Labels

Thursday, 21 March 2013

Datuk Seri Anwar Ibrahim Muktamad Terus Saman PapaGomo!


Mereka yang menipu tentang Anwar akan disaman hingga bankrap, kata peguam


Peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini berkata kliennya akan menyaman mereka yang menyebar berita fitnah ke atasnya sehingga bankrap, selepas memfailkan saman ke atas blogger pro-Umno “Papa Gomo” yang mendakwa Anwar terlibat dalam sebuah video seks. 
“Kita akan ambil tindakan undang-undang, kita akan bankrapkan mereka jika mereka berterusan melakukan penipuan ini,” kata peguam Anwar N. Surendran memberitahu wartawan di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur hari ini.

Sebelum itu, beliau berkata akan memfailkan lebih banyak saman ke atas “Papa Gomo” atau Wan Muhammad Azri Wan Deris jika beliau terus membuat material fitnah di dalam blognya www.papagomo.com.

“Setiap kali Papa Gomo membuat tuduhan fitnah, gambar lucah, video fitnah, kita akan saman beliau sehingga bankrap,” kata Surendran.

#Teruskan DSAI, dia ugut ka, apa ka, saman sahaja datuk seri, dia keluar lagi video fitnah, tambah lagi rm100 juta, biar jadi rm200 juta...!!! usah dilayan ugutan si setan tu...!!!

Blog Pakatan Rakyat