
“Saya terkejut selepas melihat satu bungkusan mengandungi mayat bayi lelaki dalam beg kertas yang mulanya disangkakan sampah. Mujur saya tidak terus membuang, sebaliknya tergerak untuk membuka dan melihat kandungannya,” katanya ketika ditemui di masjid itu, di sini, kelmarin.
“Apabila dibelek terdapat satu bungkusan kain putih. Saya kemudian menyelak kain dan terkejut apabila ternampak muka bayi lelaki yang cukup sifat,” katanya ketika ditemui di masjid berkenaan, di sini, kelmarin.
Katanya, dia kemudian memaklumkan kepada imam serta ahli kariah lain sebelum membuat laporan di Pondok Polis Alor Merah, di sini.
“Mayat bayi itu cukup sifat, masih bertali pusat dan berkulit sawo matang dipercayai beragama Islam kerana kemungkinan pihak yang membuangnya mahu ia diuruskan dengan baik,” katanya.
“Anggota badan bayi itu kelihatan bersih dan tiada tompokan darah,” katanya sambil memberitahu ia kejadian pertama sejak masjid itu dibuka pada 1960.
“Hati saya tersentuh sebaik melihat mayat bayi lelaki yang masih bertali pusat itu. Tindakan mereka yang membuang bayi ini sangat kejam dan tidak berhati perut,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Adzaman Mohd Jan berkata, pihaknya menerima laporan pada jam 10 malam sebelum sepasukan anggota bergegas ke tempat kejadian.
psst....Buat Maksiat Pandai, Bertanggungjawab Tidak Pulak....Takpalah...Kerajaan Lu Bukan Suka Pun Hukum Hudud...Teruskan Melakukan Maksiat....